Sunday, March 27, 2011

Earth Hour UTP: Meriah, tapi masih ramai belum sedar

Earth Hour acara dunia
60 minit


Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF juga dikenali sebagai World Wildlife Fund. Aktiviti kempen ni selalunya diadakan pada setiap hari sabtu pada bulan Mac setiap tahun, pada tarikh ini selalunya lampu akan dipadam selama sejam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ini.

KLCC bergelap semasa Earth Hour
Earth Hour adalah program berunsur kecintaan alam yang pada mulanya dilaksanakan di Australia. Melihat inisiatif mulia ini, program ini mula dilakukan kalau tak silap di 38 negara. Program ini terus berkembang menjadikan peserta negara dunia meningkat kepada 128 negara. Seluruh dunia akan menutup alatan-alatan berkaitan elektrik selama satu jam pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.


Sambutan ini diadakan di seluruh dunia. Gambar di Paris.

UTP turut serta

Pada tahun ini, Earth Hour disambut pada 26 Mac 2011. Tidak ketinggalan, mahasiswa di kampus UTP juga menyambutnya. Program anjuran SRM dengan kerjasama HSE Week 2011 telah diadakan di laluan antara V3 dan V4, bermula tepat jam 8.30 malam. Serentak dengan itu, lilin-lilin yang membentuk angka '60' dinyalakan sebagai simbolik 60 minit untuk Earth Hour.


Sambutan itu juga dimeriahkan lagi dengan persembahan khas Mimes Show daripada Tronoh Teater Shop. Turut menghangatkan sambutan ialah persembahan daripada satu band pelajar UTP, Scavia.

Kurang sambutan

Namun, usaha tungkus lumus mereka yang terlibat untuk menjayakan 'acara dunia' ini mendapat sambutan dingin daripada pelajar UTP sendiri. Sewaktu sambutan diadakan, hanya segelintir pelajar yang menyahut seruan untuk memadamkan lampu selama 60 minit di kolej kediaman masing-masing. Yang bergelap hanyalah di kafe-kafe dan kawasan sekitar sambutan, tapi kelihatan kolej-kolej kediaman masing diterangi dengan cahaya.

"Tidak supportive langsung!", itu luahan dalam kalangan mereka yang berada bersama-sama di laluan v3-v4, apabila melihat begitu banyak bilik-bilik yang masih 'terang bercahaya'. Kata-kata itu terpacul hasil kekecewaan dengan sikap demikian, walaupun mereka telah diseru melalui pembesar suara untuk memadamkan seketika lampu di bilik masing-masing.

Megapa ini terjadi?

Tidak dinafikan, mungkin ramai yang mempunyai alasan dan hal masing-masing pada waktu tersebut, yang menyebabkan mereka tidak turut serta dalam menjayakan misi ini. Tapi, apa yang diminta hanyalah padamkan lampu selama 60 minit. Ya, hanya 1jam daripada 8,760 jam dalam setahun.

"Alah, kalau yer ada assignment pun, pukul 9.30 sempat lagi nak buat. Lagipun ni hujung minggu.", kata seorang urusetia. 

"Aku ni kaki game. Tapi boleh je sama-sama datang sini. Dan aku rasa, kalau tak boleh tinggalkan game pun, main game dalam gelap tak ada masalah rasanya." tambah seorang peserta.

Apabila kami cuba mengajukan bahawa faktor waktu yang dipilih ini adalah peak time, menyebabkan ramai yang tidak dapat meninggalkan tugasan masing-masing sebagai alasan, ini jawapan mereka :-

"Common lah, memang Earth Hour pilih peak time. Kalau buat pukul 2.00 pagi, memang semua tutup lampu sebab dah tidur. Tapi, kalau buat time macam ni, baru boleh ukur kesedaran kita untuk selamatkan bumi", katanya.

Saya Tidak Kisah

Tapi, walau berbagai hujah cuba diberikan, kita harus akui hakikat yang masih ramai pelajar UTP yang mempunyai sifat don't care terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Sikap ini bukan baharu, tapi jika dilihat dalam event-event lain pun, sambutan yang diberikan kadang-kadang cukup mendukacitakan. 

Dan bukanlah satu perkara yang pelik jika management UTP sampai terpaksa mewajibkan pelajar untuk menghadiri bagi meramaikan audien, dalam banyak program anjuran universiti. Persoalannya, bilakah perkara sebegini akan berubah? Kita sendiri yang patut menjawabnya kerana perubahan bermula dari diri masing-masing.

Walau bagaimanapun, sekalung tahniah kepada mereka yang menjayakan Earth Hour malam tadi samada secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada urusetia, tahniah kerana berjaya mebawa mesej kesedaran ini ke UTP. Diharap tahun depan sambutan ini dapat disambut dengan lebih hangat melalui promosi yang lebih menyeluruh. ---UTP Daily


Bumi ini milik kita, dan KITALAH yang harus menjaganya. 


*credit pictures to Admiralz



2 comments:

Bijen M. on March 27, 2011 at 7:43 AM said...

Ce kira berapa ramai turun mengundik?

tenangsudey on March 28, 2011 at 10:07 PM said...

maybe pemahaman tentang earth hour agak kurang dan menyebabkan kesedaran earth hour tak berapa nak wujud... lebih pentingkan diri sendiri daripda cube untuk bersama-sama menghargai bumi ini dengan memadamkan lampu sejam

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails