Kini, bahang Pilihanraya Kampus (PRK) UTP datang lagi. Setelah barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 dibubarkan, semalam berlangsung acara penamaan calon pewakilan pelajar yang baru. Kedua-dua jenis kerusi iaitu Kerusi Umum (General Costitution) dan Kerusi Kos (Course Constitution) telah berlangsung pada hari yang sama dan dimulakan seawal jam9.00 pagi.
Bertempat di Undercroft, Chancellor Complex, seramai 7 orang calon telah menghantar selamat borang bagi untuk bertanding dalam Kerusi Umum. Mereka akan merebut 5 kerusi Majlis Tertinggi MPP bagi sesi 2010/2011.
Seramai 5 siswa dan 2 orang siswi bakal berrentap bagi mendapatkan sokongan warga kampus pada hari pengundian nanti. Namun, setakat ini tinjauan UTPdaily mendapati masih ramai warga kampus yang tidak menyedari bahawa PRK akan datang tidak lama lagi.
Tidak seperti IPTA-IPTA di Lembah Klang, sikap hambar warga UTP terhadap politik menyebabkan acapkali PRK UTP menjadi lesu. Jika di kampus lain, acara seperti Penamaan Calon telah disambut meriah sebagai perayaan demokrasi tahunan kampus. Namun, di UTP lain jadinya. Itupun belum dibandingkan dengan waktu kempen dan hari pengundian di kampus lain.
Setelah menemubual beberapa orang responden, kami mendapati hanya sekitar 10% mahasiswa UTP yang sedar bahawa semalam adalah hari penamaan calon. Dan apabila ditanya adakah mereka tahu bila MPPUTP 2009/2010 dibubarkan, peratusan yang cakna dengan perkara tersebut juga sangat kecil.
Pihak UTPdaily mendapati golongan yang celik politik kampus dalam kalangan mahasiswa ternyata masih kurang. Ramai yang hanya bergantung kepada promosi malalui poster dan emel berantai untuk mengetahui sesuatu perkara. Mungkin ini disebabkan tiada lagi poster-poster calon yang ditampal, menyebabkan warga UTP tidak tahu apa-apa tentang perkara ini. Setakat ini, yang kelihatan hanyalah poster-poster pemilihan kepimpinan baru ISC.
Kami menjangkakan PRK kali ini akan hanya mendapat perhatian mahasiswa UTP setelah kempen bermula. Kebiasaannya, akan timbul beberapa isu hangat pada PRK yang dapat menarik warga kampus. Tetapi, buat masa ini, tiada lagi sebarang bentuk kempen yang dilakukan sama ada melalui poster, banner, chainmail ataupun door to door.
Kami berharap seluruh mahasiswa dapat sama-sama menyertai proses demokrasi kampus ini dengan sama-sama datang ke Chancellor Hall pada 2 & 3 Oktober untuk mengikuti public speaking calon-calon yang bertanding. - UTPdaily
2 comments:
perenggan ke-7.
pembetulan tarikh...
2 dan 3 Oktober BUKAN 2n3 September.
perbaiki susunan ayat n penggunaan italic.
terima kasih.
Ada senarai calon tak? =)
Post a Comment