Monday, March 5, 2012

Keuntungan Sebelum Cukai Petronas RM25.09 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 MaC (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Dis, 2011 turun kepada RM25.09 bilion daripada RM30.15 bilion dalam suku yang sama pada 2010.



Naib Presiden Eksekutifnya (kewangan), Datuk George Ratilal berkata Pendapatan naik 30 peratus kepada RM78 bilion daripada RM60 bilion sebelumnya disebabkan harga minyak global tinggi.

Beliau berkata harga mentah tinggi itu disebabkan oleh kebimbangan bekalan yang tercetus ekoran krisis geo-politik di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"Akibatnya, harga mentah penanda aras meningkat dengan Dated Brent naik sebanyak 26.4 peratus dan harga jualan rasmi Tapis sebanyak 33.2 peratus bagi perbandingan tahun-ke-tahun," katanya pada taklimat media selepas pengumuman prestasi kewangan 2011 Petronas, di sini, Isnin.

Sementara itu, Presiden merangkap ketua eksekutifnya Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata tahun ini Petronas dijangka mencatatkan pertumbuhan rendah disebabkan banyak keadaan tidak menentu dalam industri ketika ini.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Thursday, March 1, 2012

Keputusan Pilihanraya Kampus UTP 2012

Pilihanraya Kampus UTP 2012 telahpun selamat dijalankan pada 29 Februari 2012.

Berikut adalah keputusan bagi pilihanraya kali ini:


1) Nurizzati Ramli     -1572
2) Wan Ibrahim       - 1533
3) Naily Akmal        - 1522
4) Syed Haq            - 1521
5) Nabil Yusoff        - 1477
6) Qaeyyum Hifnie   - 1436
7) Ikhwan Shahsazizan - 1256

*Hanya enam (6) calon dengan undi tertinggi dipilih untuk mengisi jawatan Majlis Tertinggi MPPUTP.

--
Jumlah keluar mengundi : 1720
Jumlah Keseluruhan Pengundi : 5786
Peratusan keluar mengundi : 29.73 %
Undi Rosak : Tiada (e-Voting)
--


Tahniah diucapkan kepada semua calon dan kepada semua pengundi yang telah melunaskan tanggungjawab masing-masing.

-UTPdaily
Continue Reading...

Saturday, February 25, 2012

Pilihanraya Kampus, 'Pengundi Senyap' dan UTP

Pilihanraya Kampus (PRK) bakal menjelang. Namun, walaupun sudah masuk hari kempen yang ketiga, bahang PRK belum dapat dirasai. Hanya suam-suam kuku.

Banyak faktor dilihat menyumbang kepada perkara ini. Dan yang hangat diperkatakan ialah faktor mahasiswa UTP yang tidak cakna, tidak kisah dan tidak ambil tahu dalam hal ehwal semasa yang berlaku dalam kampus.

Ingatkah lagi dengan keratan akbbar di bawah? Ianya ditulis seorang pelajar yang menggelarkan dirinya 'Pengundi Senyap' kepada sebuah akhbar harian tempatan, hasil kekecewaan setelah melihat situasi yang berlaku di UTP.
Surat pelajar dari UTP yang dihantar ke sebuah akhbar

Walaupun begitu, keadaan sama tetap berulang pada tahun ini. PRK UTP dilihat LESU dan tidak bermaya. Seperti yang disebut dalam surat itu, ianya 'ibarat hidup segan, mati tak mahu'.

Apa tidaknya, proses pilihanraya untuk memilih kepimpinan baru dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUTP) seakan-akan tidak diendahkan oleh sebahagian besar warga kampus. Hanya segelintir yang sedar bahawa UTP sekarang berada dalam fasa PRK.

Jadi, tidak hairanlah jika masih ramai yang tidak tahu bilakah tarikh mengundi, siapakah calon-calon yang bertanding, berapa bilangan calon, dan di manakah tempat membuang undi? Ketidakcaknaan ini membawa kepada peratusan keluar mengundi yang rendah di UTP.

Jika dilihat rekod PRK UTP, peratusan keluar mengundi yang tertinggi adalah pada PRK 2008 iaitu 40%. Itu adalah PRK yang paling hangat dalam sejarah UTP. Manakala PRK yang lepas (Oktober 2010) pula hanya mencatatkan 20.9%. Kampus UTP adalah antara kampus yang mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah antara IPT seluruh Malaysia.

Berapakah agaknya peratusan mengundi pada tahun ini? Adakah ianya sama seperti tahun-tahun lepas? Atau mungkinkah peratusan akan menjadi lebih rendah berikutan beberapa batch yang sedang bercuti 4 bulan? Adakah hadiah cabutan bertuah dan e-Voting di Kompleks Canselor mampu meningkatkan peratusan mengundi?

Semua ini bakal terjawab apabila selesainya proses kiraan undi nanti.

Tapi, persoalan lain yang timbul ialah dimanakah pihak yang selalu mengkritik MPP sebelum ini? Macam-macam komen dan komplen yang diutarakan untuk menghentam MPP. Namun, bila sampai waktu PRK, tidak seorang pun daripada mereka mengambil tanggungjawab untuk 'membaiki kelemahan MPP' dengan bertanding menjadi calon PRK.

Atau mungkin mereka sudah mempunyai calon yang boleh diharapkan untuk membawa prubahan dalam MPP nanti? Jika begitu, baguslah. Tapi jangan pula kita syok komen itu ini, tapi kita sendiri mengundi pun tidak.

Kami tertarik dengan satu 'qoute' popular dari seorang pelajar di tweeter dan Facebook berkenaan PRK,
"IF YOU DON'T VOTE YOU LOSE THE RIGHT TO COMPLAIN"”.

Sama-sama kita renungkan, dan SELAMAT MENGUNDI. -UTPdaily
Continue Reading...

Friday, February 24, 2012

UTP, Senergy Meterai MoU Bangunkan Program Penyelidikan

Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Senergy International Sdn Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membngunkan program penyelidikan, termasuk mengenai penyambungan sumber tenaga boleh diperbaharui ke grid tenaga elektrik kebangsaan.
Pada majlis itu, UTP diwakili naib canselornya Prof Datuk Dr Zainal Abidin Kasim dan timbalan naib canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Abdul Rashid A Aziz, manakala Senergy International Sdn Bhd diwakili pengarahnya Ekrami Daud serta ketua pegawai eksekutif Prof James McCallum.
Zainal Abidin berkata untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi tenaga dan cabaran terhadap alam sekitar, penyelidikan yang akan dijalankan bertujuan mencari penyelesaian bagi masalah bekalan tenaga elektrik berkekalan untuk masa akan datang.
“Gandingan penting dengan Senergy ini adalah sejajar dengan pembangunan holistik graduan UTP serta membantu kami ke arah melahirkan dan membantu bakal pemimpin industri dalam memenuhi keperluan tenaga manusia negara ini,” katanya pada majlis itu.
Beliau berkata Senergy juga bermurah hati memberi lesen perisian bernilai lebih US$3 juta kepada UTP untuk melengkapi penyelidiknya dan pelajar jurusan kejuruteraan petroleum geosains universiti itu dengan kemampuan penilaian standard industri.
– BERNAMA
Continue Reading...
 

siswaonchat

Disclaimer

This website is not under Universiti Teknologi PETRONAS responsibility.

The materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The UTPdaily team and Univesiti Teknologi PETRONAS shall NOT be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or materials obtained from this website.

Categories

UTP Daily Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

/*VISITORS COUNTER*/ /*RELATED POST AT THE BOTTOM*/ Related Posts with Thumbnails