Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Seri Iskandar Bakal Jadi Pusat Jualan Borong


IPOH, 5 Ogos (Bernama) -- Bandar Seri Iskandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini, bakal menjadi pusat membeli belah ala "Nilai 3" di Negeri Sembilan apabila pembangunan sebuah pusat jualan borong bernilai kira-kira RM200 juta dibangunkan di situ.

Projek berkenaan akan dimajukan secara usahasama antara Syarikat Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di tapak seluas kira-kira 19.2 hektar.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh berkata kompleks itu akan melibatkan pembinaan 222 unit kedai yang merupakan sebahagian dari projek Sri Iskandar Business Centre (SIBC).

"Pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2012 dan bakal meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi zon utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.

"Kami menjangkakan dapat menarik kira-kira tiga juta pelancong tempatan ke pusat ini termasuk dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara syarikatnya dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di sini Jumaat.

Persatuan berkenaan diwakili pengerusinya Dr Tee Boon Thiam dan majlis berkenaan disaksikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Marcus berkata keputusan memilih Seri Iskandar dibuat kerana kedudukan yang strategik dan berdasarkan pertumbuhan pembangunan ekonomi sekitar dan juga seluruh negeri yang baik dan dijangka berkembang pesat.

Sementara itu, Dr Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya di Sri Iskandar.

"Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya.

Seri Iskandar juga terkenal sebagai sebuah bandar universiti kerana menempatkan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA.



-- BERNAMA
Continue Reading...

Tuesday, March 29, 2011

Perak haramkan tarian poco-poco






TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. (Kosmo - 30 Mac)
Continue Reading...

Wednesday, March 23, 2011

Mangssa banjir di Perak Utara meningkat

 IPOH, 24 Mac (Bernama) -- Mangsa banjir di Kerian bertambah seramai 19 orang lagi setakat pagi Khamis menjadikan jumlah keseluruhan 359 orang berbanding 340 orang petang semalam.

Mereka adalah dari Kampung Alor Setangguk seramai 168 orang, Batu 37/38 Jalan Keretapi (48), Kampung Parit Haji Abu Hasan Ban (46), Kampung Parit Abu Hasan (31), Batu 40 Bukit Merah (44), Parit Mat Keling (4), Kampung Perlis (2), Kampung Tebuk Pancur (8) dan Kampung Parit Ayer Hitam (8).

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Fauzi Mat Nayan berkata kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan seperti di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan dewan-dewan orang ramai di Alor Pongsu, Batu 38 Parit Abu Hasan dan Batu 40 Bukit Merah.

Kampung-kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter ekoran pelepasan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak empat hari lalu, katanya.

Beliau berkata jalan raya di Batu 38 Alor Pongsu-Selama turut ditutup kepada kenderaan ringan.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Monday, March 21, 2011

Keputusan SPM diumum Rabu, 23 Mac

PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok 
E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini. 

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini. 


Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 
12 tengah malam hari yang sama. -- BERNAMA 




Good Luck to student January 2011 intake.
Continue Reading...

Sunday, March 20, 2011

Al-Fatihah for late Wan Hasanudin

Salam/Hi,

It is with great sorrow that we have received a sudden and sad news that one of our UTP student has passed away on Sunday, 20th March 2010.
The late Wan Hasanudin B Wan Ayub from Electrical Engineering Department was doing his practical internship at Subang.

It is said that he was doing his internship at Subang when his kidney developed complication; both of his kidneys failed to function properly. He was warded at Ampang hospital and then his parents transferred him to Kota Bharu Hospital. After that, he was admitted to the Intensive Care Unit (ICU) since last Wednesday, 16th March 2011 due to the worsening effect of a viral attack. He was in an unconscious state while at the ICU.

The late Wan Hasanudin finally returned to Rahmatullah at 10.30 am on 20th March. The deceased will be buried today after Asar prayer at Pasir Putih, Kelantan.

MPPUTP and all UTPians would like to express our deepest condolence upon the loss of Wan Hasanudin. Hopefully Allah the Almighty will keepWan Hasanudin’s family and UTP’s Community strong to confront this sorrow.

Flash donation will be run from class-to-class.

Best Regards,
Nurul Syahidah Binti Zabidi,
Exco II of welfare department.
SRCUTP 10/11.
Continue Reading...

Saturday, March 19, 2011

Piala FA : Selangor, Terengganu, Pahang Dan Kelantan Mara Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Selangor, Kelantan, dan Terengganu mengikuti jejak Pahang apabila mara ke perlawanan separuh akhir Piala FA edisi ke-22, setelah mereka menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pusingan kedua Sabtu malam.

Pahang terlebih dahulu menempah tiket ke separuh akhir Piala FA apabila menang dengan agregat 2-1 mengalahkan Kuala Lumpur, walaupun perlawanan pusingan kedua di Stadium Darul Makmur semalam menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Perlawanan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Johor Bahru menyaksikan pasukan pelawat, Selangor menafikan peluang tuan rumah, Johor ke perlawanan separuh akhir apabila mencatat kemenangan 2-1 untuk mara dengan agregat 5-2.

Kedua-dua jaringan hasil tandukan Mohd Amri Yahaya menerusi sepakan percuma pada minit ke-29 dan 50 menjadi pelengkap kemenangan Selangor yang turun selaku juara lima kali Piala FA untuk ke saingan seterusnya.

Gol saguhati Johor bagaimanapun hadir selang lapan minit kemudian (min-58) menerusi rembatan Norizam Salaman dalam kawasan kotak penalti.

Perlawanan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu pula menyaksikan pasukan Kelantan menewaskan Felda United 3-0, dan keputusan itu memberikan kemenangan mutlak kepada Kelantan dengan 5-2, selepas kedua-dua pasukan itu seri 2-2 dalam pertemuan pusingan pertama pada 15 Mac lepas.

Felda United yang kelihatan mempamerkan corak permainan yang kemas dikejutkan dengan jaringan S.Chanturu menerusi hasil umpanan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.

Di separuh masa kedua Kelantan terus menguasai perlawanan menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-66, dan Mohd Nizad Ayub pada minit ke-88.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah berjaya merebut tempat ke peringkat separuh akhir dengan menumpaskan juara sulung Piala FA 1990 Perak 3-1, selepas pasukan itu kalah 2-3 kepada Perak dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Ipoh, Perak, Selasa lepas.

Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Ree Shafiq Alwi pada minit ke-29, Manap Mamat (min-51) dan Abdul Hadi Yahya (min-80) sementara gol saguhati Perak dijaringkan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-76.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Wednesday, March 16, 2011

Lagi berita ribut

SShah Alam: Lebih 20 kenderaan rosak, enam daripadanya rosak teruk apabila dihempap pokok dalam kejadian ribut lebih sejam di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

ANTARA kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di Seksyen 13, Shah Alam petang semalam.

Kejadian itu juga mengakibatkan lebih 100 pokok yang ditanam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bahu jalan beberapa kawasan taman perumahan dan zon industri, turut tumbang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memotong dan membersihkan beberapa batang pokok yang tumbang di beberapa jalan yang turut mengakibatkan kesesakan.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata petugas Bilik Gerakan Bencana MBSA turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu penduduk yang terbabit sebaik menerima maklumat. 

Seorang pemilik kereta yang rosak dihempap pokok, Farish Effendy, berkata sebelum kejadian, beliau meletakkan kenderaannya di depan sebuah restoran di Jalan Anggerik Mokara di sini, untuk bertemu seorang rakannya. 

Katanya, kejadian itu berlaku sekelip mata dan beliau terkejut apabila sebatang pokok di depan restoran berkenaan tumbang dan menghempap kenderaannya. 

Penduduk, Mohd Salleh Rosman, pula berkata kejadian bermula dengan hujan air batu kira-kira jam 5.30 petang, selama kira-kira 10 minit, diikuti hujan lebat dan angin kencang. 

"Selain kenderaan, khemah surau dan pasar malam turut diterbangkan angin kencang," katanya. 

Seorang lagi mangsa, Manaf Ismail, 47, pula kerugian apabila van yang diletakkan bersebelahan kenderaan Farish turut dihempap pokok berkenaan. 

Beberapa kenderaan turut menjadi mangsa ribut tidak jauh dari Pondok Polis Kota Kemuning dan di depan pangsapuri berdekatan. 

Pemilik restoran, Zaidi Abas, 48, berkata beberapa pelanggannya kelam-kabut menyelamatkan kenderaan sebaik ribut berlaku. 

"Syukur semua pelanggan saya berjaya menyelamatkan kenderaan mereka walaupun beberapa kenderaan lain yang ditinggalkan pemilik berdekatan restoran menjadi mangsa pokok tumbang," katanya. -BH






Continue Reading...

Tuesday, March 15, 2011

UTP dilanda ribut, 5 kereta dihempap pokok

UTP (15 Mac) - Sebanyak 5 buah kereta rosak setelah dihempap pokok dalam kejadian ribut di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Hujan lebat bersama ribut selama dua jam bermula pukul 5 petang tadi juga telah menyebabkan banyak pokok tumbang.

Dalam kejadian itu, 3 buah kereta yang diparkir di hadapan kafe V2 telah dihempap pokok besar yang tumbang. Manakala 2 kereta lagi yang dihempap ialah di kediaman sisiwi V1-D. Satu daripadanya rosak teruk. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kereta yang diparkir di V1D

Saksi kejadian, Mohd Ridzuan berkata, pokok itu tumbang secara tiba-tiba sewaktu beliau berada di kafe V2.

"Masa tu saya tengah makan. Angin sangat kuat waktu tu. Tiba-tiba terdengar bunyi kuat. Bila saya toleh ke belakang, tengok pokok tu dah hempap 3 buah kereta" katanya.


3 kereta dihempap [pandangan dari atas V2 foyer]

Sewaktu kejadian, kebanyakan pelajar sudahpun berada di kolej masing-masing setelah habis kuliah pada pukul 5 petang.

Krew UTP Daily yang meninjau keadaan sekitar kampus mendapati, selain daripada banyak pokok yang tumbang, kawasan pembinaan di sekitar Halliburton juga rosak teruk diterbangkan angin kuat. Kebanyakan jalan di sekitar kampus dipenuhi daun-daun yang berselerakan.

Sekitar kawasan Halliburton, depan LH2

Pihak sekuriti dilihat berada di sekitar kawasan terlibat bagi meninjau keadaan. Difahamkan, ini adalah kali pertama kejadian kerosakan seumpama ini berlaku, walaupun fenomena ribut selalu berlaku di kampus ini. -UTP Daily-

Pokok tumbang berhampiran kawasan stesen minyak lama 
Continue Reading...

Wednesday, March 9, 2011

Pelajar UTP terlibat kemalangan, seorang maut

Gua Musang (9 Mac) - Empat  pelajar Universiti Teknologi PETRONAS terlibat dalam kemalangan maut yang berlaku di lebuh raya Simpang Pulai-Gua Musang tengah hari tadi. Seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala yang lain cedera.

Mereka yang terlibat ialah Khairul Hakimi Ismail, Hazwan Arif Abd Ghani, Khairul Amin Bin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar bin Aziz. Kesemua mereka ialah pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia di UTP.

Mangsa yang meninggal ialah Mohd Khairul Hakimi Ismail (gambar) dari Kuala Terengganu. Hazwan Arif pula patah paha, manakala dua yang lain cedera ringan. Mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang, sejurus selepas kejadian.

Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari kampus  Seri Iskandar menuju ke Kuala Terengganu sempena cuti pertengahan semester. Namun, sewaktu di Cameron Highland, keteta yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan, yang memasuki lorong mereka.

Pemandu kereta bertentangan juga maut di tempat kejadian. Kedua-dua kereta didapati remuk akibat perlanggaran yang kuat. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Waris terdekat serta rakan-rakan mereka dikatakan sudah bergerak menuju ke Hospital Gua Musang. - UTP Daily

UTPdaily mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat. Bersama sedekahkan al-Fatihah untuk sdr Khairul Hakimi.

Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails