Tuesday, October 19, 2010

Mahasiswa Intelek Menjana Transformasi

Oleh : Mohd Syahid Bin Mohd Zaini
Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 17 Oktober 2010 yang bertempat disekitar Ipoh,Perak. Perhimpunan ini diadakan selama tiga hari dua malam bermula dari 15 Oktober hingga 17 Oktober 2010. Program yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak Dr. Zambry bin Abd Kadir di Kediaman Rasmi Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Apa yang membanggakan, perhimpunan ini telah mengumpulkan lebih 1000 mahasiswa dari seluruh Institut pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri daripada mahasiswa melayu, cina dan india. Sebagai salah seorang peserta Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak pada kali ini, saya rasa amat bertuah kerana memiliki pemimpin negeri yang memahami kehendak dan keperluan mahasisiwa kini.
Dalam program ini, para peserta telah di dedahkan dengan informasi-informasi berguna berkaitan dengan Negeri Perak contohnya ceramah berkaitan dengan Institusi Raja dan Pembangunan Negara dan Taklimat Pembangunan Negeri Perak oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Forum bertajuk ‘Peranan Belia Dalam Pembangunan Negeri Perak’ sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada mahasisiwa yang hadir. Dalam sesi soal jawab antara ahli panel dengan para peserta yang kadang kala agak panas juga telah membuka minda dan fikiran seluruh peserta tentang tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa semasa dan selepas menuntut di universiti.
Para peserta juga diberi peluang untuk mengintai-ngintai sekitar Bangunan Perak Darull Ridzuan. Para peserta tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri Pejabat Menteri Besar, Pejabat Exco, Bilik persidangan dan sebagainya. Pada malam kedua pula, para peserta turut dihidangkan dengan sajian rohani oleh A.F Ustaz Kazim Elias bertajuk Ceramah 1 Malaysia. Peserta juga turut diberi peluang untuk beramah mesra dengan Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’  Seri Zambry bin Abdul Kadir di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.
Program berakhir dengan aktiviti kemasyarakatan di Kampong Manjoi yang memisahkan peserta kepada tiga kumpulan yakni aktiviti Gotong Royong Bersama Masyarakat, Sukan Rakyat dan Program Lawatan Rumah ke Rumah Bersama Pemimpin. Penutup program ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato’  Deri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Tambun.
Apa yang diharapkan pada program kali ini semoga mahasiswa itu sendiri mempunyai kesedaran akan kecintaan pada negeri dan negara serta kesedaran sebagai mahasiswa yang bukan hanya belajar di kuliah dan mengambil peperiksaan. Mahasiswa seharusnya memiliki kebolehan dari sudut yang lain untuk mewarnai rentak negara satu masa nanti. Sikap mahasiswa harusnya selaras dengan moto ‘Mahasiswa Menjana Transformasi’. Mahasiswa perlu memiliki tahap daya juang dan daya saing yang tinggi untuk sama-sama menerajui Negara pada masa akan datang. Selaras dengan ucapan Y.A.B Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir
‘Mahasiswa anak Perak hari ini merupakan aset yang penting kepada negeri Perak kerana mereka ini pada masa akan datang akan meneruskan dan menerajui kepimpinan negeri Perak dalam memandu golongan belia dan semua lapisan masyarakat’
Perkara yang amat merisaukan bilamana mahasiswa kita tidak mahu mengambil endah akan perjalanan dan isu-isu negeri dan negara pada masa kini kerana menganggap belum lagi sampai pada waktunya untuk memikirkan perkara sebegini.
Sepatutnya, jika mahu melihat kejayaan sesebuah Negara pada masa akan datang, pastinya kita melihat bagaimana belia pada masa kini. Masih terdapat mahasiswa yang tidak matang dalam menilai, membuat keputusan dan bergerak dalam kehidupan sebagai mahasiswa. Sedangkan kerajaan telah memberikan banyak kebaikan dan mencipta pelbagai peluang kepada kita. Apa yang saya lihat, masih ada peserta yang hadir ke majlis ini hanya sekadar mahu mendapatkan sijil dan mengikut teman. Bila saya bertanya kepada dua , tiga orang mengapa mereka ke sini, ada yang mengatakan, entah, ‘saya telah dipilih untuk memenuhi penyertaan’. Inilah sikap yang perlu kita hakis daripada mahasiswa kita. Semoga selepas pulang dari program ini, bisa mengubah persepsi mahasiswa Anak Perak itu sendiri.
Pelbagai peluang yang telah diberikan dan akan diberikan kepada mahasiswa, oleh itu, bergeraklah mahasiswa untuk mengambil peluang melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat. Tidak lupa untuk menggerakkan beberapa persatuan yang telah ditubuhkan oleh mahasiswa. Keperihatinan kerajaan ini juga boleh meringankan bebanan dan masalah yang timbul misalnya masalah dari segi kewangan dan penganjuran.
Sehubungan dengan itu mahasiswa perlu merangka dari sekarang perancangan-perancangan untuk menjadi insan yang berkredibiliti dan berintegriti satu hari nanti kerana sebahagian mahasiswa sekarang adalah pemimpin negara dan bakal melangkah ke alam yang lebih mencabar yakni alam kerjaya. Oleh itu juga mahasiswa harusnya mempunyai asas yang kuat dan prinsip yang tidak jauh tersasar dari agama kerana agamalah yang menjadi tonggak sesebuah kejayaan yang berkualiti.
Akhir kalam, semoga perhimpunan ini meransang anjakan paradigma mahasiswa Anak Perak dan menambah kecintaan pada tanah tumpahnya darah kita, negeri Perak. Semoga Allah memberkatinya setiap usaha kita.Salam daripada saya selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak dan salam Perak Aman Jaya.
* Penulis merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) merangkap ahli kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) selaku ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).


Continue Reading...

Friday, October 15, 2010

Bajet terbesar negara, Najib kata ‘kita bukan saudagar mimpi’


October 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2011 – bajet keduanya sejak dilantik sebagai perdana menteri, belanjawan terbesar dalam sejarah, yang penganalisis dan pemerhati melihat ia memfokus untuk memikat sokongan pilihan raya umum ke-13.
Bajet 2011 merangkumi peruntukan berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Ketua Eksekutif Institut Bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau risau dengan jumlah perbelanjaan yang dijanjikan oleh perdana menteri dalam bajet kali ini.
“Peruntukan bagi 2011 hampir tiga peratus lebih tinggi berbanding tahun 2010. Dari mana sumber tambahan ini akan datang?
“Kita sudah pun berada dalam tahap defisit. Perkara logik yang perlu dilakukan apabila kita berada dalam situasi defisit ialah mengurangkan perbelanjaan.
“Tetapi nampaknya kerajaan memutuskan untuk berbelanja lebih,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata Wan Saiful, bajet yang diumumkan petang ini nampaknya persediaan untuk menuju pilihan raya umum tergempar yang menjadi sebutan banyak pihak.
“Ada dijanjikan lebih banyak (insentif) dalam bentuk duit kepada JKKK, guru-guru KAFA, dan imam, malah juga penangguhan kenaikan tol dan pelbagai insentif lain untuk memikat pengundi,” katanya.
Di akhir ucapannya, Najib menekankan bahawa apa yang telah dirangka dan akan dilaksanakan ini merupakan visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat.
“Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap seorang  mampu mencipta kebahagiaan. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras.
“Kesimpulannya, bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia. Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini,” katanya.
Kata Najib, wawasannya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelusuk dan ceruk negara.
“Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional berupaya melakukannya selama puluhan tahun.
“Kita telah berjaya mentransfomasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.
“Kita telah berjaya meningkatkan per kapita daripada 260 dolar Amerika di awal merdeka kepada kira-kira lapan ribu dolar Amerika hari ini.
“Kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga berada diambang menghapuskan kemiskinan tegar dan berjaya mencipta kelas menengah yang dinamik,” kata Najib merujuk kepada perkembangan lima dekad lalu.
Kata Najib: “Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan.”
“Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi.
“Percayalah, bahawa Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek.
“Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang,” kata ucapannya yang mengambil masa sejam dan 40 minit.
“Sesungguhnya bajet kali ini merupakan bajet ke-53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh Kerajaan dari parti yang sama.
“Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia diambang status negara maju berpendapatan tinggi,” kata beliau.
Sejumlah RM45.6 bilion daripada peruntukan mengurus adalah bagi emolumen; RM28.2 bilion (Perkhidmatan dan Bekalan); RM86.4 bilion (Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap); RM1.4 bilion (Pembelian Aset); dan RM1.2 bilion bagi perbelanjaan lain.
Hasil kerajaan persekutuan dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion tahun depan berbanding RM162.1 bilion tahun ini, kata Najib.
Defisit negara pula dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus tahun ini, Perdana Menteri mengumumkan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi peruntukan pembangunan, Najib berkata RM28.3 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat dan RM4.4 bilion (pembangunan sektor keselamatan), RM955 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
Semasa pembentangan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negara telah pulih daripada ekonomi dunia berikutan langkah positif kerajaan serta pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.
Ia terbukti dengan KDNK berkembang pada 9.5 peratus bagi separuh pertama 2010, berbanding negatif lima peratus bagi tempoh sama tahun lalu.
Menurut Najib, ekonomi dunia turut dijangka pulih pada 4.8 peratus berbanding negatif 0.6 peratus pada 2009 manakala perdagangan antarabangsa berkembang 11.4 peratus berbanding negatif 11 peratus pada 2009.
Di peringkat domestik, penunjuk utama pertumbuhan ekonomi termasuklah Indeks Bursa Malaysia melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Oktober lepas; peningkatan eksport 22 peratus bagi lapan bulan pertama 2010; pengukuhan nilai ringgit kepada dolar Amerika kepada 3.0833 pada 14 Oktober lalu; dan rizab antarabangsa berjumlah RM310.8 bilion (AS$100.7 bilion) yang mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.
Najib berkata, dengan perkembangan positif, kerajaan menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada 7 peratus berbanding enam peratus sebelum ini.
Katanya, prestasi memberangsangkan itu adalah ekoran peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan (6.5 peratus) dan pembinaan (4.9 peratus).
Beliau berkata kadar inflasi diunjurkan pada paras dua hingga tiga  peratus manakala kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula pembentangan hari ini menunjukkan kerajaan berbelanja besar dan hanya “diselamatkan” oleh hasil kutipan hasil cukai yang tinggi daripada dijangkakan.
Dengan merujuk kepada perbelanjaan pengurusan yang terlalu besar, kata beliau, Najib perlu menjelaskan trend-trend membimbangkan yang tidak ditangani dalam perbahasan bajet yang bermula minggu depan.
“Dalam usaha memastikan perbelanjaan kerajaan digunakan dengan efektif dan boleh menjana impat ekonomi pelbagai tahap kepada negara,” kata wakil rakyat ini.


Continue Reading...

Konsert Lambert : Gamis bimbang masa depan rakyat

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.
Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.

Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.
Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.

Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya



Continue Reading...

Convofair 2010 activities

Continue Reading...

Thursday, October 14, 2010

Accommodation during 10th Convocation

Assalamualaikum and hi,

First of all, Congratulation for graduated students who are officially undergo their Convocation Day this Saturday. Congratulation!!!

Kindly note that, your accommodation within 10th Convocation Day will be placed as follows:

Female: Village 2C
Male: Old Village
*for those who already booked.
The registration counter will be opened from 14-17 October 2010 at 8am to 12midnightBlock O.
For further information please contact Mdm Idahwati/Mdm Hafizah at 05-3688343.


Thank you.
Continue Reading...

Wednesday, October 13, 2010

GAMIS seru Mahasiswa dan anak muda turun bantah

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru semua mahasiswa dan anak muda untuk turun beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil esok bagi menyatakan bantahan keras terhadap konsert Adam Lambert yang dijadual malam esok. Penganjuran konsert yang akan berlangsung di stadium Putra Bukit Jalil itu sememangnya menambahkan barah gejala sosial terutamanya di kalangan anak muda pada masa kini. GAMIS menyatakan kekesalan di atas kelulusan konsert ini yang ternyata bakal membawa kesan negatif kepada anak muda.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari berkata, “mahasiswa dan anak muda perlu sedar konsert seperti itu bukan menguntungkan generasi kita malah akan menambahkan barah gejala sosial terutamanya di kalangan anak muda di negara ini. Saya hairan, sepatutnya pihak kerajaan perlu sedar, jika bising mahasiswa turun melihat keadaan Pilihan Raya, katanya akan mengganggu pelajaran. Sepatutnya konsert seperti ini HARAM di bawa masuk, bukan sekadar mengganggu pelajaran, malah menggaggu seluruh anak muda, merosakkan generasi kini dan pasti merebak kepada generasi masa depan.

GAMIS sekali lagi menyeru semua mahasiswa dan anak muda untuk turun ke Stadium Bukit Jalil esok pada jam 6 petang. Semua di minta berpakaian berwarna putih tanda BANTAHAN.

“Memurnikan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa”
Continue Reading...

PKPIM BANTAH PENGANJURAN KONSERT ADAM LAMBERT

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
13 Oktober 2010/  1431 H

PKPIM BANTAH PENGANJURAN KONSERT ADAM LAMBERT

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada konsert 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dianjurkan oleh Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music bakal diadakan pada hari khamis ini di Stadium Bukit Jalil.

PKPIM berpendirian tegas membantah konsert Adam Lambert yang bakal diadakan berkenaan memandangkan konsert tersebut melibatkan artis yang berlatar belakangkan peribadi moral yang negatif dan bertentangan dengan nilai agama dan norma-norma kehidupan serta kebudayaan negara ini.
Adam Lambert, atau nama sebenarnya Adam Mitchel Lambert yang berketurunan Yahudi dikenali sebagai artis gay atau homoseksual. Selain itu, beliau juga sebelum ini aktif membuat persembahan di Hebrew, Israel pada tahun 2005 sempena beberapa acara dengan menyayikan beberapa lagu popularnya seperti Shir LaShalom dan lagu tema Yahudi iaitu The Ten Commandments-The Musical. Baca seterusnya...

Walaupun Adam Lambert menerusi laman Twitter beliau bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi penganjuran konsert beliau ini melambangkan seolah-olah kita menerima dan membenarkan seorang individu yang tidak bermoral ke dalam masyarakat. Tambahan pula, konsert seperti ini jelas melanggar Dasar Kebudayaan Kebangsaan  1971 iaitu antara lain menetapkan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.

PKPIM meluahkan kebimbangan yang sangat besar akan kesan penganjuran konsert seperti ini kepada generasi muda kerana melihat kepada trend ikutan budaya Barat  semakin menjadi-jadi di Malaysia. Gejala hedonisme, iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan budaya yang tidak sihat ini. Perlu disedari bahawa, budaya timur yang menghiasi masyarakat kita sejak turun temurun dari generasi ke generasi begitu kaya dengan amalan budi bahasa, sikap sopan santun, berpekerti mulia yang jelas bercanggah dengan budaya Barat ini.

Justeru itu, PKPIM menggesa supaya penganjuran konsert terbabit dibatalkan. PKPIM juga menyeru agar semua kembali bersama-sama menghayati dan menjadikan kesenian Islam dan kemurnian bangsa itu menjadi teras kepada pemerkasaan budaya kita. Sebagaimana yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang menitik beratkan kepada implementasi elemen Islam dan unsur budaya timur dalam segala program kebudayaan dan penyiaran yang diadakan di negara ini.

Masyarakat dan kerajaan umumnya perlu sedar bahawa kita sudah mempunyai acuan kita sendiri untuk berjaya. Usah hanya menjadi pengagum budaya orang lain, sedangkan kita tidak sedar akan kemuliaan budaya kita sendiri. Kekuatan tradisi keagungan Islam dan ketuanan Melayu yang kita warisi berabad lamanya sudah cukup utuh menjadi gagasan kukuh mengangkat kita menjadi umat gemilang atau “khayra ummah” menjelang tahun 2020.
“Hidup Biar Berjasa”

MOHD AKMAL AFIQ BIN MOHAMAD
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Continue Reading...

Sunday, October 10, 2010

2010 kebangkitan anak muda

dari  : http://seutastasbih.blogspot.com/

Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.

Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki “idealisme fitrah” itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa.

Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber”mazhab” study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus.

Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.

Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.

2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.

“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” Wallahualam.
Continue Reading...

New Line of HICOMS for 2010/2011 RCSU!!!

On 9th of October (Saturday), an annual general meeting was conducted to elect the new high committees of RCSU for 2010/ 2011 session. The AGM was conducted successfully and new line of HICOMS was created:

PRESIDENT: Abdul Muizz bin Ismail
Abdul Muizz bin Ismail
DEPUTY PRESIDENT: Muhammad Muzammil bin Abdul Munir

VICE PRESIDENT 1: Nur 'Amirah binti Hassan
Nur 'Amirah binti Hassan
VICE PRESIDENT 2: Mohd Shahrul Ezwan bin Ismail
Mohd Shahrul Ezwan bin Ismail
SECRETARY 1: Siti Nazirah binti Ramli
22641_101688756530578_100000683626760_46342_5261865_n
SECRETARY 2: Tay Mei Chen
Tay Mei Chen
TREASURER 1: David Bong
David Bong
TREASURER 2: Adibah Hani Binti Azit
Adibah Hani bt Azit
Continue Reading...

Saturday, October 9, 2010

Utusan - Pelajar UTP menipu?


Kreativiti menipu, Tronoh jadi Toronto



SYAWAL pun berlalu. Namun catatan sepanjang Syawal mesti masih berbekas di hati mahu pun dalam lipatan memori. Banyak cerita suka-duka sepanjang Syawal. Di pihak akhbarUtusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, berakhirnya Syawal bermakna tamatlah ruanganSalam Perantauan untuk tahun ini. Alhamdulillah sambutan yang diterima terlalu memberangsangkan. Sama ada muka surat untuk ruang tersebut ditaja atau tidak, syarikat meneruskan tradisi menyiarkan ruangan itu khusus untuk rakyat Malaysia di luar negara menyampaikan salam hari raya.

Bermula dengan ucapan daripada para pelajar, ruangan tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia di luar negara.
Lebih menarik perkembangan teknologi maklumat memberi peluang kepada rakyat Malaysia di mana saja untuk berbuat demikian. Sehingga hari ini emel yang diterima melimpah ruah. Mereka yang berkhidmat di pelantar minyak, di atas kapal malah nun di hujung dunia memeriahkan lagi ruangan yang diwujudkan oleh akhbar ini dengan penuh rasa ikhlas. Sehingga hari ini masih banyak emel yang diterima tidak dapat disiarkan.

Sebelum kepesatan zaman teknologi maklumat, berkotak-kotak surat dikirimkan dengan harapan gambar serta ucapan mereka dapat disiarkan di dalam ruangan tersebut. Setiap malam akan ada petugas yang menaip rapi setiap maklumat yang dihantar, sambil sesekali tersenyum melihat aksi-aksi pelajar kita di luar negara. Mereka ini tidak dibayar elaun khas untuk membuat kerja-kerja menaip, mengumpul gambar dan mengasingkan antara surat yang telah diproses dan surat yang baru diterima. Kesemuanya itu dibuat dengan rasa ikhlas. Sebab itu tiada bayaran dikenakan. Tiada syarat-syarat - satu yang dipinta pengirim juga mesti bersikap jujur dan ikhlas. Pastikan maklumat yang dikirim adalah betul.

Akhbar-akhbar lain turut berbuat demikian.

Tidak pernah terlintas di fikiran para petugas media akan ada sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu. Tidak juga masuk akal bagi petugas media menghubungi semua universiti di luar negara untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Tidak juga dibelek setiap latar belakang gambar lantaran tradisi yang diteruskan didasari oleh prinsip saling percaya-mempercayai.

Kecanggihan

Namun kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia untuk menipu. Bukan saja menipu, si penipu berbangga dengan kreativiti songsang mereka. Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak mengirim gambar mereka berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan. Gambar tersebut dipilih untuk terbitan 21 September 2010. Ketika mana umat Islam menyuci diri menjalani ibadah puasa, mereka mencuci otak untuk menipu. Menerusi ICT juga penipuan itu dijaja, kononnya mereka handal kerana dapat menipu akhbar ini. Mendabik dada kononnya mereka juga pernah melakukan penipuan yang sama kepada akhbar-akhbar lain. Malah menerusi komen di blog yang memaparkan penipuan tersebut, telah ada perancangan untuk menyambung siri penipuan pada tahun hadapan.

Penipuan itu kononnya didorong rasa meluat terhadap penuntut luar negara yang menghantar gambar mereka dengan latar belakang salji untuk disiarkan di ruangan tersebut. Selamba dan bersahaja mereka berbangga diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka disiarkan di ruang Salam Perantauan.

Saya pasti kumpulan pelajar itu masih berbangga. Membaca komen-komen di dalam blog itu ramai juga yang memuji kelicikan serta kreativiti penuntut universiti di Tronoh itu menipu akhbar tempatan. Ditambah lagi dengan komen-komen yang kononnya akhbar ini menipu. Mahu diajukan pertanyaan, adakah mereka pembaca setia akhbar ini, dan apa pula penipuan yang telah dibuat sehingga penipuan yang secara terang-terangan menjadi halal di mata mereka. Ulasan-ulasan selari itu pasti menjadikan kumpulan yang menipu berasa diri mereka hebat.

Bagaimana pula ibu-bapa, para pensyarah dan pihak penaja biasiswa mereka? Adakah mereka juga berbangga? Wakil akhbar ini ada menghubungi UTP. Dia diberitahu satu mesyuarat telah diadakan berhubung penipuan tersebut. Sambil menyebut juga betapa mereka mengharapkan penipuan itu tidak disedari oleh Utusan Malaysia. Sememangnya akhbar ini tidak sedar berlakunya penipuan. Bukan kerana merelakan diri ditipu tetapi sebaliknya didorong oleh rasa percaya dan yakin betapa tidak mungkinnya ruangan tradisi ini pun menjadi mangsa penipuan kreatif. Siapa yang dapat membezakan latar belakang gambar tersebut? Bukankah musim bunga di Toronta juga sarat dengan kehijauan sama seperti bumi Tronoh yang tidak pernah dilanda salji?

Pihak UTP ada menyebut perihal kesal dengan kejadian tersebut dan meminta maaf serta berjanji akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat sebagai pengajaran. Saya percaya siri penipuan ini tidak akan berhenti tahun ini. Lantaran mereka yang menggunakan kreativiti otak untuk menipu akan menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan kehendak mereka. Kumpulan ini juga tahu pihak akhbar tidak akan mampu untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Untuk menghubungi universiti yang dinamakan adalah mustahil. Mustahil juga bagi pihak pengurusan universiti di luar negara mahu memberi kerjasama segera mengenal pasti gambar-gambar tersebut
Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara yang logik dan tidak masuk akal.

Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.




sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

link berkaitan : http://syahrilkadir.wordpress.com/2010/10/09/bila-budah-tronoh-mengaku-dari-toronto/

http://obefiend.blogspot.com/2010/09/universiti-teknologi-petronas-pwnds.html

http://obefiend.blogspot.com/2010/10/fao-noraini-abdul-razak-of-utusan.html

http://hafizcakapmengarut.blogspot.com/2010/10/salam-perantauan-utusan-malaysia-dan.html
Continue Reading...

Friday, October 8, 2010

Who will be the next President?


Who will be the
NEXT
PRESIDENT
OF
SRCUTP ??


Give your comment below..
Continue Reading...

Official Result of the Campus Election UTP 2010 (with votes)


Congratulation to all candidates .
Continue Reading...

Keputusan Pilihanraya Kampus UTP 2010 (RASMI)


UTPdaily mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang menang. Selamat Menjalankan Tugas!

Kepada calon yang kurang bernasib baik, cuba lagi di masa akan datang.

Sama-sama suburkan demokrasi kampus.
Continue Reading...

Thursday, October 7, 2010

Terkini! Keputusan Tidak Rasmi

Kedudukan calon mengikut undi yang diperolehi:


1. Sara Lyana
2. Hamzah Nawawi
3. Aidil Azwan
4. Nadia Hartini
5. Khairulanam
6. Fitri Jamil
7. Rofans Beleam


*6 tempat teratas akan mengisi jawatan Majlis Tertinggi MPP.


Total keluar mengundi : 1453
Rosak : 112


UTPdaily akan mengeluarkan keputusan rasmi pada posting yang lain malam ini.

Continue Reading...

Wednesday, October 6, 2010

LIVE! Liputan perjalanan Pilihan Raya Kampus UTP 2010

*sila refresh untuk mendapatkan maklumat terkini 

Pengiraan Undi

8.30 malam
Total keluar mengundi : 1453 (rasmi)
Undi rosak : 112

sumber ; http://twitter.com/awangkualizul
=======================
Hari Pengundian

08.30 : Beberapa orang staf sedang menyiapkan tempat untuk proses pembuangan undi di cafe-cafe. Tali penghadang dipasang sebagai tanda kawasan larangan, kecuali kepada pengundi.

09.00 : Proses pengundian dibuka. kelihatan beberapa orang pelajar yang dalam perjalanan ke kuliah singgah membuang undi di cafe V4.

Di V6, sekumpulan pelajar dilihat menjadi pemula bagi sesi pembuangan undi pada hari ini.

10.00 : Proses pengundian berjalan agak perlahan. Tempat-tempat pengundian dilihat agak lengang. Ramai yang memilih untuk mengundi pada sebelah tengah hari.

10.30 : Di v2 juga kelihatan agak kurang pelajar yang turun mengundi. Keadaan yang sama juga di V1.

11.10 : Tinjauan di V4, V3 dan V5 mendapati peratusan yang keluar mengundi agak rendah. Kami menganggarkan sekitar 8% yang telah keluar mengundi untuk ketiga-tiga desasiswa tersebut.

11.40 : Di V6, keaadan agak berbeza berbanding awal pagi. Lebih ramai pelajar yang turun mengundi. Namun peratusan masih kecil. Dijangka kurang 20% yang keluar mengundi di sana.

12.15 : Keaadaan bertambah baik di tempat-tempat pengundian. Namun masih lengang. Keseluruhan dianggarkan baru 12% pelajar yang keluar mengundi di V1.

13.00 : Keaadaan semakin rancak. pelajar-pelajar menagmbil peluang waktu rehat tengah hari untuk menunaikan tanggungjawab sambil makan tengah hari di cafe-cafe.

Di V2, kelihatan ramai yang sedang beratur untuk mengundi. Di V4, kelihatan sekumpulan kecil pelajar yang datang ke tempat pembuangan undi.

13.15 : Di V6, peratusan keluar mengundi agak rendah berbanding tahun lepas setakat ini. Pelajar-pelajar merungut kerana tempat kuliah yang jauh dari kolej kediaman menyukarkan mereka untuk pulang. Kebanyakan mereka tiada kenderaan ditambah pula dengan jadual mereka yang agak padat pada hari ini.

Untuk rekod, tahun lepas pengundian dijalankan pada hari Rabu, menyebabkan pelajar mempunyai ruang untuk mengundi pada sebelah petang.

14.00 : Dijangka, sekitar 16% keseluruhan pelajar yang membuang undi di semua tempat pada hari ini jika keaadaan berterusan sampai waktu pengundian ditutup.

15.12 : Tinggal kurang 2 jam lagi sebelum pusat-pusat pengundian ditutup, namun situasi di kafe-kefe tidak banyak berubah.

16.00 : Hanya lebih kurang 1000 baru mengundi. (sumber: A.Alizul - MPPUTP)

16.15: Tinggal 45 mnit sahaja lagi. Kepada yang belum mengundi, diharap tidak melengahkan masa. Kepada yang telah tunaikan tanggungjawab, harap dapat menyeri rakan-rakan yang masih belum membuang undi untuk ke pusat pengundian berdekatan.

17.00 : Pusat Pengundian ditutup. 1265 pelajar keluar mengundi (tidak rasmi). Peratusan keluar mengundi menurun.
Continue Reading...

Selamat Mengundi


Krew
   UTPdaily   

mengucapkan
  SELAMAT MENGUNDI  

kepada 

SEMUA MAHASISWA 
Universiti Teknologi PETRONAS

pada

PILIHAN RAYA KAMPUS
2010


-Bersama Suburkan Demokrasi Kampus-


Continue Reading...

Tomorrow is Election Day - 7 October

Continue Reading...

Kesedaran PRK masih kurang

6 Okt – Esok merupakan hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kampus UTP. Namun, sambutan dingin warga kampus terhadap PRK yang berlaku saban tahun masih lagi tidak berubah. Masih ramai lagi warga kampus yang tidak peduli dengan proses demokrasi kampus yang hanya diadakan sekali dalam setahun ini.

Tinjauan UTPdaily mendapati kesedaran warga kampus terhadap Pilihanraya Kampus kali ini masih kurang. Beberapa soalan telah diajukan kepada beberapa responden pada hari semalam. Fakta ini dapat dilihat pada analisis di bawah.


1. Adakah anda tahu sekarang minggu ini akan diadakan Pilihanraya Kampus?
a. Ya – 78%
b. Tidak -22%

2. Adakah anda tahu bilangan calon yang bertanding bagi Kerusi Umum pada kali ini?
a. Ya – 37%
b. Tidak – 63%

3. Adakah anda pergi ke Dewan Canselor untuk mengikuti Public Speaking calon-calon yang bertanding pada Sabtu lepas?
a. Ya – 19%
b. Tidak – 81%

4. Bilakah tarikh PRK kali ini? (Ya = Tahu tarikh ; Tidak = tidak tahu)
a. Ya – 34%
b. Tidak – 66%

5. Adakah anda sudah mempunyai calon untuk dipilh pada hari pengundian nanti?
a. Ya – 43%
b. Tidak -57%

6. Anda akan keluar mengundi pada 7 Oktober ini?
a. Ya – 33%
b. Tidak (belum pasti) – 67%

7. Adakah anda tahu di mana tempat pembuangan undi pada khamis ini?
a. Ya – 48%
b. Tidak- 52%

Berdasarkan analisis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ramai warga kampus telah sedar bahawa PRK akan diadakan dalam masa terdekat. Ini mengkin hasil daripada lambakan poster dan banner calon-calon yang bertanding di seluruh pelusuk kampus.

Namun apa yang menyedihkan ramai yang hanyalah sekadar tahu, tetapi tidak mengambil peduli berkenaan PRK ini. Buktinya, hanya peratusan yang kecil yang tahu bilangan calon yang bertanding, malah peratusan yang agak besar masih tidak tahu tarikh PRK.

Jadi, kami menjangkakan tidak lebih 25% pelajar yang akan keluar mengundi pada Khamis ini jika tiada inisiatif yang diambil oleh calon-calon yang bertanding untuk menarik lebih ramai warga kampus turun mengundi.

Peratusan kecil yang berlaku saban tahun ini dijangka akan berulang. Jika PRK 2008 beleh dikatakan paling hangat setakat ini, hanya mampu menarik 40.1% mahasiswa untuk mengundi, inikan pula PRK kali ini yang dilihat dingin berbanding PRK sebelum ini.

Ini disebabkan kurangnya bilangan calon yang bertanding ditambah pula dengan ketiadaan isu hangat pada PRK kali ini. Tahun lepas, dalam PRK 2009, walaupun bilangan calon yang bertanding sedikit, teteapi isu yang mendominasi PRK tersebut sedikit sebanyak menarik pengundi-pengundi untuk turun membuang undi.

Untuk rekod, hanya lebih kurang 23% mehasiswa yang mengundi pada PRK lepas.

-UTPdaily-
Continue Reading...

Tuesday, October 5, 2010

Presiden RM ke konsert NGC malam ini?

Ikuti penjelasan rasmi beliau berkenaan Green Concert pada malam ini di Blog rasmi Presiden Rakan Masjid. http://secebiscoretan.blogspot.com/



 

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt

---Sekarang jam menunjukkan angka 2.42pg, niat hati ingin meneruskan study subjek Transport Phenomena yang menjadi cabaran hebat buat pelajar2 Chemical Engineering memandangkan ini sahaja masa yang ana ada sepanjang hari ini. Namun, ALLAH bukakan hati dan memberikan ana arah untuk menjawab sedikit sebanyak komen yang diberikan sahabat2 terhadap posting yang baru sahaja ana paparkan kepada umum pagi tadi.

Alhamdulillah, banyak komen yang diterima oleh ana melalui sahabat2 terhadap posting yang ana utarakan sebelum ini.

"Sebenarnya majoriti daripada persoalan yang diutarakan telah ana jelaskan dengan panjang lebar sebelum ini. Namun, mungkin kerana pihak sahabat2 yang tidak membaca keseluruhan mesej yang dipaparkan menyebabkan kekeliruan ini. Atau mungkin juga kerana kekurangan ana dalam penulisan sehingga menyebabkan berlakukan salah faham dan kekeliruan di pihak sahabat2 sekalian"

"Harapan ana untuk posting pada kali ini; Semoga sahabat2 baca dan nilailah dengan teliti sebelum memberikan sebarang komen untuk mengelakkan pertikaian yang berterusan daripada mana2 pihak. Diulang; baca semuanya dan telitilah"


Untuk kali ini, ana tidak memilih untuk menjawab segala persolan yang diutarakan. Cukuplah ana menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh Choir Group melalui komentar tadi memandangkan terdapat kekeliruan yang sangat jelas di situ. Untuk soalan2 dan beberapa pandangan yang dilontarkan sahabat2 yang lain akan ana jelaskan pada masa-masa yang akan datang. Insya-Allah.




CHOIR HANYA DI AWAL MAJLIS??? as salah sorg ahli UTP CHOIR GROUP.. terasa macam kami dihina pulak..dah taw xnk ade pempuan nyanyi..kenape perlu invite kami dari choir group??kami xmeminta2 untuk perform..kami diinvite..lagi skali saya tegaskan DI INVITE! kami xmintak pape bayaran ataw ape pown..tp cara awak ckp tentang choir hanya di awal majlis seolah2 membayangkan yg UTP choir group ni adalah 1 kumpulan yg rosak akhlaknya dan xsepatotnya perform pown on dat nyte..
RMUTP: RMUTP tidak pernah menghina mana2 pihak.
"Terutamnya usaha2 murni Choir Group. Melalui perbincangan, kami sedia maklum bahawa bukan sahaja Choir Group, bahkan Nasyid band dan Euphonious band tiada langsung yang menerima bayaran. Satu pujian diberikan atas usaha murni untuk menolong menyedarkan warga kampus dalam aspek alam sekitar dan donation drive"

lagu2 yang ditonjolkan pada malam NGC nnt sesetengahnya kurang elok untuk dipertontonkan...lagu2 yang terlalu berentak rock...tetapi masih diluluskan oleh pihak2 tertentu...tetapi kami yang menyanyikan lagu2 berunsur "green" hanya dipandang sebelah mata...
RMUTP: Mungkin lebih sesuai dibincangkan isu ini dengan pihak penganjur

jika pihak RMUTP rasa kami tidak layak atau kami kumpulan yang boleh merosakkan akhlak para pelajar UTP,,,kami sedia berundur diri...kami tidak pernah hadap (maaf agak kasar bahasa) utk membuat persembahan di NGC...
RMUTP; Kami meraikan usaha2 murni ini dan tiada langsung statement ana mengharamkan @ menyatakan bahawa kami tidak merestui Choir.
"Sejujurnya ana memahami dan dapat meneka kenapa isu ini timbul. Mungkin kerana resolusi yang dicapai antara RMUTP dan Green Concert yang dinyatakan dalam posting sebelum ini yang tidak menyatakan sebab2 resolusi itu dicapai"
Ana mengakui mungkin kerana tiada sebarang penjelasan diberikan oleh RMUTP untuk isu ini, maka timbul kekeliruan di pihak Choir. Ini adalah penjelasan rasmi ana sebagai Presiden RMUTP dalam isu ini;
Menurut kaedah fiqh, koir adalah dibenarkan mengikut sesetengah pendapat Ulama' besar  yang mursyid. Dalam isu NGC kita mengambil kaedah "sekiranya tidak dapat ambil semua, maka jgn tinggal semua", bukannya kaedah "Sesuatu yang halal bercampur dengan haram akan menjadi haram". Kaedah ini adalah terlalu panjang jika dibahaskan di sini. 
"Di pihak RMUTP, kami melihat Choir tidak haram atas alasan suara perempuan ditenggelamkan oleh lelaki dengan menghilangkan possibility syahwat dan sebagainya dengan gabungan suara lelaki yang turut membuat persembahan di hadapan lelaki" 
Maka RMUTP mengambil pendapat ulama' yang menerima hukum Choir adalah harus dan bukannya haram. Isu ini telah kami bincangkan secara panjang lebar bersama ulama'2 besar dalam negara sebelum kami bersetuju dengan pendekatan NGC menggunakan Choir.

jika itu dijadikan alasan supaya kami hanya dibenarkan membuat persembahan di awal konsert,,,itu sememangnya sangat tidak adil..
RMUTP: Resolusi yang dibuat untuk koir membuat persembahan di awal majlis tidak berkaitan langsung dgn pengaruh RMUTP.
"Itu hnyalah resolusi yang dicadangkan pihak Green Concert untuk melancarkan majlis dan memastikan maslis dimulakan dalam keadaan baik dan terkawal.  RMUTP hanya bertindak untuk bersetuju atas resolusi yang dicadangkan pihak Green Concert ini. Adalah timbul sedikit kerisauan sekiranya majlis tiba2 dimulakan dengan music rock dan sebagainya yang akan mempengaruhi perjalanan majlis sehingga akhirnya" 
Maka perlu dalam Green Concert dimulakn dengan persembahan harmoni dan neutral. Tambahan pula, bukankah kebiasaannya persembahan koir itu diawal majlis?

lebih2 lagi kami seolah2 tidak dianggap sebagai peserta dimana kami tidak dibenarkan membuat persembahan di atas pentas...
RMUTP: Soalan ini juga kepada pihak penganjur. Mungkin kerana untuk memberikan keselesaan kepada pihak koir @ kelicinan perjalanan majlis. Tetapi tidak silap ana, setakat persembahan yang dijalankan di Chanselor Hall yang pernah ana hadiri dibuat di bawah kan? Atas stage Choir sendiri....  Maaf sekiranya ana silap kerana ana tidak arif dalam bidang ini.

kami sebagai pasukan koir tidaklah sebegitu naif dan bodoh untuk menerima undangan untuk membuat persembahan jika kami tahu konsert yang akan diadakan adelah berbentuk hedonisme...kami masih berpegang pada ajaran ISLAM...dan kami tidak pernah menggalakkan konsert yang boleh melalaikan para pelajar.
RMUTP: Alhamdulillah. Ana gembira dengan statement ini. Salah seorang sahabat karib ana, Zaim Rosli juga menganggotai Choir UTP dan ana turut menontonnya. Ana memahami. 
"Cuma insya-Allah, dengan statement enta yang amat menggembirakan itu ana rasakan tidak salah sekiranya ana membangkitkan satu isu dengan kefahaman enta. Koir UTP bagus dah, cuma kalu boleh jarakkanlah lebih sedikit antara lelaki dan perempuan dlm persembahan antum supaya lebih manis dan menambahkan seri untuk persembahan Choir antum"
:-)
Insya-Allah, ana yakin hal ini dapat diatasi dan diterima dengan jayanya oleh pihak Choir Group.
Terima kasih juga dengan statement enta bahawa pihak Choir UTP tidak sekali-kali mengikuti konsert hedonisme untuk melakukan persembahan. Bahkan pihak enta juga dengan jujurnya menyatakan bahawa antum berpegang dengan ajaran Islam yang kukuh.

"Sebenarnya sehingga ke hari ini, tiada seorang pun daripada pihak NGC yang berjaya meyakinkan ana untuk pergi ke konsert ini. Namun tahniah ana ucapkan kepada enta. Enta berjaya meyakinkan ana dengan komitmen antum dalam membawa konsert ini mengikut apa yang digariskan Islam"

Maka dengan ini ana mengumumkan bahawa;
"Ana akan hadir pada Green Concert pada malam ini" dengan mengharapkan semoga segala yang dirancang oleh semua pihak berlangsung dengan jayanya"
Tentunya ini adalah kenyataan tergempar daripada RMUTP memandangkan pendirian RMUTP sebelum ini yang tidak akan pergi ke konsert2 apatah lagi dimulakan dengan statement rasmi daripada Presiden RMUTP sendiri pada hari ini.

Kesimpulan

Akhir kalam, ana berdoa semoga segala perancangan yang dibincangkan sebelum ini antara RMUTP dan Green Concert akan berjaya dijalankan dengan jayanya pada malam ini. Kepada pihak penganjur dan artis yang melakukan persembahan; Kepercayaan telah diberikan untuk menyaksikan konsert ini berjalan dengan jayanya yang diharapkan akan memuaskan hati semua pihak.

Semoga pihak Green Concert berjaya menjadikan segala perancangan yang dipersetujui ini dicapai dan seterusnya hasrat untuk menjadikan Green Concert sebagai 'konsert contoh' berjaya dijayakan.
Amin

Ingatan Ikhlas,
Mohamad Hafizi bin Zakria
Presiden,
RMUTP 2010/2011

"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"


Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails