Sunday, October 3, 2010

Kempen PRK semakin rancak

4 Okt - Setelah dua hari waktu kempen berlangsung, kemeriahan Pilihanraya Kampus UTP mula menjelma. Beberapa calon telah memulakan sesi kempen mereka melalui poster-poster, banner, dan string banner. Malah ada juga calon yang menggunanakan kemudahan teknologi yang ada dengan mempromosi diri mereka melalui blog, facebook dan twitter.

Kempen cara kenvensional (poster,banner, etc) nampaknya didahului oleh calon #3, Nadia Hartini. Seawal selepas Public Speaking di Dewan Cancelor, poster-poster dan string banner beliau sudahpun kelihatan di setiap desasiswa. Ternyata Nadia Hartini yang lebih gemar dipanggil Tini, mempunyai pnyokong-penyokong yang kuat dan pantas melakukan gerak kerja kempen.

Ia kemudian diikuti oleh calon #6, Hamzah Nawawi. Poster beliau juga sudah dapat dilihat pada malam pertama.  Dan hari ini, ternyata poster-poster dan string bannernya mendominasi lokasi-lokasi stretegik. Contohnya, bulatan berhampiran Village 1 telah dipenuhi string banner beliau. Mungkin Hamzah dapat tersenyum lebar di atas usaha penyokong-penyokongnya yang bersungguh-sungguh, walaupun beliau tidak berada di kampus kerana sedang berpraktikal.

Hari ini juga mahasiswa UTP telah menyaksikan poster-poster calon lain juga sudah mula terpampang di laluan ke Pocket C dan D, kafe-kafe dan juga di setiap desasiswa-desasiswa. Poster calon #1, Aidil yang meyerlah dengan warna merahnya menarik perhatian ramai orang. Begitu juga dengan calon #4, Sara Lyana yang membuatkan orang tidak terlepas pandanng melihat posternya yang bewarna oren itu.

Khairulanam, Calon #5 juga sudah mula kelihatan string bannernya di beberapa lokasi startegik seperti kawasan bank, kefeteria dan tangga-tangga kolej kediaman. Namun, calon #2 dan #7 iaitu Fitri dan Rofans masih tidak melakukan kempen agresif. Mungkin jentera kempen mereka masih dalam persiapan. Atau mungkin juga itu stategi mereka.

Semalam, kempen berbentuk turun padang juga telah dilakukan beberapa calon. Antaranya Hamzah, yang melakukan ucapan ringkas kepada pengundi-pengundi di setiap kefeteria, V1,V2, V4, V5 dan V6. Beliau juga mengambil kesempatan itu untuk bermesra dengan pelajar-pelajar yang sedang menikmati makan tengahari mereka.

Strategi yang sama juga dambil oleh Sara Lyana, yang mengambil peluang cuti hhujung minggu untuk bermah mesra dengan pengundi. Gerombolan pasukan kempen beliau semalam amat mencuri perhatian banyak pihak.

Kempen dijangka akan lebih rancak pada hari esok iaitu hari ketiga kempen. Sama-sama kita nantikan kehangatan kempen PRK pada kali ini. Kepada calon-calon yang masih belum menaikkan poster-poster mereka, masih belum terlambat untuk berbuat demikian. Malam ini masih ada untuk melakukan gerak kerja. Namun, diharapkan semua calon dapat merancakkan lagi kempen supaya PRK kali ini lebih meriah.

Akhirnya, pesanan ikhlas dari kami, kempenlah secara berhemah. Elakkan daripada menjatuhkan calon-calon lain dengan cara yang tidak sepatutnya. Kami ucapkan selamat berjaya kepada semua.

-UTPdaily-

3 comments:

faidhah Hassan on October 4, 2010 at 12:08 AM said...

letak la gamba org nk tgk

Zinedine Zaiddin on October 4, 2010 at 3:05 AM said...

Sedikit kecewa dengan pihak pengurusan..sebab banyak poster2 di blok asrama (yg saya nampak di village 1) dicabut begitu sahaja. Bukan ke kalau dh dapat tandatangan boleh ditampal poster tu.. ke pihak pengurusan x bagi tampal kat dinding?

Banyak poster terutamanya poster kat dinding bahagian tangga dicabut sewenang-wenangnya..mungkin ini juga membuatkan kempen PRU-UTP x berapa terasa..

Ain on October 6, 2010 at 5:08 PM said...

itu yang aku panas tu.. time PRK bagilah kelonggaran untuk berkempen!! RCSU, mintak ambil tindakan.. mana boleh camni..

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails