Wednesday, October 6, 2010

LIVE! Liputan perjalanan Pilihan Raya Kampus UTP 2010

*sila refresh untuk mendapatkan maklumat terkini 

Pengiraan Undi

8.30 malam
Total keluar mengundi : 1453 (rasmi)
Undi rosak : 112

sumber ; http://twitter.com/awangkualizul
=======================
Hari Pengundian

08.30 : Beberapa orang staf sedang menyiapkan tempat untuk proses pembuangan undi di cafe-cafe. Tali penghadang dipasang sebagai tanda kawasan larangan, kecuali kepada pengundi.

09.00 : Proses pengundian dibuka. kelihatan beberapa orang pelajar yang dalam perjalanan ke kuliah singgah membuang undi di cafe V4.

Di V6, sekumpulan pelajar dilihat menjadi pemula bagi sesi pembuangan undi pada hari ini.

10.00 : Proses pengundian berjalan agak perlahan. Tempat-tempat pengundian dilihat agak lengang. Ramai yang memilih untuk mengundi pada sebelah tengah hari.

10.30 : Di v2 juga kelihatan agak kurang pelajar yang turun mengundi. Keadaan yang sama juga di V1.

11.10 : Tinjauan di V4, V3 dan V5 mendapati peratusan yang keluar mengundi agak rendah. Kami menganggarkan sekitar 8% yang telah keluar mengundi untuk ketiga-tiga desasiswa tersebut.

11.40 : Di V6, keaadan agak berbeza berbanding awal pagi. Lebih ramai pelajar yang turun mengundi. Namun peratusan masih kecil. Dijangka kurang 20% yang keluar mengundi di sana.

12.15 : Keaadaan bertambah baik di tempat-tempat pengundian. Namun masih lengang. Keseluruhan dianggarkan baru 12% pelajar yang keluar mengundi di V1.

13.00 : Keaadaan semakin rancak. pelajar-pelajar menagmbil peluang waktu rehat tengah hari untuk menunaikan tanggungjawab sambil makan tengah hari di cafe-cafe.

Di V2, kelihatan ramai yang sedang beratur untuk mengundi. Di V4, kelihatan sekumpulan kecil pelajar yang datang ke tempat pembuangan undi.

13.15 : Di V6, peratusan keluar mengundi agak rendah berbanding tahun lepas setakat ini. Pelajar-pelajar merungut kerana tempat kuliah yang jauh dari kolej kediaman menyukarkan mereka untuk pulang. Kebanyakan mereka tiada kenderaan ditambah pula dengan jadual mereka yang agak padat pada hari ini.

Untuk rekod, tahun lepas pengundian dijalankan pada hari Rabu, menyebabkan pelajar mempunyai ruang untuk mengundi pada sebelah petang.

14.00 : Dijangka, sekitar 16% keseluruhan pelajar yang membuang undi di semua tempat pada hari ini jika keaadaan berterusan sampai waktu pengundian ditutup.

15.12 : Tinggal kurang 2 jam lagi sebelum pusat-pusat pengundian ditutup, namun situasi di kafe-kefe tidak banyak berubah.

16.00 : Hanya lebih kurang 1000 baru mengundi. (sumber: A.Alizul - MPPUTP)

16.15: Tinggal 45 mnit sahaja lagi. Kepada yang belum mengundi, diharap tidak melengahkan masa. Kepada yang telah tunaikan tanggungjawab, harap dapat menyeri rakan-rakan yang masih belum membuang undi untuk ke pusat pengundian berdekatan.

17.00 : Pusat Pengundian ditutup. 1265 pelajar keluar mengundi (tidak rasmi). Peratusan keluar mengundi menurun.

18 comments:

A.Alizul on October 6, 2010 at 11:10 PM said...

weh cuba ko update peratus yang kuar mengundi tu lg bagus, kalau setakat update gini apa barang...ko tanya r dak2 mpp skrg ni pasal peratus kuar ngundi...

baru lah leh bg smgt skit orang utk kuar ngundi...

A.Alizul on October 6, 2010 at 11:14 PM said...

setakat yg aku tau setakat dari sumber2 yg boleh di percayai, baru +- 8++ yang kuar ngundi di seluruh UTP...

UTP Daily on October 7, 2010 at 12:19 AM said...

Terima kasih kepada saudara kerana sudi komen.

Tetapi, cubalah kita semua guna bahasa yang elok untuk komen.

Anda seorang MPP, jadi anda lebih layak untuk update berkenaan peratusan mengundi. Bukan kami.

Kami hanya mengambil laporan dari apa yang diberitahu staf yang bertugas di kafe.

Sebagai MPP, sila update peratusan yang 'exact' d UTPress, jgn biar ia bersawang begitu saja.

Kami buat apa yang termampu kami lakukan walupun kami BUKAN MPP.

sekian.

Nurnazihah said...

setuju dgn komen di atas.. gunakan bahasa yg elok.

Anonymous said...

di mana mahasiswa UTP?
stil spt katak bwh tempurung ka?
peratusan undi still bwh 50% ka???jke ye, mahasiswa UTP memg xde kesedaran n xcakna...

salam mengundi bg yg blum mengundi...

A.Alizul on October 7, 2010 at 1:10 AM said...

rasanya tade la kasar sgt bahasa aku tu td...


hurmm mungkin smua student UTP nak mnggunakan bahasa yang sopan santun kot...

tape2...

setakat ni pembuangan undi baru 1+++, tak smpai 1100 lagi...

fyi admin UTP daily, utpress.net ni di bawah kelolaan PNP MPPUTP, dan no. yang aku bagi ni atas inisiatif aku nak tingkatkan gelombang ngundi...

aku just bg opinion sbg seorang senior yang dah tgok PRK ni sbnyk 5 kali...

UTP Daily on October 7, 2010 at 1:19 AM said...

Ok. terima kasih kepada saudara a.Alizul.

Semoga ramai lagi mahasiswa yang mempunyai semangat sayangkan UTP seprti saudara.

Contoh MPP yang baik.

A.Alizul on October 7, 2010 at 1:25 AM said...

setakat ni 1218 (tidak rasmi)

kalau tak silap last year cecah 16++

dengan masa berbaki kurang dari sejam, adakah graf orang kluar mengundi akan terus menurun??


-aku hanya cap ayam wahai admin-

A.Alizul on October 7, 2010 at 1:45 AM said...

latest update

1319

time left 15 min

روح الجديد on October 7, 2010 at 1:50 AM said...

di v1 setakat 4.35ptg 205 telah buang undi mewakili 36% kslrhn warga v1

UTP Daily on October 7, 2010 at 2:00 AM said...

terima kasih di atas maklumat yang diberikan

A.Alizul on October 7, 2010 at 2:05 AM said...

tamat sudah masa mengundi akhirnya...

maklumat terkini berkenaan bil. orang yang kluar ngundi sedang cuba di dapatkan dari pegawai2 SPR utp...

malam ni akan bermula sesi kiraan undi, pada pukul 8, insya Allah saya akan berada di situ utk membuat liputan online...

(tp since aku malas nak bukak blog, aku myb just update gitu2 jer kat sana thru komen kat entri nih, tak pun aku roger sapa2 soh update kat sini untuk keputusan rasmi PRK)

A.Alizul on October 7, 2010 at 2:06 AM said...

eh admin, asal time kat blog ni mcm pelik jer, aku nyer komen pada 2:00 am?

A.Alizul on October 7, 2010 2:05 AM said...

A.Alizul on October 7, 2010 at 2:18 AM said...

berita terbaru...

pengiraan undi di buat pada pkul 545PM...

source-VP1 SRCUTP...

(ex dah sebenarnye)

A.Alizul on October 7, 2010 at 2:20 AM said...

tidak rasmi, 1339 yg mmbuang undi...

agak skit...

A.Alizul on October 7, 2010 at 2:34 AM said...

aku akan wat live thru twitter aku kat MPH sat gi utk pengiraan undi...

so, kalau nak ikut sila la click on http://twitter.com/awangkualizul

chow...

Anonymous said...

bodoh ni bukan u awam ni u swasta kot...jgn expext mcm u awam plz

Haleem said...

kenapa peratusan keluar mengundi rendah kat utp? kerana MPP utp majoritinya budak scholarship petronas yg kaya dan berlagak. derang tade masa nak layan isu2 kebajikan pelajar2 lain under loan PTPTN. yela scholar pun masyuk watpe nak bising2. so secara logiknya pilihanraya kat u swasta ni setakat cukup syarat je. janji ada.

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails