Tinjauan UTPdaily mendapati kesedaran warga kampus terhadap Pilihanraya Kampus kali ini masih kurang. Beberapa soalan telah diajukan kepada beberapa responden pada hari semalam. Fakta ini dapat dilihat pada analisis di bawah.
1. Adakah anda tahu sekarang minggu ini akan diadakan Pilihanraya Kampus?
a. Ya – 78%
b. Tidak -22%
2. Adakah anda tahu bilangan calon yang bertanding bagi Kerusi Umum pada kali ini?
a. Ya – 37%
b. Tidak – 63%
3. Adakah anda pergi ke Dewan Canselor untuk mengikuti Public Speaking calon-calon yang bertanding pada Sabtu lepas?
a. Ya – 19%
b. Tidak – 81%
4. Bilakah tarikh PRK kali ini? (Ya = Tahu tarikh ; Tidak = tidak tahu)
a. Ya – 34%
b. Tidak – 66%
5. Adakah anda sudah mempunyai calon untuk dipilh pada hari pengundian nanti?
a. Ya – 43%
b. Tidak -57%
6. Anda akan keluar mengundi pada 7 Oktober ini?
a. Ya – 33%
b. Tidak (belum pasti) – 67%
7. Adakah anda tahu di mana tempat pembuangan undi pada khamis ini?
a. Ya – 48%
b. Tidak- 52%
Berdasarkan analisis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ramai warga kampus telah sedar bahawa PRK akan diadakan dalam masa terdekat. Ini mengkin hasil daripada lambakan poster dan banner calon-calon yang bertanding di seluruh pelusuk kampus.
Namun apa yang menyedihkan ramai yang hanyalah sekadar tahu, tetapi tidak mengambil peduli berkenaan PRK ini. Buktinya, hanya peratusan yang kecil yang tahu bilangan calon yang bertanding, malah peratusan yang agak besar masih tidak tahu tarikh PRK.
Jadi, kami menjangkakan tidak lebih 25% pelajar yang akan keluar mengundi pada Khamis ini jika tiada inisiatif yang diambil oleh calon-calon yang bertanding untuk menarik lebih ramai warga kampus turun mengundi.
Peratusan kecil yang berlaku saban tahun ini dijangka akan berulang. Jika PRK 2008 beleh dikatakan paling hangat setakat ini, hanya mampu menarik 40.1% mahasiswa untuk mengundi, inikan pula PRK kali ini yang dilihat dingin berbanding PRK sebelum ini.
Ini disebabkan kurangnya bilangan calon yang bertanding ditambah pula dengan ketiadaan isu hangat pada PRK kali ini. Tahun lepas, dalam PRK 2009, walaupun bilangan calon yang bertanding sedikit, teteapi isu yang mendominasi PRK tersebut sedikit sebanyak menarik pengundi-pengundi untuk turun membuang undi.
Untuk rekod, hanya lebih kurang 23% mehasiswa yang mengundi pada PRK lepas.
-UTPdaily-
0 comments:
Post a Comment