Oleh :Â Mohd Syahid Bin Mohd Zaini
Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 17 Oktober 2010 yang bertempat disekitar Ipoh,Perak. Perhimpunan ini diadakan selama tiga hari dua malam bermula dari 15 Oktober hingga 17 Oktober 2010. Program yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak Dr. Zambry bin Abd Kadir di Kediaman Rasmi Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Apa yang membanggakan, perhimpunan ini telah mengumpulkan lebih 1000 mahasiswa dari seluruh Institut pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri daripada mahasiswa melayu, cina dan india. Sebagai salah seorang peserta Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak pada kali ini, saya rasa amat bertuah kerana memiliki pemimpin negeri yang memahami kehendak dan keperluan mahasisiwa kini.
Dalam program ini, para peserta telah di dedahkan dengan informasi-informasi berguna berkaitan dengan Negeri Perak contohnya ceramah berkaitan dengan Institusi Raja dan Pembangunan Negara dan Taklimat Pembangunan Negeri Perak oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Forum bertajuk ‘Peranan Belia Dalam Pembangunan Negeri PerakÂ’ sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada mahasisiwa yang hadir. Dalam sesi soal jawab antara ahli panel dengan para peserta yang kadang kala agak panas juga telah membuka minda dan fikiran seluruh peserta tentang tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa semasa dan selepas menuntut di universiti.
Para peserta juga diberi peluang untuk mengintai-ngintai sekitar Bangunan Perak Darull Ridzuan. Para peserta tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri Pejabat Menteri Besar, Pejabat Exco, Bilik persidangan dan sebagainya. Pada malam kedua pula, para peserta turut dihidangkan dengan sajian rohani oleh A.F Ustaz Kazim Elias bertajuk Ceramah 1 Malaysia. Peserta juga turut diberi peluang untuk beramah mesra dengan Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’ Â Seri Zambry bin Abdul Kadir di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.
Program berakhir dengan aktiviti kemasyarakatan di Kampong Manjoi yang memisahkan peserta kepada tiga kumpulan yakni aktiviti Gotong Royong Bersama Masyarakat, Sukan Rakyat dan Program Lawatan Rumah ke Rumah Bersama Pemimpin. Penutup program ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Â Deri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Tambun.
Apa yang diharapkan pada program kali ini semoga mahasiswa itu sendiri mempunyai kesedaran akan kecintaan pada negeri dan negara serta kesedaran sebagai mahasiswa yang bukan hanya belajar di kuliah dan mengambil peperiksaan. Mahasiswa seharusnya memiliki kebolehan dari sudut yang lain untuk mewarnai rentak negara satu masa nanti. Sikap mahasiswa harusnya selaras dengan moto ‘Mahasiswa Menjana Transformasi’Â. Mahasiswa perlu memiliki tahap daya juang dan daya saing yang tinggi untuk sama-sama menerajui Negara pada masa akan datang. Selaras dengan ucapan Y.A.B Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir
‘Mahasiswa anak Perak hari ini merupakan aset yang penting kepada negeri Perak kerana mereka ini pada masa akan datang akan meneruskan dan menerajui kepimpinan negeri Perak dalam memandu golongan belia dan semua lapisan masyarakat’
Perkara yang amat merisaukan bilamana mahasiswa kita tidak mahu mengambil endah akan perjalanan dan isu-isu negeri dan negara pada masa kini kerana menganggap belum lagi sampai pada waktunya untuk memikirkan perkara sebegini.
Sepatutnya, jika mahu melihat kejayaan sesebuah Negara pada masa akan datang, pastinya kita melihat bagaimana belia pada masa kini. Masih terdapat mahasiswa yang tidak matang dalam menilai, membuat keputusan dan bergerak dalam kehidupan sebagai mahasiswa. Sedangkan kerajaan telah memberikan banyak kebaikan dan mencipta pelbagai peluang kepada kita. Apa yang saya lihat, masih ada peserta yang hadir ke majlis ini hanya sekadar mahu mendapatkan sijil dan mengikut teman. Bila saya bertanya kepada dua , tiga orang mengapa mereka ke sini, ada yang mengatakan, entah, ‘saya telah dipilih untuk memenuhi penyertaan’Â. Inilah sikap yang perlu kita hakis daripada mahasiswa kita. Semoga selepas pulang dari program ini, bisa mengubah persepsi mahasiswa Anak Perak itu sendiri.
Pelbagai peluang yang telah diberikan dan akan diberikan kepada mahasiswa, oleh itu, bergeraklah mahasiswa untuk mengambil peluang melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat. Tidak lupa untuk menggerakkan beberapa persatuan yang telah ditubuhkan oleh mahasiswa. Keperihatinan kerajaan ini juga boleh meringankan bebanan dan masalah yang timbul misalnya masalah dari segi kewangan dan penganjuran.
Sehubungan dengan itu mahasiswa perlu merangka dari sekarang perancangan-perancangan untuk menjadi insan yang berkredibiliti dan berintegriti satu hari nanti kerana sebahagian mahasiswa sekarang adalah pemimpin negara dan bakal melangkah ke alam yang lebih mencabar yakni alam kerjaya. Oleh itu juga mahasiswa harusnya mempunyai asas yang kuat dan prinsip yang tidak jauh tersasar dari agama kerana agamalah yang menjadi tonggak sesebuah kejayaan yang berkualiti.
Sehubungan dengan itu mahasiswa perlu merangka dari sekarang perancangan-perancangan untuk menjadi insan yang berkredibiliti dan berintegriti satu hari nanti kerana sebahagian mahasiswa sekarang adalah pemimpin negara dan bakal melangkah ke alam yang lebih mencabar yakni alam kerjaya. Oleh itu juga mahasiswa harusnya mempunyai asas yang kuat dan prinsip yang tidak jauh tersasar dari agama kerana agamalah yang menjadi tonggak sesebuah kejayaan yang berkualiti.
Akhir kalam, semoga perhimpunan ini meransang anjakan paradigma mahasiswa Anak Perak dan menambah kecintaan pada tanah tumpahnya darah kita, negeri Perak. Semoga Allah memberkatinya setiap usaha kita.Salam daripada saya selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak dan salam Perak Aman Jaya.
* Penulis merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) merangkap ahli kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) selaku ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).