Friday, March 25, 2011

Beberapa bangunan mercu tanda sertai kempen Earth Hour malam ini



KUALA LUMPUR: Beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda termasuk bangunan pencakar langit, universiti dan pusat beli-belah di sini akan bergelap selama sejam sempena kempen Earth Hour 2011. 

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, stesen minyak, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM),Planetarium Negara dan Sunway Pyramid berikrar menyokong kempen itu.
Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.
Pengarah Komuniksi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said, berkata semua lampu yang tidak penting di bangunan itu termasuk di Menara Dato Onn akan dipadam selama sejam sempena kempen itu.

"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan penggunaan lampu walaupun ada acara yang ditetapkan tapi yang pasti lampu di bahagian pentadbiran tidak akan dipasang esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Suasana di Canberra ketika 'Earth Hour'
Beliau berkata, sokongan yang diberi itu penting untuk menunjukkan betapa pentingnya bumi diselamatkan daripada mengalami kesan akibat perubahan iklim.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, usaha menyelamatkan bumi daripada mengalami perubahan iklim perlu melangkau lebih jauh daripada sekadar memadam lampu selama 60 minit. 
"Jadikan penggunaan tenaga elektrik secara bijak sebagai cara hidup kita. Ia sama mudahnya seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik lain apabila tidak diperlukan dan menetapkan thermostat sistem penyaman udara antara 22 dan 26 darjah Celsius," katanya.

Presiden Young Liberals & Democrats of Asia (YLDA) Hng Chee Wey pula berkata, sokongan sedemikian sepatutnya diberi sepanjang masa, bukan sempena kempen EarthHour sahaja.

Hng, yang juga Timbalan Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Kebangsaan, berkata, walaupun langkah memadamkan lampu selama sejam itu merupakan suatu usaha kecil tetapi ia memberi kesan besar kepada seluruh dunia apabila setiap orang memberi kerjasama.

Earth Hour adalah acara tahunan yang mengajak isi rumah serta pemilik syarikat memadamkan lampu serta peralatan elektrik selama sejam untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai isu perubahan iklim dan sebagai simbol betapa pentingnya mengekalkan kelestarian alam sekitar. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails