Thursday, July 21, 2011

Tiada Kuliah Malam: UUM Jimat Hampir RM500,000

SINTOK, 21 Julai (Bernama) -- Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menjimatkan hampir RM500,000 apabila mengubah jadual waktu kuliah dengan tidak mengadakan sebarang kelas pada waktu malam sejak awal tahun ini.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pendekatan baru itu membolehkan warga kerja dan penuntut universiti itu berehat secukupnya pada waktu malam di samping memberi mereka lebih masa berkualiti bersama keluarga.

"Langkah itu bukan saja menjimatkan wang ringgit, malah pada waktu malam pelajar boleh menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang bermanfaat untuk pembinaan sahsiah.

"Ia juga mengurangkan perbelanjaan untuk kerja lebih masa dan bayaran sewa bas untuk membawa pelajar dalam kawasan kampus turut berkurangan," kata beliau pada Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan UUM di sini pada Khamis.

Beliau berkata, penjimatan itu juga adalah hasil kerjasama kakitangan yang menggunakan semua sumber yang ada dengan cekap dan secara optimum.

Mohamed Mustafa berkata, pihak pengurusan universiti juga berjaya mengurangkan perbelanjaan kira-kira RM90,000 untuk pengangkutan air menggunakan lori bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan itu dalam kampus.

"Apabila berita mengenai masalah air disiarkan media, ia akhirnya dapat diselesaikan dan kini UUM mempunyai bekalan air yang melimpah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata UUM juga akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan universiti berkenaan terutama dalam aspek sistem penyampaian dan pengurusan.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh bertolak ansur atau memandang remeh terhadap perkara berkenaan kerana sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka, setiap modal insannya perlu menjadi contoh ikutan kepada pihak luar.

"Setiap modal insan di universiti ini perlu sentiasa mencungkil bakat masing-masing di samping menunaikan tanggungjawab mereka di luar kebiasaan bagi mencapai kejayaan yang memberangsangkan," katanya.

-- BERNAMA

1 comments:

farasakura on July 21, 2011 at 5:03 AM said...

ngeee utp asyik membazir air je =,=

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails