Sunday, January 30, 2011

Update Terbaru Pelajar Malaysia di Mesir


Semua sudah sedia maklum tentang kebangkitan rakyat di Mesir yang mendesak Hosni Mubarak, Presiden Mesir untuk meletak jawatan. Walau bagaimanapun, beliau hanya memecat barisan kabinet dan menolak untuk meletak jawatan. Lalu demonstrasi jalanan diteruskan sehingga polis mahupun tentera sudah tidak mampu untuk mengawal keadaan.

Hal ini mengakibatkan huru-hara di sebahagian besar Mesir terutamanya di Kaherah, Suez dan Iskandariah. Kecurian, rogol dan tembak-menembak berleluasa di mana-mana. Segala talian komunikasi termasuk internet telah diputuskan. Malah di sesetengah tempat, bekalan elektrik serta makanan juga diputuskan. Ratusan telah terkorban dan ribuan telah ditangkap.

Mungkin ramai sahabat atau saudara-mara kita sedang melanjutkan pelajaran Mesir dalam jurusan Agama mahupun Perubatan. Duta Malaysia di Mesir telah mengumumkan bahawa lebih 11,000 rakyat Malaysia di Mesir selamat. Mereka sedang dalam usaha untuk memindahkan rakyat Malaysia sebaik sahaja keadaan Mesir diklasifikasikan 'amaran merah'.

Walau bagaimanapun, laporan terus daripada rakyat Malaysia di sana menggambarkan perkara yang sebaliknya berlaku. Update boleh diikuti di blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita. Setakat ini, dilaporkan sudah ada sahabat kita yang terkena tembakan senapang patah namun tidak dapat dibawa ke hospital. Ada juga laporan mengatakan bahawa seorang pelajar muslimat telah dirogol di Iskandariah. Marilah sama-sama kita berdoa moga-moga Allah memberi perlindungan serta kekuatan bagi mereka untuk menempuhi situasi yang mencabar ini.

0 comments:

Post a Comment

 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails