Tuesday, March 22, 2011

PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS UNTUK LEPASAN SPM 2010

    PETRONAS mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2010 yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan untuk memohon Biasiswa bagi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS.
    Sila rujuk di bawah untuk syarat-syarat kelayakan memohon.
    SYARAT MEMOHON
    - Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
    - Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
    - Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
    - Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

petronas 1 Calon Lepasan SPM 2010, Permohonan Biasiswa PETRONAS Dibuka Esok
petronas 2 Calon Lepasan SPM 2010, Permohonan Biasiswa PETRONAS Dibuka Esok
Klik untuk besarkan gambar
Cara Memohon.

1. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian melalui laman web ini sahaja.

2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang di laman Borang Permohonan.

3. Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki mengisi 2 borang :-

i) Kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my
DAN
ii) Program Penajaan Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.

- Sekiranya anda tidak berbuat demikian,permohonan anda tidak akan diproses.
- Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS akan menyemak status permohonan anda ke UTP melalui Unit Kemasukan Pelajar UTP.

4. Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara / Kampus Cawangan di Malaysia, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman ini.

5. Ibu bapa boleh memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau berada di luar Negara.

6. Pemohon yang berjaya disenaraipendek akan melalui proses peringkat akhir di PETRONAS EduQuest Camp.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. Pemohon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di PETRONAS EduQuest Camp pada bulan April 2011. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas PETRONAS EduQuest Camp.

2. Keputusan tawaran penajaan akan dimaklumkan pada bulan Mei 2011.


Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9.00 pagi, 23 Mac 2011.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 1 April 2011.
UNTUK MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN.

1 comments:

tenangsudey on March 23, 2011 at 6:33 AM said...

moga calon2 spm 2010 dapat la scholar yang terbaik utk mereka..

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails