Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Tiada Kuliah Malam: UUM Jimat Hampir RM500,000

SINTOK, 21 Julai (Bernama) -- Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menjimatkan hampir RM500,000 apabila mengubah jadual waktu kuliah dengan tidak mengadakan sebarang kelas pada waktu malam sejak awal tahun ini.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pendekatan baru itu membolehkan warga kerja dan penuntut universiti itu berehat secukupnya pada waktu malam di samping memberi mereka lebih masa berkualiti bersama keluarga.

"Langkah itu bukan saja menjimatkan wang ringgit, malah pada waktu malam pelajar boleh menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang bermanfaat untuk pembinaan sahsiah.

"Ia juga mengurangkan perbelanjaan untuk kerja lebih masa dan bayaran sewa bas untuk membawa pelajar dalam kawasan kampus turut berkurangan," kata beliau pada Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan UUM di sini pada Khamis.

Beliau berkata, penjimatan itu juga adalah hasil kerjasama kakitangan yang menggunakan semua sumber yang ada dengan cekap dan secara optimum.

Mohamed Mustafa berkata, pihak pengurusan universiti juga berjaya mengurangkan perbelanjaan kira-kira RM90,000 untuk pengangkutan air menggunakan lori bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan itu dalam kampus.

"Apabila berita mengenai masalah air disiarkan media, ia akhirnya dapat diselesaikan dan kini UUM mempunyai bekalan air yang melimpah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata UUM juga akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan universiti berkenaan terutama dalam aspek sistem penyampaian dan pengurusan.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh bertolak ansur atau memandang remeh terhadap perkara berkenaan kerana sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka, setiap modal insannya perlu menjadi contoh ikutan kepada pihak luar.

"Setiap modal insan di universiti ini perlu sentiasa mencungkil bakat masing-masing di samping menunaikan tanggungjawab mereka di luar kebiasaan bagi mencapai kejayaan yang memberangsangkan," katanya.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Monday, February 28, 2011

Sakit hati kami sebagai pelajar UTP siapa yang kisah

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pihak2 yg terasa dirinya itu seorang pak guard UTP, sy amatlah terasa begitu kecewa dengan sikap segelintir daripada kamu. Menurut rakan saya, segelintir itu adalah kpada pak guard UTP yg baru shaja dilantik tahun nie. Apa yg mebuatkan saya juga warga2 UTP yg lain sakit hati dengan mereka nie adalah sikap suka saman menyaman tanpa belas kasihan.

Baru2 ini ada saya terlihat bahawa beberapa kereta disaman kerana meletakkan kenderaan ditempat yg salah, yakni disekitar academic building. Jelas sekali yg membuatkan sy agak terkejut adalah, kerete staff juga disaman. Agk terkejut juga sy. Sejak bila lah undang2 baru telah digubah di mana staffs juga harus disaman. Wallahualam. Di sini terdetik di hati sy apakah benar UTP sudah lagi tidak berduit dan di manakah duit saman itu disalurkan. Sehinggakan aslkan kenderaan itu berenjin, dan bernombor pendaftaran. jika didapati bersalah, harus lah disaman.Basikal2 sy tengok lagi bersahaja parking di belakang blok akademik tp tiada tindakan diambil seperti menyaman menyita clamp dan sebagainya.

Selain itu, sy juga tersentak dengan tindakan pak guard yg berjaga di pintu masuk UTP, mereka juga bertindak mengikut hawa nafsu. sesuka hati untuk menyaman. Sedangkan jika tidak silap sy, mereka yg didapati bersalah harus diberi amaran pertama dan kedua sebelum tindakan tata tertib diambil. Correct me if im wrong. Hal ini tercatit di dalam buku tata tertib bwarna PINK yg diberikan kepada setiap pelajar. Apa yg dilakukan beliau ini jelas tidak mengikut apa yg ditetapkan kerana terdapat 2 rakan saya yg disaman kerana tidak memiliki pas kenderaan. Sedangkan kenderaan itu baru sahaja dibawa masuk UTP dan masih belum sempat didaftarkan atau sedang di dalam proses pendaftaran. Walhal, mereka sudah memberikan alasan tersebut dan adalah munasabah alasan tersebut tetapi tiada keadilan yg mereka terima. Mereka terus disaman. Terdapat pelbagai luahan telah dikemukan mereka di dalam FACEBOOK dan juga BLOG. hal ini demikian kerana mereka tidak berkuasa untuk menyuarakan pendapat mereka di tempat yg betul. Dan untuk mengumpulkan kuasa suara pelajar UTP adalah amat mustahil jika mereka tidak mendapat bantuan daripada pihak MPPUTP.

Seterusnya, ingin juga saya mengemukan bukti kukuh dimana amat lah marah dan tidak puas hati warga UTP terutamanya student apabila mereka disaman ditempat yg amatlah jelas dibenarkan mereka untuk meletakkan motor mereka. Yakni dibelakang Blok 20. Di mana jelas di situ memaparkan papan tanda "Dilarang Masuk kecuali kenderaan penyelengaraan dan motorsikal" dan yang amat sadis sekali adalah motor2 tersebut disaman betul2 dipetak motorsikal yg disediakan. Saya juga hampir menjadi mangsa tetapi kerana saya datang sebaik shaja proses menyaman tersebut selesai, jadi sy telah mengalihkan motor sy ke tempat yg lain. Tetapi ketika itu dapat sy melihat seorang siswi yg terduduk di atas motorsikalnya dengan air wajah yg begitu sedih dan kecewa kerana jika diambil kira dia disaman jelas ditempat yg salah di mana motorsikal dibenarkan parking di situ.

Apa yang cuba saya ketengahkan di sini adalah untuk meluahkan isi hati sebagai seorang student UTP. Dimana sebuah universiti yg boleh dianggap bertaraf IPTS dan semestinya yuran pengajian yg begitu tinggi untuk kami meneruskan pengajian di sini. Tambahan pula, Pocket money yg disediakan pihak penaja seperti PETRONAS, MARA, JPA, PTPTN dan sebagainya adalah sekadar cukup makan sahaja dan sesetengah juga masuk tanpa mempunyai tarikh tetap. Jusretu itu, sy juga berharap agar pihak sewajarnya seperti MPPUTP tampil mewakili pelajar UTP seperti sya..

Sekian,
Wassalam.

p/s : Bukan berniat untuk melawan undang2 :)
<span> </span>Tag la yg bkenaan :p
Continue Reading...

Tuesday, February 22, 2011

Angin perubahaan pada p'raya kampus

Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.
Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A.

Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

NONEPaling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti.

Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

NONEKumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus.

Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

NONEDi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu.

Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

"Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik. 

"Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman. 

"Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

NONEDi Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya.

Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi.

Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya.

NONEKumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas.

Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

"Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya. 

Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedahsiasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini.

Dalam perkembangan terbaru di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lewat petang ini, pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan.

Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas.

Tahun lalu mereka menang 15 kerusi. Ini bermakna pro-M tahun ini berjaya menambah cengkamannya di universiti itu.

Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Continue Reading...

Sunday, February 13, 2011

Pro-M dinasihat jangan permainkan mahasiswa


Penggerak Mahasiswa ingin menasihatkan rakan seperjuangan, Pro-Mahasiswa supaya tidak mempermainkan mahasiswa dengan berita/isu yang tidak sahih.

Pro-M mendakwa Kursus Persediaan Calon anjuran Universiti dibatalkan atas sebab pihak Penggerak Mahasiswa tidak cukup calon. Pro-M juga mendakwa pihak Universiti berat sebelah kerana lebih memihak kepada Penggerak Mahasiswa. sumber

Pro-M telah mengeluarkan kenyataan yang didapati daripada khabar angin yang tidak pasti sumbernya. Jika ia tidak benar, berita tersebut sudah menjadi satu FITNAH dan menipu seluruh mahasiswa kampus.

Jika benar pihak Universiti menyebelahi kami, semua tuntutan kami pasti dipenuhi. Tetapi ada juga tuntutan kami berkenaan pilihanraya kampus tidak diterima :

1) Penggerak Mahasiswa menuntut supaya tempoh berkempen bagi calon dilanjutkan.
2) Penggerak Mahasiswa memohon supaya bengkel Persediaan Calon dibuka kepada semua pelajar kampus. 
(tuntutan kami ini tidak diterima, tetapi dibawa oleh PMIUM dan akhirnya diterima oleh Naib Canselor.)
3) Penggerak Mahasiswa menuntut supaya penamaan calon dilakukan secara manual termasuk proses bantahan dan rayuan.
4) Penggerak Mahasiswa menuntut supaya mengurangkan bayaran yang dikenakan untuk melakukan proses bantahan, rayuan, dan cagaran calon.


Penggerak Mahasiswa menggunakan saluran dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Universiti supaya tuntutan mahasiswa semua dipenuhi.

Penggerak Mahasiswa ingin menegur pihak Pro-M supaya sentiasa menghormati pihak atasan, Universiti dan mahasiswa. Perkara yang ingin diusulkan boleh dibawa kepada perbincangan, bukan di jalanan.

Penggerak Mahasiswa memohon supaya Pro-M menarik balik kenyataan yang berunsurFITNAH tersebut kerana ia sendiri memburukkan gerakan mahasiswa yang ada di Universiti Malaya ini. Kami juga memohon supaya Pro-M bersama-sama Penggerak Mahasiswa mengharungi Pilihanraya Kampus kali ini secara bersih dan adil.

Penggerak Mahasiswa kini sudah bersedia untuk menghantar semua bakal calon bagi Pemilihan MPMUM sesi 10/11. 

DARIPADA MAHASISWA . KEPADA MAHASISWA . UNTUK MAHASISWA


sumber
Continue Reading...

Pro-M lancar 'manifesto mahasiswa nasional'

Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M) akan melancarkan 'Manifesto Mahasiswa Nasional' yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa.

Menurut satu kenyataan hari ini, manifesto tersebut akan dilancarkan selepas Pro-Mahasiswa Nasional dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM Rabu ini.

"Delegasi ini akan menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM terhadap penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihanraya kampus, terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.

"Akhir kepada serahan memorandum ini, Pro-Mahasiswa Nasional akan melancarkan satu Manifesto Mahasiswa Nasional yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa," kata kenyataan tersebut.

Bulan lalu, Pro-M Universiti Putra Malaysia (UPM) menyuarakan tuntutan supaya pentadbiran universiti memberi "peluang sepenuhnya" kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."

Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim dilaporkan berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Minggu lalu, kumpulan Pro-M di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini.

Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar ijazah sarjana dibenarkan mengundi.
Continue Reading...

Wednesday, February 9, 2011

PRK Cerminan PRU?


Pemimpin merupakan seseorang yang bertanggungjawab untuk memikul amanah yang telah dibebankan agar menjadi ketua atau orang yang bertanggungjawab ke atas golongan bawahannya. Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Setiap daripada kamu adalah PENJAGA, dan setiap daripada kamu BERTANGGUNGJAWAB ke atas yang DIJAGA"

Tahun ini memperlihatkan dua pemilihan kepimpinan di dua peringkat besar yang boleh dikatakan sebagai golongan pemacu negara. Kedua-duanya bakal menjadi perhatian dan liputan luas oleh media rasmi mahupun media tidak rasmi. Pilihanraya Kampus (PRK) dan Pilihanraya Umum (PRU) tahun ini bakal menggegarkan pentas politik tanah air.


Bulan Februari menjadi sasaran mahasiswa. Beberapa kampus telah mengumumkan tarikh PRK akan berlangsung pada bulan ini. Jentera mahasiswa juga telah berada di garisan perlumbaan, hanya menantikan saat wisel ditiupkan. Pro-Mahasiswa mahupun Pro-Aspirasi akan mempersembahkan kehebatan masing-masing.

Milik siapakah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) pada tahun ini? Pemilihan kerajaan mahasiswa ini menjadi ukuran kepada pengaruh dan kepercayaan terhadap kumpulan mahasiswa yang bertanding. Benar atau tidak, Pro-Mahasiswa tetap akan dilabel sebagai Pro-PR dan Pro-Aspirasi terus dilabel sebagai Pro-BN.
Jikalau tahun lepas menyaksikan kemenangan yang besar kepada Pro-Aspirasi di beberapa buah kampus, begitulah yang terjadi di dalam Kerajaan Malaysia. Tidak dapat dinafikan juga, beberapa buah universiti yang dilabelkan sebagai Pusat Pengajian Islam atau Akademi Pengajian Islam Terbesar menjadi kubu utama untuk kemenangan Pro-Mahasiswa.

Bulan Mei, Jun dan Julai menjadi persoalan. Beberapa ahli politik tanah air yang terkenal mensasarkan PRU akan berlaku pada pertengahan tahun ini. Ini bermaksud, sejurus beberapa bulan selepas PRK, pemilihan pemimpin untuk negara tercinta bakal menyusul. Pastinya pelbagai strategi dan perancangan dicaturkan di segenap peringkat parti-parti politik Malaysia.

Mahasiswa dilihat sebagai golongan perubah yang besar dan dipercayai rakyat pada PRU beberapa tahun yang lepas mengakibatkan berlakunya Tsunami Politik tanah air. Hal tersebut menyebabkan mahasiswa disekat secara besar-besaran. Gari AUKU digunakan untuk memenjarakan mahasiswa daripada berpolitik.

Rentetan daripada itu, beberapa tahun ini senapang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilihat berkesan. Mahasiswa diselami trauma dan takut untuk beraksi dalam politik kepartian. Anak muda terpelajar ini disia-siakan di universiti masing-masing.

Namun, dunia cepat berubah. AUKU hanyalah AUKU. Keberanian dan kecerdikan mahasiswa mesti diiktiraf. PRK yang akan menjenguk hanya dalam beberapa minggu ini menjadi kayu ukur. Mahasiswa tidak perlu terikat dengan idea politik pihak-pihak tertentu, tetapi mahasiswa perlu menerima politik. Politik kampus mahupun politik negara.

Persoalan di sini, adakah bulan lompat ini akan meneruskan lompatannya ke pertengahan tahun? Apakah pergerakan politik anak muda intelek bernama mahasiswa ini akan menjadi cerminan kepada orientasi politik negara? Masyarakat yang bijak mampu membaca cerita-cerita politik ini.

Justeru, mahasiswa hari ini mestilah lebih berhikmah dan matang dalam mengatur perencanaan politik kampus. Tidak perlu terlalu agresif jika bukan di tempatnya dan jangan sekali-kali membiarkan kepala kita dipijak. Pastinya, kumpulan hanyalah jenama, produklah akan merealisasikan kehebatan jenama tersebut. Agenda yang perlu dijelaskan, mahasiswa pembawa agenda Islam melalui gerakan mahasiswa bukan berjuang untuk agenda mahasiswa semata-mata.

WE UNITE FOR ISLAM

Muhammad Hafizuddin Bin Muhamed Noor
Mahasiswa UIAM
Continue Reading...

Saturday, February 5, 2011

Masukkan Gerakan Mahasiswa dalam Sejarah Malaysia



PADA 29 Januari lalu, saya diberi penghormatan merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kolej 12, Universiti Malaya (UM). PKPIM adalah wadah gerakan pelajar Islam negara terulung dan antara badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang paling aktif.
Saya antara ramai aktivis yang mendapat manfaat pendidikan dan latihan gerakan perjuangan dari segi idealisme, aktivisme dan intelektualisme daripada PKPIM. Saya mengikuti tarbiyahnya sejak di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), dari tingkatan tiga, dengan mengikuti program Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP), iaitu badan gabungan PKPIM, sehingga menjadi Penolong Setiausaha Agung KPIP Cawangan Kuala Kangsar ketika di tingkatan enam atas.
Saifuddin Abdullah
Penglibatan dengan PKPIM diteruskan semasa menuntut di UM, dengan menjadi Ahli Jawatankuasa sehingga Timbalan Presidennya. Selepas itu, saya diamanahkan sebagai Presiden/Pengasas badan gabungannya, iaitu Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN). Selanjutnya, saya mewakilinya ke MBM sebagai Ahli Dewan Tertinggi, Setiausaha Agung dan Presiden.
Sejarah PKPIM dilakarkan dengan baik dalam buku tulisan Mohd Hilmi Ramli & Yusni Yussof (2009), PKPIM 5 Dasawarsa. Ia menggariskan objektifnya, budaya gerakan yang diamalkan dan orientasi gerakan yang menjadi kerangka gerak kerjanya. Ia juga menganalisis setiap satu daripada lima dasawarsanya, termasuk kejayaan yang diraihnya dan tribulasi yang diharunginya.
Menurut Datuk Dr. Siddiq Fadhil, mantan Presiden PKPIM dan ABIM, PKPIM punya komitmen perjuangan Islamiyah dan cita-cita harakah yang tinggi, yang berasaskan ajaran al-Quran dan Sunnah, serta ketangkasan menangani tuntutan zaman dengan menggarap dinamika kemahasiswaan yang bersemangat waja dan bertenaga raksasa.
PKPIM tidak datang dari kerajaan, tetapi sebaliknya datang dari kerakyatan, iaitu generasi yang tercerah, yang merupakan elemen yang sedar dari masyarakatnya, dan yang menjadi ejen perubahan yang bersifat transformatif.
PKPIM telah melahirkan seangkatan pemimpin masyarakat dalam pelbagai bidang: politik, pentadbiran, pengurusan, perniagaan, perbankan, pendidikan, profesional, media, kesukarelaan, masyarakat sivil dan sebagainya.
PKPIM adalah sebahagian daripada gerakan mahasiswa/belia yang telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Justeru, sudah sampai masanya ahli-ahli sejarah memasukkannya dalam penulisan sejarah Malaysia.
Gerakan mahasiswa/belia telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai bidang pembangunan negara, iaitu daripada bakti yang dicurahkan secara kesukarelaan.
Di samping itu, ia juga menggunakan orientasi advokasi, iaitu dengan bersuara, menyampaikan pandangan, mempengaruhi pendapat khalayak serta menggerakkan dan melahirkan atau menyebabkan lahirnya beberapa dasar dan program pembangunan negara. Antaranya ialah:
* Cadangan mewujudkan Dasar Belia Negara pada 1985 dikemukakan oleh MBM ketika masih dianggotai oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM).
* Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya digerakkan, antara lain, oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya .
* Idea penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diutarakan, antaranya, oleh PBMUM dan PKPIM.
* Penyediaan biasiswa dan bantuan kewangan serta kelas bimbingan untuk pelajar Melayu, dan kini diterjemahkan sebagai sistem baucer kelas bimbingan, dicetuskan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
* Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Bank Islam mula-mula dicadangkan oleh PKPIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
* Dasar penerapan nilai-nilai Islam adalah sambutan kerajaan terhadap gerakan dakwah oleh belia dan mahasiswa Islam yang dipelopori PKPIM, ABIM dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di universiti-universiti.
* Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 2009 banyak digerakkan oleh pelbagai organisasi mahasiswa dan belia, termasuk PKPIM sebagai yang paling lama dan konsisten memperjuangkannya.
* Dasar kerajaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pada bulan Julai 2009, antara lain, terdapat saham perjuangan mahasiswa dalamnya.
Malangnya, peranan dan sumbangan itu tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia. Malahan, terdapat pihak tertentu yang menafikan peranan dan sumbangan tersebut. Contohnya, terdapat pihak yang melabelkan sesetengah aktivis mahasiswa/belia sebagai trouble makers, memperlekehkan mahasiswa/belia, tidak mengiktiraf suara dan bakat mahasiswa/belia dan sebagainya.
Perkara ini mesti dibetulkan dan direkodkan dengan tepat. Bagi memulakan inisiatif memasukkan peranan dan sumbangan gerakan mahasiswa/belia dalam sejarah Malaysia, saya telah mengumumkan projek Penulisan Sejarah Gerakan Mahasiswa/Belia. Ia diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau akan mencadangkan ahli-ahli panel projek tersebut, kandungan projek, tempoh masa projek dan peruntukan yang diperlukan.
Projek ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan mengiktiraf peranan dan sumbangan gerakan mahasiswa/belia; serta memotivasi gerakan mahasiswa/belia hari ini dan akan datang untuk meneruskan perjuangan pembangunan negara.
Datuk Saifuddin Abdullah
ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Continue Reading...

Tuesday, February 1, 2011

Bawa pulang rakyat hingga keadaan selamat



KUALA LUMPUR, 1 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) menuntut pihak kerajaan untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir ke tanah air tanpa bertangguh sehingga keadaan reda bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Menurut Timbalan Presidennya, Muhammad Zaki Sukery keadaan di Mesir sekarang ini semakin lama semakin tidak terjamin memandangkan ia akan berterusan sehingga Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan.

Katanya, rusuhan yang semakin buruk turut melibatkan pertempuran antara tentera dengan rakyat yang berlaku di merata-rata tempat, memungkinkan keselamatan rakyat negara kita terjejas.
Oleh itu, ujarnya sekadar jaminan keselamatan daripada pihak kerajaan tidak memadai kerana apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan tahap keselamatan mereka terdedah kepada pelbagai ancaman pada bila-bila masa.

“Hal ini juga disebabkan oleh rakyat kita di sana berjumlah belasan ribu ramainya, iaitu lebih kurang 11,000 orang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, katanya mahasiswa jurusan agama pula tidak diletakkan di bawah tahap perlindungan sewajarnya bahkan wujud di satu-satu tempat, para mahasiswa terpaksa mengambil inisiatif menjaga keselamatan sesama sendiri disebabkan oleh kekurangan pegawai kedutaan.
“Hal ini diburukkan lagi dengan kekacauan yang semakin berleluasa rentetan daripada beberapa laporan media antarabangsa mengatakan ada pihak yang mengambil kesempatan atas keadaan ini untuk melakukan pelbagai jenayah, diburukkan lagi dengan keadaan beribu-ribu banduan terlepas daripada penjara,” ujarnya lagi.

Naib Presiden Bahagian Korporat dan Pengantarabangsaan, Abdul Razak Omar pula berkata, sekatan kepada medium komunikasi termasuk jaringan sosial Facebook dan Twitter telah merencatkan terus perhubungan dengan pihak di sana menyebabkan timbulnya keraguan berhubung status sebenar tahap keselamatan mereka.

Bahkan, katanya bukan setakat medium perhubungan, soal makan minum turut bakal terjejas kesan daripada penutupan gerai-gerai dan ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia kekurangan sumber makanan berkualiti seterusnya boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis penyakit.
“Oleh itu, dalam keadaan sekarang, sewajarnya pihak kerajaan turut sama membantu menyalurkan sumber pemakanan bagi meringankan bebanan rakyat kita di sana,” katanya.

Justeru, tambahnya dengan rasional mengutamakan keselamatan rakyat dan merujuk juga kepada tema ‘Rakyat Didahulukan’, Gamis menggesa kerajaan untuk membawa pulang mereka yang berada di sana tanpa bertangguh sehingga keadaan di sana pulih seperti sedia kala.
Continue Reading...

Rusuhan Mesir : Doakan Pelajar Malaysia Selamat

http://geraksiswa.blogspot.com/

Seluruh dunia telah heboh tentang pergolakan yang berlaku di Mesir. Disebabkan oleh Kerajaan yang zalim dan korup, rakyat Tunisia bangkit dan mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Akibat daripada rusuhan yang semakin menjadi-jadi, Kerajaan Mesir terpaksa menyekat dan memutuskan talian internet dan telefon bimbit.

Apa yang dirisaukan adalah pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana. Ada sebahagian pelajar Malaysia telah selamat pulang ke tanah air. Tetapi masih ada segelintir pelajar yang terkandas di tengah-tengah pergolakan antara rakyat dan Kerajaan Mesir. 



Keduataan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sedang berusaha keras untuk memastikan keselamatan pelajar kita di sana. Setakat ini semua pelajar Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat. Semoga Kerajaan Malaysia mempercepatkan proses membawa pulang pelajar Malaysia dalam keadaan selamat. 

Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan sahabat-sahabat kita yang berada di sana. Semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.
Continue Reading...

Tuesday, October 19, 2010

Mahasiswa Intelek Menjana Transformasi

Oleh : Mohd Syahid Bin Mohd Zaini
Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 17 Oktober 2010 yang bertempat disekitar Ipoh,Perak. Perhimpunan ini diadakan selama tiga hari dua malam bermula dari 15 Oktober hingga 17 Oktober 2010. Program yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak Dr. Zambry bin Abd Kadir di Kediaman Rasmi Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Apa yang membanggakan, perhimpunan ini telah mengumpulkan lebih 1000 mahasiswa dari seluruh Institut pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri daripada mahasiswa melayu, cina dan india. Sebagai salah seorang peserta Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak pada kali ini, saya rasa amat bertuah kerana memiliki pemimpin negeri yang memahami kehendak dan keperluan mahasisiwa kini.
Dalam program ini, para peserta telah di dedahkan dengan informasi-informasi berguna berkaitan dengan Negeri Perak contohnya ceramah berkaitan dengan Institusi Raja dan Pembangunan Negara dan Taklimat Pembangunan Negeri Perak oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Forum bertajuk ‘Peranan Belia Dalam Pembangunan Negeri Perak’ sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada mahasisiwa yang hadir. Dalam sesi soal jawab antara ahli panel dengan para peserta yang kadang kala agak panas juga telah membuka minda dan fikiran seluruh peserta tentang tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa semasa dan selepas menuntut di universiti.
Para peserta juga diberi peluang untuk mengintai-ngintai sekitar Bangunan Perak Darull Ridzuan. Para peserta tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri Pejabat Menteri Besar, Pejabat Exco, Bilik persidangan dan sebagainya. Pada malam kedua pula, para peserta turut dihidangkan dengan sajian rohani oleh A.F Ustaz Kazim Elias bertajuk Ceramah 1 Malaysia. Peserta juga turut diberi peluang untuk beramah mesra dengan Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’  Seri Zambry bin Abdul Kadir di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.
Program berakhir dengan aktiviti kemasyarakatan di Kampong Manjoi yang memisahkan peserta kepada tiga kumpulan yakni aktiviti Gotong Royong Bersama Masyarakat, Sukan Rakyat dan Program Lawatan Rumah ke Rumah Bersama Pemimpin. Penutup program ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato’  Deri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Tambun.
Apa yang diharapkan pada program kali ini semoga mahasiswa itu sendiri mempunyai kesedaran akan kecintaan pada negeri dan negara serta kesedaran sebagai mahasiswa yang bukan hanya belajar di kuliah dan mengambil peperiksaan. Mahasiswa seharusnya memiliki kebolehan dari sudut yang lain untuk mewarnai rentak negara satu masa nanti. Sikap mahasiswa harusnya selaras dengan moto ‘Mahasiswa Menjana Transformasi’. Mahasiswa perlu memiliki tahap daya juang dan daya saing yang tinggi untuk sama-sama menerajui Negara pada masa akan datang. Selaras dengan ucapan Y.A.B Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir
‘Mahasiswa anak Perak hari ini merupakan aset yang penting kepada negeri Perak kerana mereka ini pada masa akan datang akan meneruskan dan menerajui kepimpinan negeri Perak dalam memandu golongan belia dan semua lapisan masyarakat’
Perkara yang amat merisaukan bilamana mahasiswa kita tidak mahu mengambil endah akan perjalanan dan isu-isu negeri dan negara pada masa kini kerana menganggap belum lagi sampai pada waktunya untuk memikirkan perkara sebegini.
Sepatutnya, jika mahu melihat kejayaan sesebuah Negara pada masa akan datang, pastinya kita melihat bagaimana belia pada masa kini. Masih terdapat mahasiswa yang tidak matang dalam menilai, membuat keputusan dan bergerak dalam kehidupan sebagai mahasiswa. Sedangkan kerajaan telah memberikan banyak kebaikan dan mencipta pelbagai peluang kepada kita. Apa yang saya lihat, masih ada peserta yang hadir ke majlis ini hanya sekadar mahu mendapatkan sijil dan mengikut teman. Bila saya bertanya kepada dua , tiga orang mengapa mereka ke sini, ada yang mengatakan, entah, ‘saya telah dipilih untuk memenuhi penyertaan’. Inilah sikap yang perlu kita hakis daripada mahasiswa kita. Semoga selepas pulang dari program ini, bisa mengubah persepsi mahasiswa Anak Perak itu sendiri.
Pelbagai peluang yang telah diberikan dan akan diberikan kepada mahasiswa, oleh itu, bergeraklah mahasiswa untuk mengambil peluang melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat. Tidak lupa untuk menggerakkan beberapa persatuan yang telah ditubuhkan oleh mahasiswa. Keperihatinan kerajaan ini juga boleh meringankan bebanan dan masalah yang timbul misalnya masalah dari segi kewangan dan penganjuran.
Sehubungan dengan itu mahasiswa perlu merangka dari sekarang perancangan-perancangan untuk menjadi insan yang berkredibiliti dan berintegriti satu hari nanti kerana sebahagian mahasiswa sekarang adalah pemimpin negara dan bakal melangkah ke alam yang lebih mencabar yakni alam kerjaya. Oleh itu juga mahasiswa harusnya mempunyai asas yang kuat dan prinsip yang tidak jauh tersasar dari agama kerana agamalah yang menjadi tonggak sesebuah kejayaan yang berkualiti.
Akhir kalam, semoga perhimpunan ini meransang anjakan paradigma mahasiswa Anak Perak dan menambah kecintaan pada tanah tumpahnya darah kita, negeri Perak. Semoga Allah memberkatinya setiap usaha kita.Salam daripada saya selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak dan salam Perak Aman Jaya.
* Penulis merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) merangkap ahli kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) selaku ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).


Continue Reading...

Wednesday, October 13, 2010

GAMIS seru Mahasiswa dan anak muda turun bantah

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru semua mahasiswa dan anak muda untuk turun beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil esok bagi menyatakan bantahan keras terhadap konsert Adam Lambert yang dijadual malam esok. Penganjuran konsert yang akan berlangsung di stadium Putra Bukit Jalil itu sememangnya menambahkan barah gejala sosial terutamanya di kalangan anak muda pada masa kini. GAMIS menyatakan kekesalan di atas kelulusan konsert ini yang ternyata bakal membawa kesan negatif kepada anak muda.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari berkata, “mahasiswa dan anak muda perlu sedar konsert seperti itu bukan menguntungkan generasi kita malah akan menambahkan barah gejala sosial terutamanya di kalangan anak muda di negara ini. Saya hairan, sepatutnya pihak kerajaan perlu sedar, jika bising mahasiswa turun melihat keadaan Pilihan Raya, katanya akan mengganggu pelajaran. Sepatutnya konsert seperti ini HARAM di bawa masuk, bukan sekadar mengganggu pelajaran, malah menggaggu seluruh anak muda, merosakkan generasi kini dan pasti merebak kepada generasi masa depan.”

GAMIS sekali lagi menyeru semua mahasiswa dan anak muda untuk turun ke Stadium Bukit Jalil esok pada jam 6 petang. Semua di minta berpakaian berwarna putih tanda BANTAHAN.

“Memurnikan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa”
Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails