Wednesday, March 9, 2011

Pelajar UTP terlibat kemalangan, seorang maut

Gua Musang (9 Mac) - Empat  pelajar Universiti Teknologi PETRONAS terlibat dalam kemalangan maut yang berlaku di lebuh raya Simpang Pulai-Gua Musang tengah hari tadi. Seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala yang lain cedera.

Mereka yang terlibat ialah Khairul Hakimi Ismail, Hazwan Arif Abd Ghani, Khairul Amin Bin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar bin Aziz. Kesemua mereka ialah pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia di UTP.

Mangsa yang meninggal ialah Mohd Khairul Hakimi Ismail (gambar) dari Kuala Terengganu. Hazwan Arif pula patah paha, manakala dua yang lain cedera ringan. Mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang, sejurus selepas kejadian.

Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari kampus  Seri Iskandar menuju ke Kuala Terengganu sempena cuti pertengahan semester. Namun, sewaktu di Cameron Highland, keteta yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan, yang memasuki lorong mereka.

Pemandu kereta bertentangan juga maut di tempat kejadian. Kedua-dua kereta didapati remuk akibat perlanggaran yang kuat. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Waris terdekat serta rakan-rakan mereka dikatakan sudah bergerak menuju ke Hospital Gua Musang. - UTP Daily

UTPdaily mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat. Bersama sedekahkan al-Fatihah untuk sdr Khairul Hakimi.

13 comments:

mangastream on March 9, 2011 at 1:25 AM said...

al-fatihah. semoga roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

Anonymous said...

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Al-Fatihah..

Mohd Hafizan Mazuki on March 9, 2011 at 4:41 AM said...

Alfatihah...Allah lebih sayangkan adik khairul hakimi

Tok Esah on March 9, 2011 at 4:46 AM said...

alfatihah!!!

Anonymous said...

Pembetulan..arwah adalah pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal..
3 yg lain kejuruteraan kimia..

Anonymous said...

alhamdulillah mayat arwah dalam keadaan baik,

Anonymous said...

salam takziah buat sahabat....

Mus on March 9, 2011 at 3:33 PM said...

takziah buat mangsa

Anonymous said...

al fatihah
may allah be with him always

Anonymous said...

al fatihah buat arwah...

moga roh arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman.. amiin

Anonymous said...

al fatihah

Pisyek K on March 13, 2011 at 4:46 PM said...

er, aku sebagai saksi kejadian, nampak pemandu kereta dari arah betentangan tu macam masih hidup lagi je.. hoho..

Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

Pesanan ikhlas dari pisyek dot com

Anonymous said...

semoga allah merahmati

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails