2 Oktober - Hari ini tentunya menjadi hari yang dinanti sekalian warga kampus Universiti Teknologi PETRONAS amnya, dan sudah tentu hari yang mendebarkan bagi calon-calon yang masuk bertanding Pilihan Raya Kampus UTP 2010. Hal ini kerana, malam ini merupakan malam Ucapan Umum bagi mereka yang bertanding bagi Kerusi Umum PRK kali ini.
Inil merupakan kali pertama calon-calon akan berhadapan dengan pengundi-pengundi mereka yang terdiri daripada siswa-siswi UTP sekali gus memulakan kempen PRK kali ini secara rasmi. Seramai 7 calon bertanding akan mengemukakan menifesto masing-masing untuk dibentangkan kepada para hadirin pada malam ini.
Malam ini bakal menyaksikan Dewan Canselor digegarkan dengan kelantangan ucapan penuh semangat mereka yang bertanding. Selain itu, sorakan penyokong masing-masing sudah tentu bakal menggamatkan lagi suasana. Gelagat-gelagat 'fan club' dengan pelbagai aksi bagi menunjukkan sokongan padu terhadap calon mereka itu pastinya akan mencuri tumpuan segenap hadirin pada malam ini.
Jadi, petang sudah tentu menjadikan calon-calon dan penyokong-penyokong tidak duduk diam untuk membuat persiapan bagi malam yang penting ini. Ucapan pada malam ini amat penting bagi calon-calon yang beratanding supaya para hadirin yakin yang merekalah sepatutnya diundi dalam PRK, seterusnya mewakili seluruh siswa-siswi UTP dalam Majlis Perwakilan Pelajar.
Bagi warga kampus pula, apa yang diharapkan ialah calon-calon yang bertanding dapat memberikan tawaran yang terbaik untuk mereka pada PRK kali ini. Masih terdapat banyak isu-isu kebajikan yang boleh diketengahkan oleh para calon dalam manifesto mereka supaya dapat menarik perhatian pengundi. Jadi, langkah pertama dalam sesi kempen ini cukup penting.
Kepada semua calon, krew UTPdaily mengucapkan selamat berjaya kepada anda semua pada malam ini. Dan kepada seluruh warga kampus, jom penuhi Dewan Canselor bagi mendengar ucapan-ucapan mereka yang bakal mewakili suara pelajar-pelajar dalam MPP nanti. Sama-sama kita suburkan demokrasi di bumi UTP ini.
-UTPdaily-
1 comments:
gambaran nya cukup hebat..
Post a Comment