Tuesday, June 28, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri III

Oleh : Hasmadi Hasbi
 
Pada tahun 2010, seakan sudah menjadi trend, akan ada calon dari pelajar tahun akhir yang bertanding untuk kerusi umum. Saingan pada tahun 2010 dilihat menarik kerana buat pertama kalinya, seorang calon non-Malaysian masuk ke gelanggang untuk bersaing dengan enam (6) calon Malaysian yang lain untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP. Namun padah menimpanya apabila beliau gagal untuk mengatasi populariti calon-calon jenama Malaysia. Bagi kerusi program, seperti biasa menang tanpa bertanding.

Walaupun beliau dilihat calon yang agak kredibel dari segi pengalaman dan pengetahuannya, namun, mungkin ianya belum dapat meruntuhkan tembok kenegaraan di kalangan minda pengundi kampus. Natijah PRK UTP 2010 sekali lagi melambungkan calon pelajar tahun akhir sebagai Presiden MPP UTP. Apa-apapun disebabkan lambakan peristiwa sepanjang bulan PRK seperti NGC, Music Pursuit, Convofair dan ditambah lagi dengan kesibukan akademik mencartakan PRK UTP pada tahun 2010 antara PRK yang hambar.

Secara analitikalnya, faktor calon memainkan peranan yang sangat penting dalam mencaturkan perjalanan sesuatu PRK. Namun, sedar tak sedar, sebenarnya, kekosongan Kerusi Umum lebih mengiur dan menggoda calon-calon yang hendak bertanding. Natijahnya, kerusi program hanya dipandang sepi dan seringkali sunyi dari sambaran politikus kampus. Faktor lain, seperti pemilihan waktu yang sesuai juga amat perlu supaya fokus pelajar tidak lari dari terarah kepada PRK. Ianya sedikit sebanyak akan menentukan kekuatan gravitinya untuk menarik pengundi melangsaikan tanggungjawab mereka menentukan siapakah yang layak ditauliahkan sebagai yang mengisi takhta tertinggi dalam organisasi mahasiswa kampus.
-TAMAT-

6 comments:

al-bagani on June 28, 2011 at 8:14 AM said...

ana mengenali Rofans (calon non-Malaysia),
pernah sekelas dengan dia, even semester nie pn sekelas dengan dia. seorang yang peramah dan mudah mesra.

dia ada potensi besar sebagai pemimpin. tp spt penulis nyatakan, mgkn tembok kenegaraan tue sukar dipecahkan.

Anonymous said...

xperlu bertanding..da taw da muke2 yang menang...

Anonymous said...

btul... balik2 party yg sme mnang... dh laa ske pncing dak fndation...knon no2 yg wajib diundi... dh jd MPP,,habuk pn takda..perlu bwat BERSIH kt UTP NI?

Anonymous said...

wat kotor la plak... asik bersih je...

Anonymous said...

spanjang kt uTP ni,ak x pnah undi,hahaha

Anonymous said...

ape2 pun, gua takkan undi. buang masa je. sapa naik pun sama je.

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails