Saturday, February 12, 2011

IPT seluruh negara miliki autonomi menjelang 2015


SHAH ALAM — Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara akan memiliki autonomi penuh menjelang 2015, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, autonomi kebiasaannya disamakan dengan soal kecemerlangan dan pihak IPT selalu memberi alasan bahawa mereka tidak begitu cemerlang kerana tidak ada autonomi.
"Bermula tahun ini, kita akan lihat kepada beberapa aspek seperti tadbir urus, kewangan serta kemasukan pelajar dan mana-mana (IPT) yang telah bersedia kita akan mula untuk lihat perubahan yang perlu dibuat kalau nak jalankan autonomi.
"(Menjelang 2015) tiada alasan bagi mana-mana IPT untuk tidak ambil autonomi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konferensi Akademik 2011 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails