Friday, February 18, 2011

Forum Perdana UTP : Tun Mahathir harap kerajaan baru Mesir lebih simpati kepada Palestin

SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini berkata beliau berharap kerajaan baru di Mesir akan lebih bersimpati terhadap perjuangan penduduk Palestin. 

Dr Mahathir berkata, ini akan membantu penduduk Palestin menjalani kehidupan secara normal, lebih baik daripada sekarang.



Dr Mahathir juga menggesa negara Islam dan umat Islam di seluruh dunia supaya bersatu dan secara konsisten mengadakan demonstrasi terhadap Israel kerana merampas dan menduduki tanah penduduk Palestin, dan sekutunya Amerika Syarikat (AS).
"Apa yang kita perlu lakukan ialah secara konsisten mengadakan demonstrasi di seluruh dunia, sama seperti apa yang anda lihat berlaku di Mesir, sebagai contoh, yang memerlukan penganjuran (demonstrasi) besar-besaran," katanya. 

"Namun, saya tidak fikir yang dunia Islam boleh bersatu untuk menganjurkan demonstrasi seumpama itu terhadap Amerika. Pemimpin dunia sebenarnya amat takut dan tidak akan berbuat sesuatu untuk menimbulkan kemarahan Amerika," katanya pada program Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Palestine - A Global Issue" (Palestin - Isu Global) di Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini. 

Forum itu yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris, akan disiarkan di saluran RTM1 pada 10 malam, 17 Mac ini. 

Dr Mahathir yang juga Canselor UTP, adalah ahli panel forum itu bersama-sama Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengarah Palestine Centre of Excellence (PACE) Malaysia. 
Forum itu dianjurkan UTP dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Bekas Perdana Menteri yang juga pengerusi Perdana Global Peace Organisation, berkata: "Kita jangan sekali-kali berputus asa, dan mesti terus menghantar bantuan seperti makanan, perubatan dan bahan pembinaan yang amat penting kepada penduduk Palestin." 

Beliau juga berkata, sekiranya perang dapat dijadikan sebagai satu jenayah, Amerika Syarikat JUGA akan terikat dengan undang-undang antarabangsa. 

"Jadi, jika mereka tidak dapat gunakan tentera, dengan itu wujud sedikit harapan bagi penduduk Palestin. Jika tidak, anda akan lihat kuasa besar ini menggunakan kekuatan tenteranya untuk menekan penduduk Palestin, dan masa depan akan menjadi kelam bagi mereka," katanya. - BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails