Showing posts with label Pilihanraya Kampus. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya Kampus. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Keputusan Pilihanraya Kampus UTP 2012

Pilihanraya Kampus UTP 2012 telahpun selamat dijalankan pada 29 Februari 2012.

Berikut adalah keputusan bagi pilihanraya kali ini:


1) Nurizzati Ramli     -1572
2) Wan Ibrahim       - 1533
3) Naily Akmal        - 1522
4) Syed Haq            - 1521
5) Nabil Yusoff        - 1477
6) Qaeyyum Hifnie   - 1436
7) Ikhwan Shahsazizan - 1256

*Hanya enam (6) calon dengan undi tertinggi dipilih untuk mengisi jawatan Majlis Tertinggi MPPUTP.

--
Jumlah keluar mengundi : 1720
Jumlah Keseluruhan Pengundi : 5786
Peratusan keluar mengundi : 29.73 %
Undi Rosak : Tiada (e-Voting)
--


Tahniah diucapkan kepada semua calon dan kepada semua pengundi yang telah melunaskan tanggungjawab masing-masing.

-UTPdaily
Continue Reading...

Saturday, February 25, 2012

Pilihanraya Kampus, 'Pengundi Senyap' dan UTP

Pilihanraya Kampus (PRK) bakal menjelang. Namun, walaupun sudah masuk hari kempen yang ketiga, bahang PRK belum dapat dirasai. Hanya suam-suam kuku.

Banyak faktor dilihat menyumbang kepada perkara ini. Dan yang hangat diperkatakan ialah faktor mahasiswa UTP yang tidak cakna, tidak kisah dan tidak ambil tahu dalam hal ehwal semasa yang berlaku dalam kampus.

Ingatkah lagi dengan keratan akbbar di bawah? Ianya ditulis seorang pelajar yang menggelarkan dirinya 'Pengundi Senyap' kepada sebuah akhbar harian tempatan, hasil kekecewaan setelah melihat situasi yang berlaku di UTP.
Surat pelajar dari UTP yang dihantar ke sebuah akhbar

Walaupun begitu, keadaan sama tetap berulang pada tahun ini. PRK UTP dilihat LESU dan tidak bermaya. Seperti yang disebut dalam surat itu, ianya 'ibarat hidup segan, mati tak mahu'.

Apa tidaknya, proses pilihanraya untuk memilih kepimpinan baru dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUTP) seakan-akan tidak diendahkan oleh sebahagian besar warga kampus. Hanya segelintir yang sedar bahawa UTP sekarang berada dalam fasa PRK.

Jadi, tidak hairanlah jika masih ramai yang tidak tahu bilakah tarikh mengundi, siapakah calon-calon yang bertanding, berapa bilangan calon, dan di manakah tempat membuang undi? Ketidakcaknaan ini membawa kepada peratusan keluar mengundi yang rendah di UTP.

Jika dilihat rekod PRK UTP, peratusan keluar mengundi yang tertinggi adalah pada PRK 2008 iaitu 40%. Itu adalah PRK yang paling hangat dalam sejarah UTP. Manakala PRK yang lepas (Oktober 2010) pula hanya mencatatkan 20.9%. Kampus UTP adalah antara kampus yang mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah antara IPT seluruh Malaysia.

Berapakah agaknya peratusan mengundi pada tahun ini? Adakah ianya sama seperti tahun-tahun lepas? Atau mungkinkah peratusan akan menjadi lebih rendah berikutan beberapa batch yang sedang bercuti 4 bulan? Adakah hadiah cabutan bertuah dan e-Voting di Kompleks Canselor mampu meningkatkan peratusan mengundi?

Semua ini bakal terjawab apabila selesainya proses kiraan undi nanti.

Tapi, persoalan lain yang timbul ialah dimanakah pihak yang selalu mengkritik MPP sebelum ini? Macam-macam komen dan komplen yang diutarakan untuk menghentam MPP. Namun, bila sampai waktu PRK, tidak seorang pun daripada mereka mengambil tanggungjawab untuk 'membaiki kelemahan MPP' dengan bertanding menjadi calon PRK.

Atau mungkin mereka sudah mempunyai calon yang boleh diharapkan untuk membawa prubahan dalam MPP nanti? Jika begitu, baguslah. Tapi jangan pula kita syok komen itu ini, tapi kita sendiri mengundi pun tidak.

Kami tertarik dengan satu 'qoute' popular dari seorang pelajar di tweeter dan Facebook berkenaan PRK,
"IF YOU DON'T VOTE YOU LOSE THE RIGHT TO COMPLAIN"”.

Sama-sama kita renungkan, dan SELAMAT MENGUNDI. -UTPdaily
Continue Reading...

Tuesday, June 28, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri III

Oleh : Hasmadi Hasbi
 
Pada tahun 2010, seakan sudah menjadi trend, akan ada calon dari pelajar tahun akhir yang bertanding untuk kerusi umum. Saingan pada tahun 2010 dilihat menarik kerana buat pertama kalinya, seorang calon non-Malaysian masuk ke gelanggang untuk bersaing dengan enam (6) calon Malaysian yang lain untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP. Namun padah menimpanya apabila beliau gagal untuk mengatasi populariti calon-calon jenama Malaysia. Bagi kerusi program, seperti biasa menang tanpa bertanding.

Walaupun beliau dilihat calon yang agak kredibel dari segi pengalaman dan pengetahuannya, namun, mungkin ianya belum dapat meruntuhkan tembok kenegaraan di kalangan minda pengundi kampus. Natijah PRK UTP 2010 sekali lagi melambungkan calon pelajar tahun akhir sebagai Presiden MPP UTP. Apa-apapun disebabkan lambakan peristiwa sepanjang bulan PRK seperti NGC, Music Pursuit, Convofair dan ditambah lagi dengan kesibukan akademik mencartakan PRK UTP pada tahun 2010 antara PRK yang hambar.

Secara analitikalnya, faktor calon memainkan peranan yang sangat penting dalam mencaturkan perjalanan sesuatu PRK. Namun, sedar tak sedar, sebenarnya, kekosongan Kerusi Umum lebih mengiur dan menggoda calon-calon yang hendak bertanding. Natijahnya, kerusi program hanya dipandang sepi dan seringkali sunyi dari sambaran politikus kampus. Faktor lain, seperti pemilihan waktu yang sesuai juga amat perlu supaya fokus pelajar tidak lari dari terarah kepada PRK. Ianya sedikit sebanyak akan menentukan kekuatan gravitinya untuk menarik pengundi melangsaikan tanggungjawab mereka menentukan siapakah yang layak ditauliahkan sebagai yang mengisi takhta tertinggi dalam organisasi mahasiswa kampus.
-TAMAT-

Continue Reading...

Wednesday, June 22, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP? Siri II

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri II

Ironinya, pada tahun 2007, ledakan kesedaran politik kampus UTP berada dalam keadan hibernasi apabila kedua-dua kerusi umum dan program dimenangi mudah tanpa pertandingan. Walaupun pada awalnya enam calon menghantar nama untuk beradu kerusi umum, namun pasca penamaan calon menyaksikan seorang daripada mereka telah di’MatJenin’kan kerana angan-angannya untuk bertanding dalam PRK pada tahun ini hanya tinggal angan-angan dek kerana pencalonannya ditolak. Ada yang menyifatkan kemenangan calon-calon dalam PRK pada tahun 2007 adalah kemenangan dalam kekalahan.
Pada tahun 2008, nampaknya, lena PRK UTP tersedar dari hibernasinya. Letusan supernova pengundi pada tahun 2005 nampaknya kembali lagi pada PRK kali ini. Sebelas (11) calon telah menamakan diri dan layak bertanding untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi dan enam kerusi program dipertandingkan iaitu daripada program BIS, Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Kimia, manakala enam kerusiprogram lagi menang tanpa bertanding iaitu daripada Kejuruteraan Awam, Elektrical dan Elektronik, Mekanikal dan ICT.
Kerencaman latarbelakang dan idelisme calon-calon memberi kesan Domino kepada bilangan keluar mengundi dan undian calon yang meningkat. Tempoh kempen juga menyaksikan beberapa insiden tegang seperti mengoyak poster dan banner calon lain, serta beberapa siri insiden provokasi antara calon. Atas beberapa kesilapan teknikal juga, SPR telah mengambil keputusan yang berat untuk memanjangkan tempoh kempen daripada satu minggu kepada dua minggu. Ini sudah tentu mencabar imuniti calon untuk mengekalkan momentum sokongan pengundi kepada mereka. Sudah tentu pencapaian PRK pada tahun ini sinonim dikaitkan dengan PRK pada tahun 2005 yang dilabel antara PRK UTP yang berjaya dengan kemenangan bergaya calon-calon yang bertanding.

Nuansa PRK UTP dibandingkan dari satu tahun dengan tahun yang lain menyajikan impresionistiknya yang tersendiri. Stanza PRK UTP masih lagi meneruskan perenggannya pada tahun 2009 , dengan pertandingan enam (6) penjuru merebut lima kerusi umum. Walaupun hanya kerusi umum yang menyaksikan pertandingan dengan enam penjuru, namun, kematangan calon-calon mencatur strategi untuk mencandu sokongan pengundi dilihat matang. Pelbagai sentimen dimainkan untuk mengekstasi pemikiran pengundi untuk menyokong para calon. Antara sentimen yang dimainkan adalah seperti sentimen batch, jantina, dan juga sentimen senior/junior dalam MPP. Ramai calon yang disifat Heavy Weight tampil dengan kekuatan, kredibiliti dan pengaruh masing-masing.
Wajah PRK pada tahun ini juga diserikan lagi dengan kehadiran seorang calon Non-Malay berbangsa India yang pertama sepanjang sejarah PRK UTP, yang akhirnya menyaksikan kemenangannya menduduki satu tempat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP. Uslub kempen juga dilihat lebih sofistikated berbanding sebelum ini iaitu kempen yang menembusi gentian-gentian maya seperti Blog-blog, Facebook, Twitter dan lain-lain tanpa meninggalkan kaedah kempen yang konvesional seperti perang poster, banner dan kempen ke bilik-bilik.

Bersambung...


Sumber :  http://madi2mudamudi.blogspot.com/2011/06/ada-apa-dengan-pilihanraya-kampus-prk_19.html
Continue Reading...

Thursday, June 16, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?

Oleh : Hasmadi Hasbi


Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?

Menyingkap babak-babak Pilihanraya Kampus (PRK) UTP tahun-tahun sebelum ini, ianya tidak dapat lari dari mengalami pasang surut yang membadai padang politik kampus UTP. Acapkali kedengaran banyak pandangan dan cadangan daripada politikus dan pencinta politik kampus UTP seawal pra sehinggalah pasca PRK UTP. Ianya juga tidak dapat lari dari terus dikejar gosip-gosip, khabar-khabar angin, kritikan, pujian, kejian serta bermacam persepsi dan pandang sisi yang rencam dengan pendapat tersendiri. Dek kerana UTP mengamalkan sistem akademiknya yang unik, maka waqi’ (suasana) politik kampusnya sedikit unik berbanding kampus-kampus lain.

Jika diteliti perkembangan PRK UTP, bermula pada tahun 1997 yang menyaksikan PRK UTP yang pertama sehinggalah pada tahun 2003, proses penamaan calon akan berakhir dengan kemenangan mudah tanpa pertandingan.
Walaubagaimanapun, kehambaran PRK UTP yang kian sugul dari tahun ke tahun akhirnya berjaya dirobek menerusi PRK UTP pada tahun 2004 dengan penglibatan dua belas (12) orang yang menamakan diri sebagai calon untuk beradu merebut lima kerusi emas Majlis Tertinggi MPP UTP.

Setahun kemudian, pada tahun 2005, nampaknya, darjah kehangatan PRK UTP terus menyengat dengan penampilan sengit di antara calon yang bertanding. Dek kerana masalah teknikal di pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UTP, akhirul kalam hanya enam (6) orang calon sahaja yang berjaya melepaskan diri untuk saringan pertama iaitu tapisan penamaan calon untuk melayakkan mereka bertanding dalam PRK UTP. Ternyata, suasana PRK UTP pada tahun itu disifatkan havoc dengan perang poster yang menghujani kampus. Jarum meter kesedaran politik kampus pada tahun ini dikira pada tahap klimaks.
Episod-episod cemas PRK tahun 2004 dan 2005 nampaknya meneruskan legasinya pada tahun 2006 dengan penglibatan sembilan (9) calon untuk merebut sekali lagi lima kerusi keramat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP yang telah dibubarkan. Menelusuri kronologi PRK pada tahun itu, diamati kurang menonjolkan detik-detik suspenswalaupun agak menarik untuk diperhati dan diamati pertembungan antara calon veteran (bekas) MPP dan juga calon-calon muda yang dilihat kurang berpengalaman dalam aktiviti-aktiviti kampus. Kehambaran juga sedikit terasa dek kerana pembawaan calon-calon yang lahir dari spesies yang low profile. Skema keputusan pengundian seolah-olah bocor kerana, jangkaan dapat dibuat dengan tepat siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang untuk mengisi lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP yang menjadi igauan setiap calon yang bertanding, hatta seawal penamaan calon lagi walaupun tempoh berkempen belum berakhir. Solute perlu diberikan kerana ada pihak yang berkempen bagai nak rak untuk menarik perhatian masyarakat kampus.

Bersambung...


Continue Reading...

Friday, October 8, 2010

Who will be the next President?


Who will be the
NEXT
PRESIDENT
OF
SRCUTP ??


Give your comment below..
Continue Reading...

Official Result of the Campus Election UTP 2010 (with votes)


Congratulation to all candidates .
Continue Reading...

Keputusan Pilihanraya Kampus UTP 2010 (RASMI)


UTPdaily mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang menang. Selamat Menjalankan Tugas!

Kepada calon yang kurang bernasib baik, cuba lagi di masa akan datang.

Sama-sama suburkan demokrasi kampus.
Continue Reading...

Thursday, October 7, 2010

Terkini! Keputusan Tidak Rasmi

Kedudukan calon mengikut undi yang diperolehi:


1. Sara Lyana
2. Hamzah Nawawi
3. Aidil Azwan
4. Nadia Hartini
5. Khairulanam
6. Fitri Jamil
7. Rofans Beleam


*6 tempat teratas akan mengisi jawatan Majlis Tertinggi MPP.


Total keluar mengundi : 1453
Rosak : 112


UTPdaily akan mengeluarkan keputusan rasmi pada posting yang lain malam ini.

Continue Reading...

Wednesday, October 6, 2010

LIVE! Liputan perjalanan Pilihan Raya Kampus UTP 2010

*sila refresh untuk mendapatkan maklumat terkini 

Pengiraan Undi

8.30 malam
Total keluar mengundi : 1453 (rasmi)
Undi rosak : 112

sumber ; http://twitter.com/awangkualizul
=======================
Hari Pengundian

08.30 : Beberapa orang staf sedang menyiapkan tempat untuk proses pembuangan undi di cafe-cafe. Tali penghadang dipasang sebagai tanda kawasan larangan, kecuali kepada pengundi.

09.00 : Proses pengundian dibuka. kelihatan beberapa orang pelajar yang dalam perjalanan ke kuliah singgah membuang undi di cafe V4.

Di V6, sekumpulan pelajar dilihat menjadi pemula bagi sesi pembuangan undi pada hari ini.

10.00 : Proses pengundian berjalan agak perlahan. Tempat-tempat pengundian dilihat agak lengang. Ramai yang memilih untuk mengundi pada sebelah tengah hari.

10.30 : Di v2 juga kelihatan agak kurang pelajar yang turun mengundi. Keadaan yang sama juga di V1.

11.10 : Tinjauan di V4, V3 dan V5 mendapati peratusan yang keluar mengundi agak rendah. Kami menganggarkan sekitar 8% yang telah keluar mengundi untuk ketiga-tiga desasiswa tersebut.

11.40 : Di V6, keaadan agak berbeza berbanding awal pagi. Lebih ramai pelajar yang turun mengundi. Namun peratusan masih kecil. Dijangka kurang 20% yang keluar mengundi di sana.

12.15 : Keaadaan bertambah baik di tempat-tempat pengundian. Namun masih lengang. Keseluruhan dianggarkan baru 12% pelajar yang keluar mengundi di V1.

13.00 : Keaadaan semakin rancak. pelajar-pelajar menagmbil peluang waktu rehat tengah hari untuk menunaikan tanggungjawab sambil makan tengah hari di cafe-cafe.

Di V2, kelihatan ramai yang sedang beratur untuk mengundi. Di V4, kelihatan sekumpulan kecil pelajar yang datang ke tempat pembuangan undi.

13.15 : Di V6, peratusan keluar mengundi agak rendah berbanding tahun lepas setakat ini. Pelajar-pelajar merungut kerana tempat kuliah yang jauh dari kolej kediaman menyukarkan mereka untuk pulang. Kebanyakan mereka tiada kenderaan ditambah pula dengan jadual mereka yang agak padat pada hari ini.

Untuk rekod, tahun lepas pengundian dijalankan pada hari Rabu, menyebabkan pelajar mempunyai ruang untuk mengundi pada sebelah petang.

14.00 : Dijangka, sekitar 16% keseluruhan pelajar yang membuang undi di semua tempat pada hari ini jika keaadaan berterusan sampai waktu pengundian ditutup.

15.12 : Tinggal kurang 2 jam lagi sebelum pusat-pusat pengundian ditutup, namun situasi di kafe-kefe tidak banyak berubah.

16.00 : Hanya lebih kurang 1000 baru mengundi. (sumber: A.Alizul - MPPUTP)

16.15: Tinggal 45 mnit sahaja lagi. Kepada yang belum mengundi, diharap tidak melengahkan masa. Kepada yang telah tunaikan tanggungjawab, harap dapat menyeri rakan-rakan yang masih belum membuang undi untuk ke pusat pengundian berdekatan.

17.00 : Pusat Pengundian ditutup. 1265 pelajar keluar mengundi (tidak rasmi). Peratusan keluar mengundi menurun.
Continue Reading...

Selamat Mengundi


Krew
   UTPdaily   

mengucapkan
  SELAMAT MENGUNDI  

kepada 

SEMUA MAHASISWA 
Universiti Teknologi PETRONAS

pada

PILIHAN RAYA KAMPUS
2010


-Bersama Suburkan Demokrasi Kampus-


Continue Reading...

Tomorrow is Election Day - 7 October

Continue Reading...

Kesedaran PRK masih kurang

6 Okt – Esok merupakan hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kampus UTP. Namun, sambutan dingin warga kampus terhadap PRK yang berlaku saban tahun masih lagi tidak berubah. Masih ramai lagi warga kampus yang tidak peduli dengan proses demokrasi kampus yang hanya diadakan sekali dalam setahun ini.

Tinjauan UTPdaily mendapati kesedaran warga kampus terhadap Pilihanraya Kampus kali ini masih kurang. Beberapa soalan telah diajukan kepada beberapa responden pada hari semalam. Fakta ini dapat dilihat pada analisis di bawah.


1. Adakah anda tahu sekarang minggu ini akan diadakan Pilihanraya Kampus?
a. Ya – 78%
b. Tidak -22%

2. Adakah anda tahu bilangan calon yang bertanding bagi Kerusi Umum pada kali ini?
a. Ya – 37%
b. Tidak – 63%

3. Adakah anda pergi ke Dewan Canselor untuk mengikuti Public Speaking calon-calon yang bertanding pada Sabtu lepas?
a. Ya – 19%
b. Tidak – 81%

4. Bilakah tarikh PRK kali ini? (Ya = Tahu tarikh ; Tidak = tidak tahu)
a. Ya – 34%
b. Tidak – 66%

5. Adakah anda sudah mempunyai calon untuk dipilh pada hari pengundian nanti?
a. Ya – 43%
b. Tidak -57%

6. Anda akan keluar mengundi pada 7 Oktober ini?
a. Ya – 33%
b. Tidak (belum pasti) – 67%

7. Adakah anda tahu di mana tempat pembuangan undi pada khamis ini?
a. Ya – 48%
b. Tidak- 52%

Berdasarkan analisis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ramai warga kampus telah sedar bahawa PRK akan diadakan dalam masa terdekat. Ini mengkin hasil daripada lambakan poster dan banner calon-calon yang bertanding di seluruh pelusuk kampus.

Namun apa yang menyedihkan ramai yang hanyalah sekadar tahu, tetapi tidak mengambil peduli berkenaan PRK ini. Buktinya, hanya peratusan yang kecil yang tahu bilangan calon yang bertanding, malah peratusan yang agak besar masih tidak tahu tarikh PRK.

Jadi, kami menjangkakan tidak lebih 25% pelajar yang akan keluar mengundi pada Khamis ini jika tiada inisiatif yang diambil oleh calon-calon yang bertanding untuk menarik lebih ramai warga kampus turun mengundi.

Peratusan kecil yang berlaku saban tahun ini dijangka akan berulang. Jika PRK 2008 beleh dikatakan paling hangat setakat ini, hanya mampu menarik 40.1% mahasiswa untuk mengundi, inikan pula PRK kali ini yang dilihat dingin berbanding PRK sebelum ini.

Ini disebabkan kurangnya bilangan calon yang bertanding ditambah pula dengan ketiadaan isu hangat pada PRK kali ini. Tahun lepas, dalam PRK 2009, walaupun bilangan calon yang bertanding sedikit, teteapi isu yang mendominasi PRK tersebut sedikit sebanyak menarik pengundi-pengundi untuk turun membuang undi.

Untuk rekod, hanya lebih kurang 23% mehasiswa yang mengundi pada PRK lepas.

-UTPdaily-
Continue Reading...

Monday, October 4, 2010

Campus Election - Know your candidates better!

Dear readers,


Here we put the link to the blog and Facebook of the candidates for this coming  Campus Election. Hope this can help all of you know them better and make a wise choice during Election Day.


Regards;
UTPdaily




1.  Candidate #1 :  Aidil Aznan Azwan



Continue Reading...

Sunday, October 3, 2010

Kempen PRK semakin rancak

4 Okt - Setelah dua hari waktu kempen berlangsung, kemeriahan Pilihanraya Kampus UTP mula menjelma. Beberapa calon telah memulakan sesi kempen mereka melalui poster-poster, banner, dan string banner. Malah ada juga calon yang menggunanakan kemudahan teknologi yang ada dengan mempromosi diri mereka melalui blog, facebook dan twitter.

Kempen cara kenvensional (poster,banner, etc) nampaknya didahului oleh calon #3, Nadia Hartini. Seawal selepas Public Speaking di Dewan Cancelor, poster-poster dan string banner beliau sudahpun kelihatan di setiap desasiswa. Ternyata Nadia Hartini yang lebih gemar dipanggil Tini, mempunyai pnyokong-penyokong yang kuat dan pantas melakukan gerak kerja kempen.

Ia kemudian diikuti oleh calon #6, Hamzah Nawawi. Poster beliau juga sudah dapat dilihat pada malam pertama.  Dan hari ini, ternyata poster-poster dan string bannernya mendominasi lokasi-lokasi stretegik. Contohnya, bulatan berhampiran Village 1 telah dipenuhi string banner beliau. Mungkin Hamzah dapat tersenyum lebar di atas usaha penyokong-penyokongnya yang bersungguh-sungguh, walaupun beliau tidak berada di kampus kerana sedang berpraktikal.

Hari ini juga mahasiswa UTP telah menyaksikan poster-poster calon lain juga sudah mula terpampang di laluan ke Pocket C dan D, kafe-kafe dan juga di setiap desasiswa-desasiswa. Poster calon #1, Aidil yang meyerlah dengan warna merahnya menarik perhatian ramai orang. Begitu juga dengan calon #4, Sara Lyana yang membuatkan orang tidak terlepas pandanng melihat posternya yang bewarna oren itu.

Khairulanam, Calon #5 juga sudah mula kelihatan string bannernya di beberapa lokasi startegik seperti kawasan bank, kefeteria dan tangga-tangga kolej kediaman. Namun, calon #2 dan #7 iaitu Fitri dan Rofans masih tidak melakukan kempen agresif. Mungkin jentera kempen mereka masih dalam persiapan. Atau mungkin juga itu stategi mereka.

Semalam, kempen berbentuk turun padang juga telah dilakukan beberapa calon. Antaranya Hamzah, yang melakukan ucapan ringkas kepada pengundi-pengundi di setiap kefeteria, V1,V2, V4, V5 dan V6. Beliau juga mengambil kesempatan itu untuk bermesra dengan pelajar-pelajar yang sedang menikmati makan tengahari mereka.

Strategi yang sama juga dambil oleh Sara Lyana, yang mengambil peluang cuti hhujung minggu untuk bermah mesra dengan pengundi. Gerombolan pasukan kempen beliau semalam amat mencuri perhatian banyak pihak.

Kempen dijangka akan lebih rancak pada hari esok iaitu hari ketiga kempen. Sama-sama kita nantikan kehangatan kempen PRK pada kali ini. Kepada calon-calon yang masih belum menaikkan poster-poster mereka, masih belum terlambat untuk berbuat demikian. Malam ini masih ada untuk melakukan gerak kerja. Namun, diharapkan semua calon dapat merancakkan lagi kempen supaya PRK kali ini lebih meriah.

Akhirnya, pesanan ikhlas dari kami, kempenlah secara berhemah. Elakkan daripada menjatuhkan calon-calon lain dengan cara yang tidak sepatutnya. Kami ucapkan selamat berjaya kepada semua.

-UTPdaily-
Continue Reading...

Saturday, October 2, 2010

7 calon, 7 manifesto

3 Okt - Majlis Ucapan Umum para calon Pilihan Raya Kampus UTP 2010 pada malam tadi selamat berlangsung dengan penuh kesederhanaan. Walaupun tidak semeriah PRK 2008, namun respon hadirin terhadap majlis tadi adalah memuaskan dan mereka berasa gembira kerana dapat mendengar ucapan sulung calon-calon yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan MPPUTP.

Ucapan  terlebih dahulu dimulakan dengan calon-calon yang telah menang tanpa bertanding pada PRK kali ini. Seramai 9 orang calon yang kesemuanya menang di Kerusi Program masing-masing, berjaya menyampaikan visi dan visi mereka setalah terpilih untuk berada dalam kabinet MPPUTP 2010/2011. Mereka diberikan masa selama 3 minit oleh Pengerusi Majlis, Sdr Mohd Aizuddin Halim bagi menyampaikan ucapan.

Seterusnya, setelah selesai ucapan wakil-wakil Program, calon-calon yang bertanding bagi Kerusi Umum pula diminta untuk menyampaikan manifesto mereka. Ucapan dimulakan dengan Calon #1, Sdr Aidil Aznan Azwan Bin Abdul Azid.

Aidil dan 'konvo-konvonya'

Berpakaian tradisi baju Melayu merah lengkap bersamping, Aidil dilihat bergaya menyampaikan manifestonya. Segak dengan songkok hitam yang melambangkan semangat kepahlawanan Melayunya, Aidil tampil untuk perjuangkan perpaduan dalam kalangan warga kampus.

"One UTP, One Dream" , itulah tajuk menifestonya. Hal ini adalah manifestasi kekecewaan beliau melihat realiti perpaduan antara kaum, agama dan negara di dalam kampus ini yang masih kurang. Mengambil contoh apa yang berlaku dalam Titian Budi, Aidil yang juga bekas Bendahari program tersebut tampil memberikan cadangan penyelesaian terhadap masalah berkenaan.

Beliau yang mendapat tepukan gemuruh daripada jawatankuasa Pesta Konvokensyen beramai-ramai hadir pada malam ini, nyata tersenyum setelah usai memberikan ucapan. Sokongan kuat daripada komiti konvo adalah disebabkan beliau ialah Bendahari Convofair 2010, pesta yang akan berlangsung tidak lama lagi. Maka, Aidil sudah tentu akan mendapat undi yang banyak dari 'konvo-konvonya'. (konco-konconya)

Calon #2, berpengalaman luas

Muhammad Fitri Jamil merupakan seorang siswa Tahun Dua, jurusan Kejuruteraan Kimia. Mempunyai pengalaman luas dalam MPP sebagai Rakan exco sudah tentu memberikan sedikit kelebihan berbanding calon lain. Jejaka tinggi lampai ini tampil dengan manifesto "Enhancing the Quality", memberikan beberapa idea beliau bagi mempertingkatlkan kualiti MPP khususnya dan pelajar UTP amnya.

Pernah terlibat sebagai jawatankuasa kerja dalam pelbagai program di dalam pelbagai persatuan menjadikan beliau dikenali ramai. Di dalam Titian Budi, memegang jawatan sebagai Bendahari Bahagian Sponsor. Dan malam ini ternyata sokongan padu diberikan oleh rakan-rakan beliau.

Cili Padi

'Kecil-kecil Cili Padi', mengkin itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan calon ketiga ini. Nadia Hartini Suhaimi, walaupun baru di Tahun Pertama, namun lenggok ucapannya memukau hadirin yang hadir. Diselang-seli dengan  lawak selamba, Nadia Hartini banyak menggunakan hujah-hujah daripada tokoh-tokoh ilmuan Barat.

Selain dapat menonjolkan keilmuannya dengan hujah-hujah begitu, beliau juga menunjukkan sifat perjuangan mahasiswa dalam diri beliau apabila turut membangkitkan semangat hadirin untuk menuntut hak mereka. Mengambil contoh Revolusi Chile yang dipimpin mahasiswa, Nadia nyata bersungguh-sungguh dalam merealisasikan manifestonya, "Voice is Our Right".

Keupayaan beliau dalam menjawab persoalan yang diajukan juga mengkagumkan. Jawapan yang selamba tetapi ringkas dan padat semasa menjawab persoalan tentang penambahbaikan MPP,nyata mengkagetkan hadirin.

Membina Legasi

Calon #4 yang masih lagi berada dalam fasa Latihan Industri (intership) di Za'ba bukanlah calang-calang calon. Nama penuh Siti Sara Lyana Badly Sham ataupun lebih dikenali dengan panggilan Sara ini merupakan bekas rakan exco dan exco bagi kepmipinan MPP yang lepas.

Kepetahan beliau dalam memberikan ucapan tidak ubah seperti ahli politik muda yang sedang berpidato. Pengalaman yang teramat banyak dalam MPP sebelum ini sangat-sangat memberikan kelebihan kepadanya. Dengan visi membina legasi dalam MPPUTP, Sara gah membawa manifestonya "Shaping a Legacy".

Bercita-cita untuk membawa MPPUTP ke peringkat nasional setaraf dengan perwakilan pelajar di IPTA-IPTA Lembah Klang, menjadikan dia nekad menjadikan perkara itu suatu realiti. Melihat kepada pengalamannya, bukanlah satu mustahil baginya untuk melakukan perkara itu.

Willing to Serve

Kebajikan merupakan agenda utama bagi setiap calon yang bertanding. Dan bagi Khairulanam calon #5 ini, beliau menampilkan manifesto "Willing to Serve" untuk menjadikan agenda kebajikan adalah keutamaan beliau. Sesuatu yang nampak mudah dan kecil, namun cukup-cukup bermanfaat bagi sekalian warga kampus jika dapat dilaksanakan.

Berjanji untuk memperjuang tempat parking kereta berbumbung, pasti akan menarik perhatian banyak pihak. Seperti yang sedia maklum, masalah parking adalah antara masalah utama dalam kalangan pelajar. Selain daripada kurangnya lot parking, tempat parking di kawasan lapang yang panas sudah tentu merimaskan ramai pemilik-pemilik kenderaan di UTP.

Sudah pasti perkara ini akan menjadi tarikan utama kepada calon ini yang akan menyebabkan beliau mendapat undi yang tinggi dari pelajar-pelajar yang mempunyai kenderaan.

Dari RCSU ke MPP

Hamzah Nawawi merupakan mantan Presiden RCSU sesi 2009/2010 dan kini sedang berpraktikal. Mempunyai pengalaman sebagai Presiden sebuah persatuan yang berprestij di UTP menjadikan Sdr Hamzah berada di tangga yang berlainan dengan calon-calon lain. Calon #6 ini juga mempunyai kelebihan dari segi sokongan, kerana ramai dalam kalangan ahli RCSU menyokong penuh hasrat beliau untuk betanding.

Penampilannya yang sentiasa kemas dan mesra  amat sesuai dengan gaya seorang presiden. Membawa misi "Rebranding MPP", Hamzah menjanjikan MPP yang 'mesra rakyat' jika terpilih untuk berada dalam Majlis Tertinggi (MT) MPP sesi 2010/2011 nanti.

Beliau juga menjanjikan integrasi kaum yang lebih mantap bagi pelajar-pelajar. Mengambil inspirasi kejayaan beliau mengintegrasikan kaum dan negara semasa dalam RCSU, Hamzah begitu optimis untuk melakukan perkara yang sama di dalam MPP nanti.


Wakil Antarabangsa

Pertama kali dalam sejarah menyaksikan PRK mempunyai calon dari kalangan pelajar antarabangsa. Rofans Beleam Hilisebua Manao yang merupakan bekas Timbalan Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Indonesia (PPI) Malaysia, merupakan yang pertama berbuat demikian.

Kebiasaannya, pelajar antarabangsa akan menduduki kerusi MT MPP melalui International Student Council (ISC) kerana terdapat peruntukan khas bagi pelajar antarabangsa untuk kerusi itu. Dan mereka akan melalui proses pilhanraya sendiri dalam kalangan pelajar-pelajar antarabangsa.

Namun, apa yang dibuat Rofans yang juga calon #7 adalah suatu langkah yang bijak. Hal ini kerana, Rofans tidak perlu merebut kerusi dalam ISC. Jika bertanding dalam ISC, hanya Presiden ISC yang akan menjadi MT dalam MPP. Dan jika bertanding terus dalam MPP, peluang untuk menang adalah cerah. 7 orang calon merebut 5 kerusi adalah sesuatu yang dianggap mudah bagi yang berkaliber seperti beliau.

Membawa manifesto "Realizing the Golden Generation", Rofans berjanji untuk meningkatkan semangat dalam kalangan pelajar. Mempuyai kapasiti sebagai bekas Timbalan Presiden PPI, sudah pasti Rofans akan menarik ramai penuntut-penuntut Indonesia untuk mengundi beliau. Dan ini secara tidak langsung bakal menambahkan peratusan yang keluar mengundi nanti.

Adalah diharapkan calon-calon dapat menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada untuk berkempen. Suburkan demokrasi yang masih ada di bumi UTP ini. Selamat Berjaya.

-UTPdaily-
Continue Reading...

Malam Ucapan Umum, Langkah kempen pertama bagi calon-calon PRK

UTPdaily

2 Oktober - Hari ini tentunya menjadi hari yang dinanti sekalian warga kampus Universiti Teknologi PETRONAS amnya, dan sudah tentu hari yang mendebarkan bagi calon-calon yang masuk bertanding Pilihan Raya Kampus UTP 2010. Hal ini kerana, malam ini merupakan malam Ucapan Umum bagi mereka yang bertanding bagi Kerusi Umum PRK kali ini.

Inil merupakan kali pertama calon-calon akan berhadapan dengan pengundi-pengundi mereka yang terdiri daripada siswa-siswi UTP sekali gus memulakan kempen PRK kali ini secara rasmi. Seramai 7 calon bertanding akan mengemukakan menifesto masing-masing untuk dibentangkan kepada para hadirin pada malam ini.

Malam ini bakal menyaksikan Dewan Canselor digegarkan dengan kelantangan ucapan penuh semangat mereka yang bertanding. Selain itu, sorakan penyokong masing-masing sudah tentu bakal menggamatkan lagi suasana. Gelagat-gelagat 'fan club' dengan pelbagai aksi bagi menunjukkan sokongan padu terhadap calon mereka itu pastinya akan mencuri tumpuan segenap hadirin pada malam ini.

Jadi, petang sudah tentu menjadikan calon-calon dan penyokong-penyokong tidak duduk diam untuk membuat persiapan bagi malam yang penting ini. Ucapan pada malam ini amat penting bagi calon-calon yang beratanding supaya para hadirin yakin yang merekalah sepatutnya diundi dalam PRK, seterusnya mewakili seluruh siswa-siswi UTP dalam Majlis Perwakilan Pelajar.

Bagi warga kampus pula, apa yang diharapkan ialah calon-calon yang bertanding dapat memberikan tawaran yang terbaik untuk mereka pada PRK kali ini. Masih terdapat banyak isu-isu kebajikan yang boleh diketengahkan oleh para calon dalam manifesto mereka supaya dapat menarik perhatian pengundi. Jadi, langkah pertama dalam sesi kempen ini cukup penting.

Kepada semua calon, krew UTPdaily mengucapkan selamat berjaya kepada anda semua pada malam ini. Dan kepada seluruh warga kampus, jom penuhi Dewan Canselor bagi mendengar ucapan-ucapan mereka yang bakal mewakili suara pelajar-pelajar dalam MPP nanti. Sama-sama kita suburkan demokrasi di bumi UTP ini.

-UTPdaily- 
Continue Reading...

Public Speaking of SRCUTP candicates tonight!!

Continue Reading...

Friday, October 1, 2010

Senarai Calon PRK 2010

PRK kali ini bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru bagi merebut 5 kerusi Majlis tertinggi MPPUTP. Bilangan calon bertanding meningkat 1 calon berbanding PRK 2009, tetapi jauh lebih sedikit berbanding PRK 2008 yang menyaksikan pertandingan 11 penjuru bagi Kerusi Umum.

Berikut adalah senarai* calon Kerusi Umum (General Contituency) bagi Pilihan Raya Kampus 2010.

1. Hamzah Bin Nawawi
2. Siti Sara Lyana Badli Sham
3. Aidil Aznan Azwan Abdul Azid
4. Rofans Beleam Hilisebua Manao
5. Muhamaad Fitri Jamil
6. Nadia Hartini Suhaimi
7. Mohamad Khairulanam Azeman


Bagi Kerusi Program pula, tiada pertandingan akan berlaku. Semua calon bagi kerusi program menang tanpa bertanding.

*senarai nama di atas tidak mengikut nombor undian calon
Continue Reading...

Details of Campus Election


COME AND JOIN CAMPUS ELECTION
VOTE YOUR CANDIDATE

from : http://www.srcutp.com/
Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails