Wednesday, June 22, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP? Siri II

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri II

Ironinya, pada tahun 2007, ledakan kesedaran politik kampus UTP berada dalam keadan hibernasi apabila kedua-dua kerusi umum dan program dimenangi mudah tanpa pertandingan. Walaupun pada awalnya enam calon menghantar nama untuk beradu kerusi umum, namun pasca penamaan calon menyaksikan seorang daripada mereka telah di’MatJenin’kan kerana angan-angannya untuk bertanding dalam PRK pada tahun ini hanya tinggal angan-angan dek kerana pencalonannya ditolak. Ada yang menyifatkan kemenangan calon-calon dalam PRK pada tahun 2007 adalah kemenangan dalam kekalahan.
Pada tahun 2008, nampaknya, lena PRK UTP tersedar dari hibernasinya. Letusan supernova pengundi pada tahun 2005 nampaknya kembali lagi pada PRK kali ini. Sebelas (11) calon telah menamakan diri dan layak bertanding untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi dan enam kerusi program dipertandingkan iaitu daripada program BIS, Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Kimia, manakala enam kerusiprogram lagi menang tanpa bertanding iaitu daripada Kejuruteraan Awam, Elektrical dan Elektronik, Mekanikal dan ICT.
Kerencaman latarbelakang dan idelisme calon-calon memberi kesan Domino kepada bilangan keluar mengundi dan undian calon yang meningkat. Tempoh kempen juga menyaksikan beberapa insiden tegang seperti mengoyak poster dan banner calon lain, serta beberapa siri insiden provokasi antara calon. Atas beberapa kesilapan teknikal juga, SPR telah mengambil keputusan yang berat untuk memanjangkan tempoh kempen daripada satu minggu kepada dua minggu. Ini sudah tentu mencabar imuniti calon untuk mengekalkan momentum sokongan pengundi kepada mereka. Sudah tentu pencapaian PRK pada tahun ini sinonim dikaitkan dengan PRK pada tahun 2005 yang dilabel antara PRK UTP yang berjaya dengan kemenangan bergaya calon-calon yang bertanding.

Nuansa PRK UTP dibandingkan dari satu tahun dengan tahun yang lain menyajikan impresionistiknya yang tersendiri. Stanza PRK UTP masih lagi meneruskan perenggannya pada tahun 2009 , dengan pertandingan enam (6) penjuru merebut lima kerusi umum. Walaupun hanya kerusi umum yang menyaksikan pertandingan dengan enam penjuru, namun, kematangan calon-calon mencatur strategi untuk mencandu sokongan pengundi dilihat matang. Pelbagai sentimen dimainkan untuk mengekstasi pemikiran pengundi untuk menyokong para calon. Antara sentimen yang dimainkan adalah seperti sentimen batch, jantina, dan juga sentimen senior/junior dalam MPP. Ramai calon yang disifat Heavy Weight tampil dengan kekuatan, kredibiliti dan pengaruh masing-masing.
Wajah PRK pada tahun ini juga diserikan lagi dengan kehadiran seorang calon Non-Malay berbangsa India yang pertama sepanjang sejarah PRK UTP, yang akhirnya menyaksikan kemenangannya menduduki satu tempat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP. Uslub kempen juga dilihat lebih sofistikated berbanding sebelum ini iaitu kempen yang menembusi gentian-gentian maya seperti Blog-blog, Facebook, Twitter dan lain-lain tanpa meninggalkan kaedah kempen yang konvesional seperti perang poster, banner dan kempen ke bilik-bilik.

Bersambung...


Sumber :  http://madi2mudamudi.blogspot.com/2011/06/ada-apa-dengan-pilihanraya-kampus-prk_19.html

0 comments:

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails