Thursday, July 21, 2011

Ipoh Tawar Bazar Istimewa Sebagai Tambahan Kepada Bazar Ramadan

 IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menawarkan sebuah lagi tapak perniagaan sempena bulan Ramadan tahun ini di bandar raya Ipoh selain daripada bazar-bazar biasa.

Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim berkata "Bazar Istimewa" yang menyediakan 96 petak perniagaan itu adalah kawasan perniagaan alternatif kepada tapak perniagaan popular Gerbang Malam yang tereltak di Jalan Orbourne.

Beliau berkata tapak baru di sepanjang jalan susur antara Bangunan MBI dan Taman Bougainvilla itu merupakan alternatif kepada tapak tambahan di Gerbang Malam yang dimansuhkan pada bulan Ramadan tahun ini.

"Kita terpaksa membatalkan tapak tambahan di Gerbang Malam disebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Banyak aduan yang diterima dari orang ramai sepanjang tahun lalu.

Bazar ini akan beroperasi selama sebulan sepanjang Ramadan dan MBI tidak bercadang untuk memanjangkan tempoh itu," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Roshidi berkata kadar caj bagi tapak bazar istimewa itu ditetapkan sebanyak RM100 dan pihak majlis tidak menyediakan sebarang khemah atau kanopi kepada peniaga.

Katanya pembatalan bayaran lesen yang diumumkan kerajaan negeri semalam adalah bagi lesen bazar Ramadan dan tidak membabitkan lesen bagi bazar istimewa itu.

Pada Rabu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan pemansuhan bayaran lesen bazar Ramadan kepada kesemua peniaga di negeri ini.

Roshidi berkata berbeza dengan bazar Ramadan yang membabitkan jualan makanan, peniaga di bazar istimewa itu adalah bagi para peniaga yang menjual pakaian, songkok dan aksesori.

Orang ramai yang ingin memohon lesen diminta mengambil borang di Bahagian Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran bermula hari ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Julai.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails