Tuesday, March 15, 2011

UTP dilanda ribut, 5 kereta dihempap pokok

UTP (15 Mac) - Sebanyak 5 buah kereta rosak setelah dihempap pokok dalam kejadian ribut di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Hujan lebat bersama ribut selama dua jam bermula pukul 5 petang tadi juga telah menyebabkan banyak pokok tumbang.

Dalam kejadian itu, 3 buah kereta yang diparkir di hadapan kafe V2 telah dihempap pokok besar yang tumbang. Manakala 2 kereta lagi yang dihempap ialah di kediaman sisiwi V1-D. Satu daripadanya rosak teruk. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kereta yang diparkir di V1D

Saksi kejadian, Mohd Ridzuan berkata, pokok itu tumbang secara tiba-tiba sewaktu beliau berada di kafe V2.

"Masa tu saya tengah makan. Angin sangat kuat waktu tu. Tiba-tiba terdengar bunyi kuat. Bila saya toleh ke belakang, tengok pokok tu dah hempap 3 buah kereta" katanya.


3 kereta dihempap [pandangan dari atas V2 foyer]

Sewaktu kejadian, kebanyakan pelajar sudahpun berada di kolej masing-masing setelah habis kuliah pada pukul 5 petang.

Krew UTP Daily yang meninjau keadaan sekitar kampus mendapati, selain daripada banyak pokok yang tumbang, kawasan pembinaan di sekitar Halliburton juga rosak teruk diterbangkan angin kuat. Kebanyakan jalan di sekitar kampus dipenuhi daun-daun yang berselerakan.

Sekitar kawasan Halliburton, depan LH2

Pihak sekuriti dilihat berada di sekitar kawasan terlibat bagi meninjau keadaan. Difahamkan, ini adalah kali pertama kejadian kerosakan seumpama ini berlaku, walaupun fenomena ribut selalu berlaku di kampus ini. -UTP Daily-

Pokok tumbang berhampiran kawasan stesen minyak lama 

16 comments:

Anonymous said...

wow! dasyat2..

Anonymous said...

Ya Allah.. kuatnya kesan angin dan hujan tadi..kilat pon sabung menyabung tadi. moga kita dijauhkan daripada apa yang kita tak ketahui... moga Allah pelihara kita semua...


Cerita Aisyah Mengenai Gempa Bumi, Tsunami Acheh dan Jepun

Anonymous said...

SubhanaAllah...kuasa tuhan xde sape yg tahu...kite ambil pengajaran dari ap yg berlaku ptg td..doa2 agar utp dijauhi dari malapetaka...

Pisyek K on March 15, 2011 at 6:02 AM said...

salam takziah kepada kereta-kereta yang tercedera...

Anonymous said...

aku rase cite aishah yg tenangsudey upload tu cam kene ngan utp jugak ah.bukan ngan jepun jer.take note,hehe.

trigyy on March 15, 2011 at 6:12 AM said...

wau.. tgh intrn pom dpat tgk ni.. good

cheah hui on March 15, 2011 at 7:47 AM said...

The car owner can claim insurance rite? pity..

Anonymous said...

kalaw natural cause biasenye xleh claim insuran....x taw la ni cmne...sian2

Anonymous said...

mintak utp blanje.sbb tak sedie parking berbumbung byk2. hehe...

Anonymous said...

betul2 ambil la pengajaran.. baru kereta yang kene hempap,jgn sampai nanti ada nyawa pulak yang terkorban. "lesson learn"

Anonymous said...

agak stuju kalo utp dpt bg sdikit dana utk menampung kos baikpulih kerete2 mangsa kejadian....sedikit sbanyak dapt mringankan beban pelajar tersebut...

Anonymous said...

Mudah-mudahan kita akan lebih bersyukur dan cuba mengambil iktibar dari bencana yang menimpa samada di Jepun mahupun di UTP kite ni..



Lets read Inspiring Tweets about Japanese, Earthquake, Tsunami and Great Nation

Anonymous said...

kampus ku..huhu..smoga kita sama2 ambil iktibar dr kejadian ini..

Anonymous said...

Moga kita semua ambil iktibar dengan apa yang berlaku nih....

Tentang apa yang berlaku di Jepun. pasal letupan kat loji nuclear tuh. Lets watch Video Fukushima Nuclear Reactor Problem Explained (CNN)

Unknown on March 18, 2011 at 9:23 AM said...

doa2kan

Anonymous said...

kalo tajuk berita metro mesti berbunyi begini "5 kereta 'projek' dihempap pokok"

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails