Monday, February 7, 2011

Jamil bidas cadangan berdebat isu jahiliah

KUALA LUMPUR: Keinginan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdebat bagi mempertahankan kenyataannya selama ini yang didakwa tidak merosakkan akidah dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam boleh diselesaikan sekiranya beliau bersetuju berdebat dengan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO, Kelantan, Mohd Noor Deris.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Jamil Khir Baharom, berkata Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.
“Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak, dia (Nik Aziz) tak perlu babitkan orang lain, Majlis Fatwa kalau minta bagi fatwa bolehlah, tapi bukan atas permintaan individu tapi Raja. Itu peraturan fatwa, kalau dia nak cabar Majlis Fatwa, maknanya dia tidak faham fungsi dan peranan majlis. 

“Sebagai orang agama, dia tentu lebih faham hukum agama, bukan menjatuh atau melemparkan hukum, tentukan siapa masuk syurga, kafir atau jahiliah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Jamil berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Nik Aziz untuk berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan harapan usaha itu disiarkan secara langsung bagi membolehkan orang ramai menilai dan menghakimi kenyataannya yang disifatkan sebagai benar dan tidak mengelirukan. 

Bagi mempertahankan kenyataannya bahawa mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah itu, Nik Aziz juga dilaporkan meminta UMNO mengumpul ulama parti itu untuk berdebat dengannya sekiranya tidak berpuas hati dengan kenyataannya. 
Nik Aziz, 79, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk mengeluarkan kenyataan umat Islam yang mengundi PAS masuk syurga dan undi Barisan Nasional masuk neraka. 

Sebelum ini, Mohd Noor menggesa pelbagai pihak mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang disifatkannya melampau dan boleh merosakkan akidah serta boleh memecah belah perpaduan umat Islam di negara ini. 

Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin berkata hasrat Nik Aziz untuk berdebat itu bermotif politik. 

“Saya tidak mahu komen sebelum mendapat laporan lengkap dari JAKIM,” katanya. 

2 comments:

Zinedine Zaiddin on February 8, 2011 at 3:35 AM said...

Kadang-kadang media yg putar belit kenyataan sesetengah orang, dan membuat kesimpulan melulu..

Yg lagi kelakar nya segala butir kata TGNA diangkat sebagai fatwa oleh media nasional kita sendiri..bukannya orang2 PAS~

Anonymous said...

Biasa la 2, media kn kerajaan pgg..
Mestila hentam pmbangkang 24 jam...
Fesyen islamik si rosmah anjur xde plak kuar fatwa..

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails