Thursday, July 28, 2011

PETRONAS temui telaga gas baru

Penemuan tingkat potensi sumber bekalan penuhi permintaan domestik

PETRONAS membuat dua penemuan penting gas asli di kawasan air cetek luar pantai barat Sabah, yang berpotensi meningkatkan lagi bekalan sumber itu bagi memenuhi permintaan domestik.


Malaysia adalah pengeksport gas asli cecair (LNG) kedua terbesar selepas Qatar pada 2009, namun jatuh ke tangga ketiga selepas Indonesia tahun lalu berikutan penurunan pengeluaran daripada lapangan gas yang uzur.Sementara itu, peningkatan permintaan daripada loji tenaga turut menggugat jumlah eksport gas negara, justeru menyebabkan syarikat minyak nasional meningkatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran daripada lapangan domestik serta menambah pegangan dalam projek minyak dan gas di peringkat antarabangsa.


 Awal minggu ini, PETRONAS juga telah memeterai perjanjian awal dengan Qatargas untuk membekalkan kepada syarikat itu 1.5 juta tan LNG setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Perkara itu memberikan gambaran peralihan Malaysia daripada menjadi negara pengeksport bahan api itu kepada pengimport dalam usaha memenuhi permintaan loji tenaganya yang berkembang pada kadar enam peratus setahun.

Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS berkata penemuan pertama adalah di telaga Zuhai East-1, yang terletak di Blok Samarang Asam Paya, kira-kira 130 kilometer di barat daya Kota Kinabalu.

“Anggaran semasa kandungan gas di kawasan itu adalah 550 bilion kaki padu standard (bscf),” katanya. 
Pada masa sama, katanya, satu takungan yang sama di telaga berdekatan kira-kira lima kilometer ke timur dari kawasan penemuan Zuhai East diuji mengandungi aliran gas pada kadar maksimum 21 juta bscf sehari.

PETRONAS Carigali ialah pemegang ekuiti tunggal kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Blok Samarang Asam Paya itu.

Sementara itu, penemuan kedua pula adalah di telaga Menggatal-1 ditemui di Blok SB312, kira-kira 110 kilometer ke timur laut Kota Kinabalu.

“PSC Blok SB312 itu adalah usaha sama antara PETRONAS Carigali yang memegang ekuiti 60 peratus dan KUFPEC Malaysia (SB 312) Ltd, iaitu satu anak syarikat Kuwait Foreign Petroleum Exploration Co, yang memegang baki kepentingan,” katanya.
Continue Reading...

Wednesday, July 27, 2011

Pengganti Safiq Rahim ditemui di UTP?

Menjelang perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura esok, desas desus siapakah yang akan menggantikan Safiq Rahim, Kapten pasukan Malaysia hangat diperkatakan.
Safiq yang tidak dapat beraksi pada esok hari setelah dilayangkan kad merah ketika bertemu skuad Singa, Sabtu lalu akibat mengasari pemain Singapura, Qiu Li.

Perkara tersebut adalah satu kehilangan besar buat Skuad Harimau Malaya kerana Safiq Rahim adalah kapten pasukan yang juga merupakan perancang utama pasukan.

Safiq Rahim adalah seorang pemain berbisa, dan pakar dalam sepakan percuma.

Jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagopal sedang memikirkan siapa yang sesuai untuk mengantikan Safiq sebagai perancang tengah, selain memilih individu yang sesuai untuk mengemudi Harimau Malaya sebagai kapten.

Namun, dalam kehangatan suasana pertembungan musuh tradisi ini, tidak semena-mena aksi dalam foto di bawah dirakam oleh salah seorang pelajar UTP.

Gambar menunjukkan beberapa orang pekerja pemotong rumput beraksi selepas penat bekerja.

 Mengambil posisi, merenung jauh ke penjuru gawang

 Kemudian, shooot!! (macam sepakan percuma Safiq)

Mungkin jurulatih K. Rajagopal boleh menimbangkan untuk memasukkan beliau dalam perlawanan menentang Singapura, Khamis ini. =)

* Gambar dirakamkan di V5

Sumber gambar : NASHUNTER
Continue Reading...

Monday, July 25, 2011

UTP Debate Team goes to the Final of Pertandingan Akhir Debat Perpaduan 2011


--
Dear All,

We are glad to inform that UTP debate team has qualified themselves to enter to the Final of Pertandingan Debat Perpaduan antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2011. There were initially 34 teams from higher learning institutions and Institut Perguruan from around Malaysia taking part in this competition. The teams had to go through six debates for the preliminary round, a quarter final and a semi final to reach to the final round.

This prestigious debate competition has been organised every year for seven years  and this is the first time that UTP team managed to qualify themselves to the final round, which is sponsored and organised by Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. The other finalist is Universiti Teknologi MARA (UiTM) and the motion of the debate will be “Demokrasi Kini Semakin Mantap”.

I appreciate it if you could attend and support our debate team tomorrow. The details are as below :

Date : 26 July 2011
Time : 9.00 am
Venue : Chancellor Hall

Thank you.

Datuk Dr Zainal Abidin Hj. Kasim
Vice Chancellor
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar
31750 Tronoh
Perak Darul Ridzuan
Malaysia


Continue Reading...

Sunday, July 24, 2011

Perasmian Ramadhan Discovery 2011 Meriah

Perasmian Ramadhan Discovery dan Forum Baitul Muslim 2011

Dewan Canselor , 23 Julai 2011 – Sekali lagi, perasmian Ramadhan Discovery (RD) telah diadakan sempena tibanya bulan yang mulia yakni Ramadhan tidak lama lagi. Perasmian ini telah berjaya disempurnakan oleh Encik Talhah bin Hasan pada jam 9.00 malam. Di samping perasmian Ramadhan Discovery ini, majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan penganjuran Forum Baitul Muslim yang saban tahun diadakan di UTP ini. Kali ini, topik hangat yang dikupaskan oleh panel-panel jemputan adalah bertajuk “Kahwin awal, sediakah aku?”. Antara panel-panel yang dijemput pada malam itu adalah Cr. Haji Hushim bin Haji Salleh, Ustaz Kamarul Azmi bin Jasmi, dan Askar Triwiyanto dan isteri manakala moderator bagi forum ini adalah Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdullah. Forum ini berakhir kira-kira pada jam 11.30 malam.

En Talhah merasmikan program Ramadhan Discovery
Moderator dan Panel-Panel jemputan Forum Baitul Muslim
Warga luar yang hadir dari jauh juga tak melepaskan peluang bertanya soalan
Soalan dikemukakan seorang Muslimah UTP
Continue Reading...

Friday, July 22, 2011

Kereta terbabas, terbalik: Pelajar UTP maut

IPOH – Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) terbunuh, manakala rakannya cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 364.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River semalam.
Hafiz (tiga dari kiri) dan Fakrul Radi (berbaju batik) sewaktu menghadiri  Malam Anugerah Angkasa Kejayaan 2010 di Johor
Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abddullah Ishak berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 3.30 petang semalam itu ialah Hafiz Abdul Hamid, 22, pelajar akhir UTP, Tronoh.
Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Abdullah berkata, rakan mangsa Mohd Fakrul Radi Hamthan, 22, yang juga penuntut yang sama mengalami kecederaan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.
Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur dikatakan gagal dikawal, lalu terbabas dan terbalik.
Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari keretanya. – Bernama
Continue Reading...

Thursday, July 21, 2011

Tiada Kuliah Malam: UUM Jimat Hampir RM500,000

SINTOK, 21 Julai (Bernama) -- Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menjimatkan hampir RM500,000 apabila mengubah jadual waktu kuliah dengan tidak mengadakan sebarang kelas pada waktu malam sejak awal tahun ini.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pendekatan baru itu membolehkan warga kerja dan penuntut universiti itu berehat secukupnya pada waktu malam di samping memberi mereka lebih masa berkualiti bersama keluarga.

"Langkah itu bukan saja menjimatkan wang ringgit, malah pada waktu malam pelajar boleh menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang bermanfaat untuk pembinaan sahsiah.

"Ia juga mengurangkan perbelanjaan untuk kerja lebih masa dan bayaran sewa bas untuk membawa pelajar dalam kawasan kampus turut berkurangan," kata beliau pada Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan UUM di sini pada Khamis.

Beliau berkata, penjimatan itu juga adalah hasil kerjasama kakitangan yang menggunakan semua sumber yang ada dengan cekap dan secara optimum.

Mohamed Mustafa berkata, pihak pengurusan universiti juga berjaya mengurangkan perbelanjaan kira-kira RM90,000 untuk pengangkutan air menggunakan lori bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan itu dalam kampus.

"Apabila berita mengenai masalah air disiarkan media, ia akhirnya dapat diselesaikan dan kini UUM mempunyai bekalan air yang melimpah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata UUM juga akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan universiti berkenaan terutama dalam aspek sistem penyampaian dan pengurusan.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh bertolak ansur atau memandang remeh terhadap perkara berkenaan kerana sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka, setiap modal insannya perlu menjadi contoh ikutan kepada pihak luar.

"Setiap modal insan di universiti ini perlu sentiasa mencungkil bakat masing-masing di samping menunaikan tanggungjawab mereka di luar kebiasaan bagi mencapai kejayaan yang memberangsangkan," katanya.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Ipoh Tawar Bazar Istimewa Sebagai Tambahan Kepada Bazar Ramadan

 IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menawarkan sebuah lagi tapak perniagaan sempena bulan Ramadan tahun ini di bandar raya Ipoh selain daripada bazar-bazar biasa.

Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim berkata "Bazar Istimewa" yang menyediakan 96 petak perniagaan itu adalah kawasan perniagaan alternatif kepada tapak perniagaan popular Gerbang Malam yang tereltak di Jalan Orbourne.

Beliau berkata tapak baru di sepanjang jalan susur antara Bangunan MBI dan Taman Bougainvilla itu merupakan alternatif kepada tapak tambahan di Gerbang Malam yang dimansuhkan pada bulan Ramadan tahun ini.

"Kita terpaksa membatalkan tapak tambahan di Gerbang Malam disebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Banyak aduan yang diterima dari orang ramai sepanjang tahun lalu.

Bazar ini akan beroperasi selama sebulan sepanjang Ramadan dan MBI tidak bercadang untuk memanjangkan tempoh itu," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Roshidi berkata kadar caj bagi tapak bazar istimewa itu ditetapkan sebanyak RM100 dan pihak majlis tidak menyediakan sebarang khemah atau kanopi kepada peniaga.

Katanya pembatalan bayaran lesen yang diumumkan kerajaan negeri semalam adalah bagi lesen bazar Ramadan dan tidak membabitkan lesen bagi bazar istimewa itu.

Pada Rabu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan pemansuhan bayaran lesen bazar Ramadan kepada kesemua peniaga di negeri ini.

Roshidi berkata berbeza dengan bazar Ramadan yang membabitkan jualan makanan, peniaga di bazar istimewa itu adalah bagi para peniaga yang menjual pakaian, songkok dan aksesori.

Orang ramai yang ingin memohon lesen diminta mengambil borang di Bahagian Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran bermula hari ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Julai.

-- BERNAMA
Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails