Saturday, February 5, 2011

Saifuddin: Pelajar hanya dibenar ke Mesir selepas krisis pulih


TEMERLOH, 5 Feb — Pelajar Malaysia hanya akan dibenarkan kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka selepas kerajaan memastikan keadaan benar-benar pulih.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu mungkin tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat memandangkan keadaan di sana tidak menentu.

“Ketika ini kerajaan sedang memantau setiap masa melalui kedutaan dan pegawai sebelum menghantar semula pelajar ke sana.

“Lagipun universiti-universiti di negara terbabit telah memberi cuti panjang tiga hingga enam bulan kepada pelajar ekoran pergolakan yang sedang berlaku,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Bahagian Temerloh yang menyaksikan 750 pelajar menerima sumbangan wang tunai Yayasan Pahang daripada Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.

Saifuddin berkata kerajaan juga akan mendapatkan maklumat serta laporan lengkap sebelum membenarkan pelajar pulang ke Mesir.

Malaysia merupakan antara negara terawal membawa pelajar dan rakyatnya pulang setakat ini berikutan krisis politik yang sedang berlaku di negara itu.

Sementara itu Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains dan Inovasi Pahang berkata kerajaan negeri telah menempatkan seorang pegawai bagi memantau 2,000 pelajar negeri itu di Mesir yang kesemuanya dilaporkan dalam keadaan selamat.

Beliau berkata sebahagian besar pelajar terbabit ditaja Yayasan Pahang bagi mengikuti pengajian dalam bidang kedoktoran dan usuluddin.

“Ibu bapa dan keluarga tidak perlu bimbang, usaha membawa pulang mereka kini sedang dikendalikan pihak Wisma Putra,” katanya. — Bernama

2 comments:

Bijen M. on February 5, 2011 at 6:13 AM said...

Saifuddin: Pelajar hanya dibenar ke UTP selepas krisis internet pulih

Bijen M. on February 5, 2011 at 6:14 AM said...

Ciss.
Akaun Gugel gua kena hack.

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails