Dewan Canselor (UTP) : Siaran Langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) malam tadi menarik lebih 2,000 hadirin ke majlis tersebut.
Dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia, acara malam tadi dimulakan dengan sesi rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam versi Inggeris, pada pukul 8.30 malam. Rancangan yang julung-julung kali diadakan itu bertajuk "Palestine :A Global Issue".
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Profesor Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Nor, penyarah UPM telah dijemput sebagau panel untuk mengupas tajuk tersebut.
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjawab soalan yang diajukan ketika menjadi ahli panel undangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Palestine A Global Issue' di UTP, Bandar Seri Iskandar, hari ini. Rakaman forum yang pertama kali dilangsungkan dalam bahasa Inggeris itu akan disiarkan pada 17 Mac ini. - Foto BERNAMA
Kemudian, majlis diteruskan dengan forum perdana yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. "Rahmat Seluruh Alam" telah menjadi topik pada malam tersebut, sempena dengan Maulidur Rasul. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan alunan selawat oleh hadirin, diketuai oleh bilal Masjid an-Nur UTP, Ustaz Zuriat b Omar.
Forum ini menampilkan tiga orang panel yang hebat, iaitu Pengarah Eksekutif Telaga Biru Ustaz Zahazan Mohamed, pensyarah UTP Prof Madya Dr Fakruldin Mohd Hashim dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM, YBhg Prof Dato' Dr Zaleha bt Kamarudin.
Ustaz Erfino Johari pula bertidak sebagai moderator pada majlis tersebut. Telatah beliau dan panel-panel yang lain yang mencuit hati menyebabkan hadirin tidak kering gusi.
Majilis berakhir jam 11.00 malam, dan ditutup dengan alunan selawat. - UTPdaily
0 comments:
Post a Comment