Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

Friday, September 9, 2011

UTP tuan rumah persidangan Pasca Siswazah Kebangsaan ketiga

KUALA LUMPUR: Pusat Pengajian Graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Pasca Siswazah Kebangsaan Ketiga (NPC 2011) dari 19 hingga 20 September.

Dengan Tema "Energy and Sustainability: Exploring the Innovative Mind" persidangan itu dianjurkan khusus bagi graduan penyelidik dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi, untuk berbincang mengenai penemuan terbaru dalam penyelidikan mereka.UTP, dalam satu kenyataan semalam, menyatakan persidangan itu akan meliputi tujuh bidang penyelidikan yang merangkumi kejuruteraan kimia, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan am, kejuteraan geosains dan petroleum, sains komputer dan maklumat, serta sains asas dan tambahan."NPC 2011 bercadang untuk menghimpunkan pelajar lepasan ijazah dari seluruh Malaysia untuk berkongsi penyelidikan mereka, mendengar taklimat pensyarah jemputan dan berinteraksi dengan panel kerjaya," katanya.

Menurut kenyataan itu tujuan persidangan adalah untuk menangani isu yang berkaitan dalam ruang disiplin kejuruteraan utama.

Ahli panel untuk NPC 2011 terdiri daripada kalangan professor UTP yang akan mengendalikan sesi pleno, katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai persidangan, orang ramai boleh menghubungi penganjur persidangan dengan menelefon 05-3688203/05-3688190/05-3688198 atau menghantar e-mel kepada npc_secretariat@petronas.com.my atau layari www.utp.edu.my/npc2011. - BERNAMA 
Continue Reading...

Wednesday, July 13, 2011

Sultan Perak mahu pentadbir IPT bijak imbangi tuntutan semasa

2011/07/13

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah mahu pentadbir institusi-institusi pengajian tinggi supaya berusaha mengimbangkan tuntutan perubahan semasa dengan sejarah serta iklim ekonomi dan sosiopolitik setempat. 

Titah baginda, perkara itu perlu supaya para graduan yang dihasilkan dapat berperanan sebagai jambatan penghubung di antara tradisi dengan modenisasi."Ini untuk memastikan bahawa tamadun sesuatu negara bangsa akan terus dapat dipertahankan dan menjadi asas kepada pengukuhan jati diri seseorang warga.

 
Setiap institusi latihan bertanggung jawab mengembangkan pemikiran pelajar melalui kurikulum yang kemas kini demi memastikan berlakunya pembangunan insan secara menyeluruh lagi seimbang," titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-5 Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) di sini, hari ini. 

Sultan Azlan bertitah, institusi-institusi pengajian tinggi ternama dunia masih terus melakukan transformasi demi transformasi untuk memastikan kurikulum pengajian yang disediakan kekal relevan dan siswazah yang dihasilkan mempunyai nilai pasaran dalam iklim dunia yang pesat berubah. 

Baginda bertitah, iklim ekonomi, politik, budaya dan sosial dunia pada hari ini bukan hanya tidak statik malah memperlihatkan tahap perubahan pada kadar kelajuan yang sangat pantas. 

Institusi pengajian yang mengambil masa terlalu lama untuk melakukan transformasi akan tertinggal dan dalam masa yang singkat boleh menjadi jumud, titah baginda. 
"Usaha melakukan transformasi dan penstrukturan semula kurikulum akademik perlu berlaku secara dinamik dan tidak harus dihalang oleh proses birokrasi yang keterlaluan," titah baginda. 

Baginda juga mahu agar semua institusi pengajian memperbaharui dan mengemaskini kurikulum wajib sepanjang masa termasuk penerokaan baru oleh ahli akademik selaras dengan perkembangan terkini terutama dari segi penciptaan teknologi, peralatan, penggubalan undang-undang serta tata cara kerja. 

Sultan Azlan turut berpesan agar semua graduan memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai bekalan dalam pengembaraan hidup yang lebih panjang. 

Baginda bertitah bahawa ilmu berperanan sebagai penyuluh yang membawa cahaya terang dan mengeluarkan insan dari kegelapan dan ilmu hendaklah dijadikan instrumen untuk mencari kebenaran, mempertahankan kebenaran dan memperkatakan kebenaran. 

"Ilmu hendaklah dijadikan instrumen untuk membina keberanian dan memperkukuhkan keyakinan dalam jiwa insan dan memandu manusia melakukan amal makruf dan meninggalkan amalan mungkar. 

Sehubungan itu, baginda bertitah ilmu harus terus diperkaya, didalami, dihalusi dan ditingkatkan penguasaannya supaya dengan demikian usaha memperluaskan penguasaan ilmu diteruskan dan tidak harus berakhir di institusi pengajian tinggi sahaja. 

Sempena majlis itu, Sultan Azlan berkenan menyampaikan sijil dan diploma kepada 183 graduan dari 6 jurusan termasuk Syariah Islamiyyah, Usuluddin, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Teknologi Maklumat, Perbankan dan Kewangan Islam. 

Sehingga ini, Kisdar mengeluarkan 789 graduan sejak beroperasi sembilan tahun lalu dan daripada jumlah itu kira-kira 110 dari mereka berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara. 

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Rektor Kisdar Prof Madya Dr Jamil Hashim. - BERNAMA
Continue Reading...

Tuesday, June 21, 2011

20 IPTS salah guna pas lawatan pelajar disenarai hitam

GEORGETOWN: Lebih 20 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) disenaraihitam oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan pelajar asing. 

Ketua Sektor Operasi Unit Pemerdagangan Manusia Jabatan Imigresen, Abdul Hamid Ahmad, berkata siasatan pihaknya mendapati IPTS terbabit memberi maklumat kurang tepat berkaitan informasi pelajar asing."Dalam siasatan kami ada IPTS yang mempunyai rekod pendaftaran pelajar asing lebih daripada 1,000 orang sedangkan premis pengajian hanya mampu memuatkan 80 orang.


"Bila ditanya pihak pengurusan IPTS terbabit gagal memberi jawapan logik, kami percaya ada pihak tertentu ada yang menggunakan kolej untuk membawa warga asing yang kononnya berdaftar sebagai pelajar," katanya pada perbincangan meja bulat bengkel sistem dan prosedur penguatkuasaan pemerdangan manusia anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini hari ini. 

Panel lain dalam perbincangan berkenaan ialah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob; Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md Yatim; Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Pulau Pinang, Suhaimi Ibrahim; dan Setiausaha Bahagian Anti Pemerdangan Orang KDN, Nasir Rahman Khiruddin. 

Abdul Hamid berkata, pihaknya juga mendapati beberapa IPTS dipercayai turut terbabit dalam kegiataan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Katanya, itu adalah perniagaan yang menguntungkan dan pihaknya percaya ada pihak tertentu mempergunakan peluang ini untuk mengaut keuntungan. 
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya baru-baru ini menghalang sekumpulan warga India yang datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di IPTS. 

"Mereka sudah dapat kelulusan sebagai pelajar bagaimanapun mereka dihalang kerana selepas kita melakukan siasatan mendapati semua mereka tidak tahu membaca. Mereka bukan pelajar tetapi dibawa masuk oleh pihak tertentu untuk bekerja menggunakan pas pelajar," katanya. - BERNAMA 
Continue Reading...

Friday, June 10, 2011

TEKS UCAPAN PENUH MENTERI PENGAJIAN TINGGI PADA MAJLIS PELANCARAN PELAN TINDAKAN FASA DUA PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA (PSPTN)

BERIKUT adalah teks ucapan penuh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis pelancaran Pelan Tindakan Fasa Dua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Putrajaya, Selasa 7 Jun 2011. 
Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia.
1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah saya bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Pelan Tindakan Fasa Dua, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada pagi yang berbahagia ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan seterusnya merasmikan majlis ini.
2. Saya berasa amat gembira kerana Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Fasa Dua ini menandakan dua perkara besar dalam konteks Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pertama, ia menandakan bahawa kita telah berjaya meletakkan asas yang kukuh bagi PSPTN dalam Fasa Satu pelaksanaannya. Dan keduanya, dengan kejayaan itulah, maka kita semua akan bersama-sama memastikan kelangsungan Fasa Dua pelaksanaan PSPTN di mana sebanyak 23 Projek Agenda Kritikal (CAPs) di bawah Fasa Satu akan diteruskan pelaksanaan dan pemantauan.
SENARIO DAN TREND PENGAJIAN TINGGI MASA KINI
3. Pada hari ini, senario pengajian tinggi global berkembang dengan begitu pesat sekali. Arus dan ledakan globalisasi telah menghasilkan daya penggerak yang membentuk hala tuju baharu pengajian tinggi dunia. Hala tuju ini juga melahirkan beberapa trend baharu seperti antara lainnya, globalisasi, mobiliti, kolaborasi, evolusi dalam pembelajaran dan pengajaran serta penggunaan teknologi yang maksima.
4. Tidak dinafikan, dinamika pengajian tinggi dan arus globalisasi ini akan berterusan khususnya sepanjang tempoh lima tahun Fasa Dua PSPTN. Ini bermakna, Malaysia dan sektor pengajian tinggi perlu memberi pertimbangan wajar terhadap impak dinamika ini kepada hala tuju strategik, sistem serta institusi pengajian tingginya. Dalam konteks senario seperti di atas, usaha dan tindakan yang akan kita ambil misalnya akan mencorakkan pengajian tinggi menjadi lebih bersifat antarabangsa, tidak jumud dan bercirikan hubungan jaringan yang berasaskan kepada kolaborasi dan komplementari bukannya kepada persaingan.
5. Dalam konteks senario dan trend yang telah dilakarkan tadi, pengajian tinggi sememangnya menjadi penggerak minda dan teknologi ke arah mencapai status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu, bukanlah satu kebetulan jika sektor pendidikan (dan pengajian tinggi) merupakan salah satu daripada 12 bidang yang dikenalpasti sebagai penyumbang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara, sebagai jentera pertumbuhan dalam Program Transformasi Ekonomi Negara. Tambahan lagi, pendidikan telah pun dijadikan sebagai sebuah komoditi dan produk eksport yang semakin diterima dan menyerlah dalam ekonomi global masa kini.
6. Hasrat Malaysia amat jelas iaitu ingin menjadi negara pembekal pengajian tinggi terbaik di rantau ini juga pada peringkat antarabangsa. Dan sebagai satu komoditi, pihak yang membekalkan pendidikan yang terbaik, mengikut definisi kualiti yang terpakai masa kini, akan memperoleh pencapaian dan keberhasilan yang tinggi juga lumayan. Justeru itu, Kementerian Pengajian Tinggi perlu penuh komited dalam memperkukuhkan kualiti dan memandu transformasi pengajian tinggi. Kita perlu memahami bahawa pada asasnya, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) adalah satu pelan yang ‘all-encompassing’, iaitu merangkumi pelaksanaan yang membabitkan semua aspek pengajian tinggi yang signifikan.
7. Ia perlu dijadikan fokus demi untuk mencapai hasrat murni utama kita – iaitu supaya setiap pelajar yang layak, mendapat akses kepada pengajian tinggi, akan bergraduat menjadi modal insan kelas pertama dan berpendapatan tinggi, yang berkualiti global dan menjadi penggerak kepada sumber manusia yang berinovatif dan kreatif yang diperlukan bagi masa depan Malaysia.
8. Untuk memastikan aspirasi itu dapat dicapai seterusnya, PSPTN akan dikembangkan dengan meletakkan fokus kepada beberapa agenda utama, yang melibatkan proses-proses utama dan pelan-pelan tindakan dalam sektor pengajian tinggi dilaksanakan secara ‘business unusual’ demi untuk melonjakkan sektor pengajian tinggi ke peringkat kecemerlangan. Bagi tujuan ini, pengukuhan usaha melahirkan modal insan, memperkayakan kreativiti dan inovasi, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi, memanfaatkan globalisasi dan kepemimpinan yang bertransformasi di kalangan peneraju institusi pengajian tinggi adalah antara fokus-fokus baharu yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh Fasa Dua PSPTN.
PENGUKUHAN USAHA MELAHIRKAN MODAL INSAN
9. Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan abad ke-21. Sehubungan dengan itu, kita perlu mengenal pasti dan menggunakan pendekatan-pendekatan terbaharu untuk membangunkan modal insan yang benar-benar berketrampilan dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Ini dapat digerakkan melalui pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, pembelajaran sepanjang hayat dan pengenalan kepada program-program baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
10. Dalam konteks ini, kita ingin memastikan bahawa pelajar yang kita lahirkan, tidak lagi bersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknya mempunyai talent atau bakat untuk membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang kepada penyelesaian cabaran-cabaran semasa dan akan datang.
11. Justeru itu, pembangunan bakat di kalangan pelajar perlu memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkan melalui 5Cs sebagai pengukuhan kepada konsep dan modul kemahiran insaniah yang telah dilancarkan oleh kementerian sebelum ini. Lima ciri itu ialah Critical Thinking and Problem Solving (pemikiran kritikal dan penyelesai masaalah), Effective Communication Skills (keberkesanan berkomunikasi), Collaboration and Team Building (boleh berkolaborasi dan bekerja dalam satu pasukan termasuk dengan kumpulan yang berbeza pandangan), Creative and Innovative (kreatif dan inovatif) dan Culturally Literate (celik budaya untuk bergerak dalam dunia yang kepelbagaian). Saya percaya, pelajar yang memiliki kelima-lima ciri tersebut menepati keperluan negara untuk bersaing dan berhadapan dengan cabaran-cabaran global.
12. Selain itu, sudah tiba masanya dalam tempoh lima tahun ini, kita menganjak paradigma iaitu daripada semata-mata melahirkan modal insan (human capital) kepada usaha meningkatkan modal intelektual (intelectual capital). Pendek kata, pembangunan modal insan di negara tidak lagi seharusnya bergantung kepada soal menyediakan akses semata-mata, sebaliknya membangunkan pengalaman dan pengetahuan yang berkualiti yang diterima oleh seseorang individu atau pelajar selama berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana modal intelektual akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan mapan.
13. Pengukuhan proses pembelajaran dan pengajaran di IPT mestilah memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan attractive atau memikat hati. Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah bercorak student-centered atau pemusatan pelajar, kerana proses pembelajaran ini dapat memberi perhatian kepada aspek-aspek perkembangan dan potensi pelajar secara menyeluruh.
14. Bagi menyokong dan memajukan k-ekonomi yang menjadi teras kepada ekonomi inovasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan diarusperdanakan kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan formal atau tidak formal. Kita percaya, penekanan kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat ini akan membantu rakyat mencapai potensi sebenar diri sekaligus menyumbang kepada proses pembangunan di peringkat komuniti setempat.
MEMPERKAYAKAN KREATIVITI DAN INOVASI
15. Fasa 2 PSPTN juga akan menjangkakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi yang lebih mantap ke arah peningkatan penerokaan pengetahuan-pengetahuan baharu dan pengkomersilan produk-produk yang dihasilkan. Antara pendekatan yang akan diambil untuk melonjakkan R&D dan Inovasi pada Fasa 2 ini ialah menggalakkan minda perintis (pioneer mindset) di kalangan penyelidik; meletakkan fokus kepada penyelidikan inovatif selaras dengan kehendak negara; menterjemahkan penemuan fundamental ke arah menghasilkan produk atau teknologi platform yang mampu dikomersilkan; dan memperkayakan khazanah ilmu (knowledge repository) negara.
16. Dan yang paling penting ialah semangat ‘kolaborasi dan komplementari’ antara satu sama lain; di kalangan penyelidik dan di kalangan institusi hendaklah diperkukuhkan. Kita akan terus mewarisi masalah apabila sifat ‘working in silos’ tidak dapat dipecahkan. KPT telah memecahkan buyungnya dengan meletakkan syarat ‘kolaborasi’ dalam pemberian geran HiCOE dan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS).
17. Kolaborasi yang dimaksudkan disini adalah kolaborasi antara kumpulan penyelidik merentasi sempadan universiti sama ada dari dalam atau luar negara. Juga kolaborasi merentasi sempadan ilmu yang melibatkan bidang sains teknikal bergabung kepakaran dengan sains sosial untuk menyumbang kearah penghasilan ilmu baharu melalui aktiviti penyelidikan bersama.
18. Hari ini kita mempunyai banyak pusat kecemerlangan (COE) di IPT yang masih berfungsi dan bergerak secara sendirian, dengan bilangan penyelidik atau pensyarah yang kecil dan peruntukan dana yang minimum. Saya berharap lebih banyak COE IPT memulakan langkah untuk berkolaborasi dengan Institusi-institusi Penyelidikan (RIs) di luar Kementerian Pengajian Tinggi, dalam mahupun luar negara. Selain itu pihak COE di IPT juga seharusnya melaksanakan langkah-langkah pro-aktif dalam menjalin kerjasama dengan pihak industri di Malaysia terutama di kalangan Industri Kecil dan Sederhana (SMI) dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC), agar produk daripada usaha penyelidikan mereka dapat menembusi pasaran dengan lebih cepat melalui perkongsian pintar yang terjalin.
19. Kesemua lima buah Universiti berinsentifkan Penyelidikan (RU) diminta mempertingkatkan usaha untuk meneraju platform penyelidikan berimpak tinggi. KPT juga sedang berusaha membimbing IPT untuk membangunkan sebuah lagi universiti penyelidikan berasaskan Sains Sosial menjelang tahun 2020 untuk sama-sama membantu dalam pembangunan penyelidikan negara.
20. Pemecahan dana penyelidikan fundamental kepada empat skim bermula tahun ini di bawah RMKe-10, iaitu Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS), dijangka akan turut memeriahkan lagi lanskap R&D dan inovasi negara ke arah peningkatan pengkomersilan produk R&D di dalam Fasa Kedua PSPTN. IPTA dan IPTS telah memula mendapat manfaatnya melalui FRGS dan LRGS apabila bermula tahun ini KPT membuka seluas-luasnya dana penyelidikan berdasarkan merit tanpa mengira status masing-masing. Kita telah mengesan bahawa ada IPTS yang mampu menerima dana penyelidikan yang tinggi seiring dengan rakan-rakan mereka dari IPTA. Ini merupakan satu perkembangan terbaharu yang sihat dari IPTS.
21. Dalam konteks Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HiCOE pula, kita ingin mempunyai lebih banyak HICOE yang diwujudkan di atas dasar persefahaman dan kolaborasi, tidak semestinya dari CoE yang baharu, atau tersendiri; tetapi sebaik mungkin, ia wujud hasil dari kolaborasi antara beberapa COE sedia ada, yang merentasi IPT. Enam HICOE yang sedia ada juga harus memulakan kolaborasi dengan institut penyelidikan ternama dunia. Matlamat utama yang digariskan setelah dinobatkan sebagai HICOE adalah untuk mereka menggembleng tenaga bagi melonjakkan posisi HICOE masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa dalam Fasa Dua PSPTN.
22. Sementara itu, peranan Malaysia’s Top Business School (TBS) akan digandakan. Pengkorporatan TBS tetapi ‘not-for-profit’ menjadi unsur baharu dalam pengukuhan peranannya. Kekuatan nic baharu TBS di Malaysia yang unik seperti antara lain penekanan kepada pembangunan ‘human governance’ yang berbeza dengan nic Barat hendaklah disegerakan sebelum ia diperkenalkan oleh pihak lain. Dalam masa yang sama, KPT akan menilai beberapa lagi Sekolah-sekolah Perniagaan untuk dinaiktaraf sebagai TBS menjelang tahun 2015.
23. Pada kesempatan ini, saya ingin membawa satu keadaan di masa hadapan yang menunjukkan betapa pentingnya unsur kolaborasi dengan institusi dalam dan luar negara. Dalam pembangunan ekonomi, kita telah melihat bagaimana beberapa negara telah menjalinkan kerjasama dalam integrasi ekonomi serantau dalam kawasan perdagangan bebas seperti kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA), kawasan perdagangan bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Kesatuan Eropah (EU), yang memberi banyak manfaat ekonomi kepada negara-negara ahlinya.
24. Rangkaian perdagangan bebas dalam sektor pengajian tinggi juga telah mulai menjadi tajuk perbincangan antara beberapa Presiden dan Naib-naib Canselor Universiti ternama dunia. Mereka telah berbincang untuk membentuk satu kesatuan yang kukuh ‘network of networks’ (atau rangkaian dalam rangkaian) di antara universiti-universiti ternama mereka bagi memperkayakan aktiviti pembelajaran dan penyelidikan, perniagaan, mobiliti dan hubungan industri. Sudah wujud kecenderungan di antara beberapa universiti ternama dunia untuk berpakat dengan rakan-rakan yang lain agar mereka menumpukan kolaborasi dan sinergi hanya sesama mereka dan ini tentunya merugikan IPT kita jika kita terlepas pandang kepada perkembangan ini.
25. Sehubungan dengan itu, IPT di Malaysia harus menggiat dan menggandakan usaha untuk mendapat manfaat dalam jaringan masing-masing. Hari ini kita hanya mempunyai hanya MTUN (atau Malaysian Technical University Network). Yang lain-lain masih bergerak secara bersendirian dan menganggap rakan senegara seperti ‘rival’. Oleh itu, MTUN harus segera berkolaborasi dan membina jaringan dengan network yang sedia ada seperti ASEAN University Network (AUN) bagi memperkayakan aktiviti pengajian tinggi seperti program mobiliti selain lain aktiviti tradisional R&D dan sosial.
26. Mereka juga harus melangkah jauh dengan melakukan intergrasi dengan rangkaian luar negara seperti International Network of Universities (INU- yang menggabungkan universiti dari Australia, Indonesia, Jepun, Sweden, Spain, Korea Selatan, Itali dan Amerika Syarikat), Japanese University Network in the Bay Area, di Amerika Syarikat (JUNBA), Australia Japan University Network (AJUN) dan lain-lain lagi. Ini sesuatu yang baru tetapi trend ekonomi ini mulai menular dalam pengajian tinggi dunia dan kita harus bersedia mengorak langkah supaya tidak ketinggalan dalam arus baru globalisasi ini.
MEMAKSIMUMKAN EKOSISTEM PENGAJIAN TINGGI
27. Dalam Fasa Kedua PSPTN, kementerian akan memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi yang baharu lagi komprehensif. Sepertimana yang saya nyatakan dalam Amanat Tahun Baharu sebelum ini, bagi menentukan agar Malaysia berjaya menjadi negara maju berpendapatan tinggi dan mempunyai peranan penting dalam ekonomi global, satu-satunya pilihan kita ialah menggerak aktifkan semua potensi, kemahiran dan bakat seluruh rakyat Malaysia. Pendek kata, negara kita yang kecil ini tidak mungkin dapat meminggirkan potensi setiap seorang anak Malaysia dan mengabaikan bakat anak-anak muda kita. Justeru itu, kita perlu memastikan tidak ada seorang pun di kalangan rakyat Malaysia yang LAYAK, tercicir untuk mendapat peluang menyambung pengajian dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara.
28. Tidak dinafikan, Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS mempunyai peranan penting dalam membangunkan potensi rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripada ekosistem pengajian tinggi negara. Justeru itu, kolaborasi dan sinergi antara IPTA dan IPTS harus digiatkan. IPTA yang mempunyai ‘abundant talents’, boleh digunakan untuk membantu pembangunan IPTA baharu dan IPTS. ‘Cross-fertilization’ yang telah diamalkan dalam sektor awam boleh dipanjangkan dari IPTA ke IPTS. Penyelidik-penyelidik IPTA boleh membantu pembangunan dalam R&D&C di IPTS. Pengurusan IPTA pula dapat berkongsi amalan-amalan terbaik dari IPTS dari segi pengurusan korporat, penjanaan pendapatan dan lain-lain lagi. Sinergi ini akan membolehkan IPTS turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai negara maju berteraskan ekonomi inovasi dan pengkomersilan.
29. Adalah tidak memadai jika IPTS sekadar menyumbang kepada pembangunan negara berdasarkan bilangan pelajar antarabangsanya semata-mata. Justeru itu, pendapatan IPTS hendaklah distruktur semula dan dipelbagaikan. Pergantungan kepada yuran pengajian pelajar semata-mata sebagai punca pendapatan mestilah difikirkan semula. Punca pendapatan alternatif mestilah digiatkan melalui aktiviti R&D&C, program-program eksekutif dan perkhidmatan.
30. Proses ’levelling the playing field’ (atau menyamakan taraf) antara IPTA dan IPTS di Malaysia harus dijadikan satu model baharu dunia dalam sektor pengajian tinggi. Keterbukaan pihak kerajaan adalah jelas setelah mengumumkan bahawa IPTS juga akan menerima pelajar-pelajar cemerlang negara dengan tajaan penuh untuk menyambung pengajian di IPTS. Ini merupakan peluang terbaik kepada IPTS untuk sama-sama menjadi pemain yang seimbang bersama IPTA dalam pembangunan negara dan melahirkan modal insan minda kelas pertama.
31. Proses liberalisasi dan globalisasi yang sedang melanda akan turut memberi kesan kepada ekosistem dalam IPTS. Pelabur-pelabur asing mega dalam sektor pengajian tinggi mulai muncul untuk mengambil peluang dan keuntungannya. Rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia mula mendapat perhatian pihak pelabur. Apa yang dibimbangi ialah persediaan kita untuk menghadapi cabaran liberalisasi dan globalisasi yang besar ini. Apakah kita akan terus mampu bersaing menawarkan fasiliti pengajian terbaik kepada pelajar? Bagaimanakah kekuatan modal kita untuk pelaburan masa hadapan?
32. Saya ingin mengesa supaya IPTS dalam negara bersedia menghadapi cabaran ini. Dari sudut ekonomi, seperti yang telah dan sedang berlaku dalam sektor perbankan negara ialah pengambil alihan dan penggabungan (Merger & Acquisition) menjadi model baharu untuk menghadapi globalisasi ini. Jika ini satu model yang baik, bolehkah juga IPTS turut memikirkannya sebagai persediaan menghadapi pelabur-pelabur asing yang sedang muncul seperti Laurette, Manipal, Apollo dan lain-lain lagi.
MEMANFAATKAN GLOBALISASI
33. Era globalisasi yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak seharusnya mencicir dan mengekalkan kita sebagai pengikut semata-mata, tetapi pemimpin atau leader yang menerajui perubahan. Dalam hubungan ini, pengajaran dan penyelidikan bagi tujuan pembinaan indigenous knowledge amat penting dan signifikan. Ini kerana indigenous knowledge atau pengetahuan tempatan ini akan memacu ekonomi berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas kepada positioning atau pemetaan Malaysia di peringkat global.
34. Faktor tersebut juga boleh membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020. Keupayaan dan kemampuan Malaysia sebagai pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda arasan yang berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana hasil yang diperolehi bukan terhad kepada pengaliran wang masuk ke negara (contohnya penjanaan pendapatan), tetapi juga hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran.
35. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global (global player), di mana keterlibatan negara dalam hal ini tidak terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.
36. Dalam hal ini juga, untuk mendapatkan keyakinan negara luar terhadap keupayaan negara kita untuk membekalkan pengajian tinggi yang terbaik di rantau ini dan juga antarabangsa, PSPTN Fasa Dua akan melihat permulaan pendekatan elemen baharu- SOFT POWER atau KUASA TAMBATAN HATI. Pendekatan SOFT POWER ini adalah strategi jangka panjang yang berobjektifkan meraih keyakinan serantau dan global kepada jenama Malaysia dan Malaysia itu sendiri. Keyakinan inilah yang akan membantu Malaysia memenangi hati negara-negara lain, yang secara jangka panjangnya, akan membantu negara mencapai kedudukan global dalam khidmat pembekalan pengajian tinggi dunia.
37. Dalam abad ini, landskap pendidikan tinggi di seluruh dunia telah mengalami perubahan yang besar, peranan institusi pengajian tinggi perlu berganjak dari mentaliti terkurung menara gading (ivory tower mentality) kepada peranan yang lebih holistik melalui pendekatan keterangkuman (inclusiveness) dan pemanfaatan kepakaran institusi pengajian tinggi demi faedah negara dan masyarakat. Malaysia harus memanfaatkan perubahan ini dengan menggunakan pendekatan tambatan hati atau soft power bagi memikat hati dan pemikiran pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa supaya secara kolektif menerima nilai, ideologi dan budaya pembelajaran yang menguntungkan komuniti.
38. Pendekatan ini menggalakkan pemilihan norma dan nilai yang bersesuaian dengan berpaksikan kepada kearifan dan keperluan setempat tanpa perlu menggunapakai acuan dan tekapan yang dibawa dari luar. Pendekatan tambatan hati ini akan menguntungkan Malaysia kerana ia merupakan kerangka paling lestari sebagai asas dalam penjenamaan pendidikan tinggi Malaysia di peringkat antarabangsa.
39. Tidak banyak di antara institusi pengajian tinggi dunia yang mahu berganjak kepada peranan terkini ini. Disinilah terletaknya peluang Malaysia untuk melonjakkan namanya ke persada antarabangsa menerusi peranan institusi pengajian tinggi yang baru. Strategi tambatan hati berpelantarkan pengajian tinggi ini belum pernah diinstitusikan secara berstruktur dan menyeluruh oleh mana-mana universiti di dunia. Maka ia bukan sahaja suatu usaha yang cuba meneroka lautan biru (blue ocean) malah menjadi suatu peluang yang mampu menjadikan pengajian tinggi Malaysian suatu institusi yang pernah saya sebut dahulu iaitu dirujuk (referred), bersesuaian (relevant), dan dihormati (respected).
KEPEMIMPINAN INSTITUSI YANG BERTRANSFORMASI
40. Untuk menjayakan aspirasi negara, peneraju IPT mestilah menghayati kepimpinan yang bersifat transformational. Kepemimpinan yang sedemikian sifatnya adalah sumber penting kepada transformational stimulation yang seterusnya menjadi penggerak dan ikutan mereka yang dipimpin. Kepemimpinan bentuk ini juga dipercayai punca penting kreativiti di kalangan yang dipimpin.
41. Transformational leadership di kalangan peneraju IPT perlu memperlihatkan ciri-ciri berikut: mempunyai wawasan yang jelas, bertenaga, komited untuk memandu dan memacu institusi ke tahap kecemerlangan dan inovasi yang lebih tinggi, mempunyai pencapaian akademik dan pengurusan yang mantap, pemahaman yang kukuh tentang isu-isu pengajian tinggi pada peringkat dalam negara dan global, cemerlang dalam pengalaman pembangunan sumber dan pemasaran, mempunyai pendekatan kepemimpinan yang terbuka, kemahiran mendengar, komited kepada usaha kolaborasi dan perkongsian, dan banyak lagi. Pokoknya, kesemua kriteria ini dan banyak lagi, sebenarnya, perlu wujud dalam seseorang pemimpin instutusi untuk memastikan kelancaran perjalanan ke arah pencapaian aspirasi PSPTN.
42. Pada masa yang sama, IPT mesti mula mengambil pendekatan agresif untuk mempamerkan diri. Saya dapati kita masih malu-malu untuk mengaku bahawa institusi di bawah kita merupakan institusi terbaik negara. IPT juga tidak begitu berani atau tidak terkehadapan mengambil cabaran untuk mempamerkan diri mereka sebagai universiti yang terhebat dan tersohor dalam negara, serantau dan global dalam sesuatu bidang yang tertentu. Pensyarah dan Profesor juga masih ramai yang hanya dikenali di kalangan rakan kesepakaran sahaja dan tidak dikenali oleh pembuat dasar negara sebagai rujukan dalam bidangnya untuk mendapat khidmat nasihat.
43. Oleh itu, setiap IPT mestilah mulai menyusun program mempamerkan kelebihan masing-masing agar kelebihan itu menjadi kebangaan kepada setiap warga IPT. Pensyarah dan Profesor juga mestilah tampil ke hadapan dengan sumbangan yang lebih besar bukan hanya kepada pengajaran-pembelajaran-penyelidikan dan pengkomersilan tetapi menjadi pakar kepada masyarakat dan negara dalam bidang masing-masing. Kepakaran dan sumbangan mereka haruslah melimpah keluar dari kampus kepada masyarakat dalam bentuk 'spillover effect' dan rakyat dapat menikmati kepakaran mereka mereka sebagai cendiakawan dan ilmuan dalam membangunkan masyarakat. Ini yang kita namakan menyalurkan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat melalui CAPs KTP atau Knowledge Transfer Programme.
44. Pensyarah dan profesor harus bersedia menjadi 'hero' dalam bidang masing-masing dan menjadi tersohor kepada universiti, negara dan masyarakat. Kekurangan 'hero' yang ingin mempamerkan diri menyebabkan IPT negara juga belum berani membuat pengakuan bahawa kita mampu mengeluarkan ‘NOBEL LAUREATE’ menjelang 2020. Saya membuka cabaran ini supaya IPT mulai bersaing menyediakan aktiviti yang boleh menghasilkan nobel laureate yang boleh menjadi kebanggaan negara dan dunia. Jika tidak menjelang 2020, kita akan mencapainya selepas melangkau 2020. Dalam hal ini, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) akan bersama-sama dengan semua IPT untuk melihat semula pelan-pelan yang telah dibangunkan sebelum ini untuk diperkasa dan diperkukuhkan bagi menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendiakawan yang boleh diiktiraf sebagai seorang nobel laureate. Kementerian Pengajian Tinggi pula akan memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk menampung program ini.
KELESTARIAN INSTITUSI DAN PENGURUSAN BAKAT
45. Pembangunan bakal pemimpin atau pelapis pengurusan universiti hendaklah digembleng dalam Fasa Dua PSPTN. Ini kerana kekurangan pelapis akan merencatkan usaha kita memperkasakan 'local talents'. Dalam hal ini, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT) telah mula menjalankan peranan ini tetapi kita belum dapat melihat dengan jelas bakal pemimpin yang dihasilkan untuk menjadi pelapis yang paling kanan bagi sesebuah universiti. Oleh itu, pendekatan kita mestilah diperkukuhkan agar bakat-bakat yang telah bermula sebagai dekan atau ketua jabatan dan program dapat dilahirkan untuk mengambil alih universiti. Program-program baharu seperti penjanaan pendapatan, keberanian mengambil risiko, pengurusan baharu korporat, amalan terbaik IPTA dan IPTS dan sebagainya mestilah diperkenalkan untuk tujuan ini.
KOMITMEN KPT
46. Pelan Tindakan Fasa Dua ini telah digarap hasil daripada perbincangan dan perundingan setiap pasukan projek CAP yang telah dilantik, dengan pihak institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti, bersama-sama dengan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, seperti pihak industri, untuk memastikan berlakunya pemfokusan bersesuaian dalam semua agenda yang telah ditetapkan. Dari segi pelaksanaan pula, soal kualiti, kreativiti dan inovasi harus menjadi penggerak utama, bersandarkan harapan yang perlu sentiasa tersemat di minda kita iaitu, apa saja aktiviti yang kita laksanakan akan menyumbang kepada hasrat kita menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Untuk itu, keperluan kita untuk bergerak secara sinergisitik adalah sangat mendesak, dan perlu dilaksanakan.
47. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang perlu menjurus ke arah keberhasilan (outcome) dan bukan sekadar (output). Saya gembira melihat komitmen yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dalam menangani cabaran pelaksanaan Fasa Satu PSPTN. Hasil daripada komitmen tersebutlah, kita telah melihat penghasilan dan keberhasilan, sepertimana yang terkandung dalam Buku Himpunan Pencapaian Fasa Satu PSPTN, yang akan turut saya lancarkan sebentar lagi, bersama-sama dengan Buku Aktiviti Terpilih Fasa Satu. Perkongsian amalan itu sendiri, yang hari ini dizahirkan melalui Seminar Perkongsian Amalan Terpilih ialah satu amalan baik yang perlu kita teruskan untuk kejayaan kita bersama.
PENUTUP
48. Akhir kata, saya berharap usaha pembelajaran berterusan, dan perkongsian antara agen-agen pelaksana CAP bagi PSPTN merentas IPT dan industri akan berterusan dan dimantapkan untuk kejayaan kita bersama. Kita perlu sama-sama memastikan bahawa tiada jurang pelaksanaan ataupun implementation gap dalam menjayakan pelan pelaksanaan Fasa Dua PSPTN. Untuk tujuan itu, resepi mínimum adalah untuk kita pastikan bahawa pertamanya, terdapat kepemimpinan yang kuat dalam memacu perjalanan setiap CAP PSPTN; kumpulan in termasuk juga Pengerusi setiap CAP, yang hari ini akan diserahkan watikah perlantikan masing-masing, atas amanah yang diberikan untuk membantu negara mencapai hasrat PSPTN.
49. Keduanya, setiap warga pelaksana PSPTN tahu akan pelan keseluruhan, dan apa peranan yang dimainkan oleh setiap warga; ketiganya, kita mempunyai pelaksana yang kompeten, yang mempunyai kemahuan untuk menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat kepada negara; dan akhir sekali, iltizam dan keterbukaan setiap pelaksana untuk menilai, secara berterusan, kesan dan impak daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan, dan seterusnya, membuat penambahbaikan jika perlu ke arah kejayaan PSPTN.
50. Maka dengan kata-kata itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Pelan Tindakan Fasa Dua, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2011- 2015 serta elemen baharu PSPTN, Buku Himpunan Pencapaian Fasa Satu PSPTN, serta Buku Amalan Terpilih PSPTN Fasa Satu.
Continue Reading...

Thursday, June 9, 2011

PEKIDA mahu saman filem Kongsi & KL Gengster?

Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul
Salah satu adegan dalam KL Gangster



 
PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Antara babak dalam filem Kongsi
 
Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.
Continue Reading...

Tuesday, March 29, 2011

Perak haramkan tarian poco-poco






TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. (Kosmo - 30 Mac)
Continue Reading...

Wednesday, March 23, 2011

Mangssa banjir di Perak Utara meningkat

 IPOH, 24 Mac (Bernama) -- Mangsa banjir di Kerian bertambah seramai 19 orang lagi setakat pagi Khamis menjadikan jumlah keseluruhan 359 orang berbanding 340 orang petang semalam.

Mereka adalah dari Kampung Alor Setangguk seramai 168 orang, Batu 37/38 Jalan Keretapi (48), Kampung Parit Haji Abu Hasan Ban (46), Kampung Parit Abu Hasan (31), Batu 40 Bukit Merah (44), Parit Mat Keling (4), Kampung Perlis (2), Kampung Tebuk Pancur (8) dan Kampung Parit Ayer Hitam (8).

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Fauzi Mat Nayan berkata kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan seperti di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan dewan-dewan orang ramai di Alor Pongsu, Batu 38 Parit Abu Hasan dan Batu 40 Bukit Merah.

Kampung-kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter ekoran pelepasan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak empat hari lalu, katanya.

Beliau berkata jalan raya di Batu 38 Alor Pongsu-Selama turut ditutup kepada kenderaan ringan.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Monday, March 21, 2011

Keputusan SPM diumum Rabu, 23 Mac

PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok 
E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini. 

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini. 


Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 
12 tengah malam hari yang sama. -- BERNAMA 




Good Luck to student January 2011 intake.
Continue Reading...

Saturday, March 19, 2011

DUN Sarawak dibubar Isnin ini - Taib Mahmud

KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, demikian diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya, beliau sudah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini.


"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan
pengundian," katanya pada persidangan akhbar bersama-sama Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di
Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.

Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. DUN Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Taib, yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran negeri ini pada 26 Mac ini, turut melahirkan hasrat untuk berundur sebagai ketua menteri, menyatakan beliau  bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan.

Ditanya sama ada penyerahan pentadbiran negeri kepada kepimpinan baru dijangkakan pada pertengahan penggal, beliau berkata, perkara itu mungkin.

"Ia mungkin. Saya harap semua orang akan bersetuju," kata Taib.

Katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping sudah diminta oleh pucuk pimpinan BN supaya mengetuai jentera pilihan raya negeri.

Ketika mengulas isu yang sama, Najib berkata, Taib memerlukan sedikit masa untuk memastikan siapa penggantinya yang boleh menjamin kestabilan dan kekuatan BN dan kerajaan akan berterusan.

"Saya cakap secara (terus) terang bahawa Taib dan saya dah ada persefahaman bahawa apa yang penting ialah peralihan secara tersusun dan teratur," katanya.

Dalam menentukan tidak berlaku sebarang pengolakan, beliau berkata Taib, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diminta supaya mengetuai pilhan raya pada kali ini.

"Bila sampai pada masa yang sesuai Taib akan memaklumkan kepada saya," kata Pengerusi BN itu.

Semalam, Taib memberitahu pemberita supaya tunggu sehari lagi untuk beliau membuat pengumuman berkaitan pilihan raya negeri selepas spekulasi mengenai pembubaran dewan undangan negeri semakin memuncak berikutan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri. 

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak  (SNAP), menyertai BN tahun lalu.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini. - BERNAMA




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DUNSarawakbubarIsninini_umumTaib/Article
Continue Reading...

Wednesday, March 16, 2011

Lagi berita ribut

SShah Alam: Lebih 20 kenderaan rosak, enam daripadanya rosak teruk apabila dihempap pokok dalam kejadian ribut lebih sejam di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

ANTARA kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di Seksyen 13, Shah Alam petang semalam.

Kejadian itu juga mengakibatkan lebih 100 pokok yang ditanam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bahu jalan beberapa kawasan taman perumahan dan zon industri, turut tumbang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memotong dan membersihkan beberapa batang pokok yang tumbang di beberapa jalan yang turut mengakibatkan kesesakan.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata petugas Bilik Gerakan Bencana MBSA turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu penduduk yang terbabit sebaik menerima maklumat. 

Seorang pemilik kereta yang rosak dihempap pokok, Farish Effendy, berkata sebelum kejadian, beliau meletakkan kenderaannya di depan sebuah restoran di Jalan Anggerik Mokara di sini, untuk bertemu seorang rakannya. 

Katanya, kejadian itu berlaku sekelip mata dan beliau terkejut apabila sebatang pokok di depan restoran berkenaan tumbang dan menghempap kenderaannya. 

Penduduk, Mohd Salleh Rosman, pula berkata kejadian bermula dengan hujan air batu kira-kira jam 5.30 petang, selama kira-kira 10 minit, diikuti hujan lebat dan angin kencang. 

"Selain kenderaan, khemah surau dan pasar malam turut diterbangkan angin kencang," katanya. 

Seorang lagi mangsa, Manaf Ismail, 47, pula kerugian apabila van yang diletakkan bersebelahan kenderaan Farish turut dihempap pokok berkenaan. 

Beberapa kenderaan turut menjadi mangsa ribut tidak jauh dari Pondok Polis Kota Kemuning dan di depan pangsapuri berdekatan. 

Pemilik restoran, Zaidi Abas, 48, berkata beberapa pelanggannya kelam-kabut menyelamatkan kenderaan sebaik ribut berlaku. 

"Syukur semua pelanggan saya berjaya menyelamatkan kenderaan mereka walaupun beberapa kenderaan lain yang ditinggalkan pemilik berdekatan restoran menjadi mangsa pokok tumbang," katanya. -BH






Continue Reading...

Tuesday, February 22, 2011

Angin perubahaan pada p'raya kampus

Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.
Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A.

Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

NONEPaling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti.

Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

NONEKumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus.

Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

NONEDi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu.

Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

"Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik

"Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman. 

"Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

NONEDi Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya.

Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi.

Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya.

NONEKumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas.

Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

"Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya. 

Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedahsiasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini.

Dalam perkembangan terbaru di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lewat petang ini, pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan.

Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas.

Tahun lalu mereka menang 15 kerusi. Ini bermakna pro-M tahun ini berjaya menambah cengkamannya di universiti itu.

Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails