Showing posts with label PETRONAS. Show all posts
Showing posts with label PETRONAS. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Keuntungan Sebelum Cukai Petronas RM25.09 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 MaC (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Dis, 2011 turun kepada RM25.09 bilion daripada RM30.15 bilion dalam suku yang sama pada 2010.



Naib Presiden Eksekutifnya (kewangan), Datuk George Ratilal berkata Pendapatan naik 30 peratus kepada RM78 bilion daripada RM60 bilion sebelumnya disebabkan harga minyak global tinggi.

Beliau berkata harga mentah tinggi itu disebabkan oleh kebimbangan bekalan yang tercetus ekoran krisis geo-politik di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"Akibatnya, harga mentah penanda aras meningkat dengan Dated Brent naik sebanyak 26.4 peratus dan harga jualan rasmi Tapis sebanyak 33.2 peratus bagi perbandingan tahun-ke-tahun," katanya pada taklimat media selepas pengumuman prestasi kewangan 2011 Petronas, di sini, Isnin.

Sementara itu, Presiden merangkap ketua eksekutifnya Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata tahun ini Petronas dijangka mencatatkan pertumbuhan rendah disebabkan banyak keadaan tidak menentu dalam industri ketika ini.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Thursday, July 28, 2011

PETRONAS temui telaga gas baru

Penemuan tingkat potensi sumber bekalan penuhi permintaan domestik

PETRONAS membuat dua penemuan penting gas asli di kawasan air cetek luar pantai barat Sabah, yang berpotensi meningkatkan lagi bekalan sumber itu bagi memenuhi permintaan domestik.


Malaysia adalah pengeksport gas asli cecair (LNG) kedua terbesar selepas Qatar pada 2009, namun jatuh ke tangga ketiga selepas Indonesia tahun lalu berikutan penurunan pengeluaran daripada lapangan gas yang uzur.Sementara itu, peningkatan permintaan daripada loji tenaga turut menggugat jumlah eksport gas negara, justeru menyebabkan syarikat minyak nasional meningkatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran daripada lapangan domestik serta menambah pegangan dalam projek minyak dan gas di peringkat antarabangsa.


 Awal minggu ini, PETRONAS juga telah memeterai perjanjian awal dengan Qatargas untuk membekalkan kepada syarikat itu 1.5 juta tan LNG setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Perkara itu memberikan gambaran peralihan Malaysia daripada menjadi negara pengeksport bahan api itu kepada pengimport dalam usaha memenuhi permintaan loji tenaganya yang berkembang pada kadar enam peratus setahun.

Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS berkata penemuan pertama adalah di telaga Zuhai East-1, yang terletak di Blok Samarang Asam Paya, kira-kira 130 kilometer di barat daya Kota Kinabalu.

“Anggaran semasa kandungan gas di kawasan itu adalah 550 bilion kaki padu standard (bscf),” katanya. 
Pada masa sama, katanya, satu takungan yang sama di telaga berdekatan kira-kira lima kilometer ke timur dari kawasan penemuan Zuhai East diuji mengandungi aliran gas pada kadar maksimum 21 juta bscf sehari.

PETRONAS Carigali ialah pemegang ekuiti tunggal kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Blok Samarang Asam Paya itu.

Sementara itu, penemuan kedua pula adalah di telaga Menggatal-1 ditemui di Blok SB312, kira-kira 110 kilometer ke timur laut Kota Kinabalu.

“PSC Blok SB312 itu adalah usaha sama antara PETRONAS Carigali yang memegang ekuiti 60 peratus dan KUFPEC Malaysia (SB 312) Ltd, iaitu satu anak syarikat Kuwait Foreign Petroleum Exploration Co, yang memegang baki kepentingan,” katanya.
Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails