Thursday, June 16, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?

Oleh : Hasmadi Hasbi


Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?

Menyingkap babak-babak Pilihanraya Kampus (PRK) UTP tahun-tahun sebelum ini, ianya tidak dapat lari dari mengalami pasang surut yang membadai padang politik kampus UTP. Acapkali kedengaran banyak pandangan dan cadangan daripada politikus dan pencinta politik kampus UTP seawal pra sehinggalah pasca PRK UTP. Ianya juga tidak dapat lari dari terus dikejar gosip-gosip, khabar-khabar angin, kritikan, pujian, kejian serta bermacam persepsi dan pandang sisi yang rencam dengan pendapat tersendiri. Dek kerana UTP mengamalkan sistem akademiknya yang unik, maka waqi’ (suasana) politik kampusnya sedikit unik berbanding kampus-kampus lain.

Jika diteliti perkembangan PRK UTP, bermula pada tahun 1997 yang menyaksikan PRK UTP yang pertama sehinggalah pada tahun 2003, proses penamaan calon akan berakhir dengan kemenangan mudah tanpa pertandingan.
Walaubagaimanapun, kehambaran PRK UTP yang kian sugul dari tahun ke tahun akhirnya berjaya dirobek menerusi PRK UTP pada tahun 2004 dengan penglibatan dua belas (12) orang yang menamakan diri sebagai calon untuk beradu merebut lima kerusi emas Majlis Tertinggi MPP UTP.

Setahun kemudian, pada tahun 2005, nampaknya, darjah kehangatan PRK UTP terus menyengat dengan penampilan sengit di antara calon yang bertanding. Dek kerana masalah teknikal di pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UTP, akhirul kalam hanya enam (6) orang calon sahaja yang berjaya melepaskan diri untuk saringan pertama iaitu tapisan penamaan calon untuk melayakkan mereka bertanding dalam PRK UTP. Ternyata, suasana PRK UTP pada tahun itu disifatkan havoc dengan perang poster yang menghujani kampus. Jarum meter kesedaran politik kampus pada tahun ini dikira pada tahap klimaks.
Episod-episod cemas PRK tahun 2004 dan 2005 nampaknya meneruskan legasinya pada tahun 2006 dengan penglibatan sembilan (9) calon untuk merebut sekali lagi lima kerusi keramat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP yang telah dibubarkan. Menelusuri kronologi PRK pada tahun itu, diamati kurang menonjolkan detik-detik suspenswalaupun agak menarik untuk diperhati dan diamati pertembungan antara calon veteran (bekas) MPP dan juga calon-calon muda yang dilihat kurang berpengalaman dalam aktiviti-aktiviti kampus. Kehambaran juga sedikit terasa dek kerana pembawaan calon-calon yang lahir dari spesies yang low profile. Skema keputusan pengundian seolah-olah bocor kerana, jangkaan dapat dibuat dengan tepat siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang untuk mengisi lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP yang menjadi igauan setiap calon yang bertanding, hatta seawal penamaan calon lagi walaupun tempoh berkempen belum berakhir. Solute perlu diberikan kerana ada pihak yang berkempen bagai nak rak untuk menarik perhatian masyarakat kampus.

Bersambung...


0 comments:

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails