KUALA LUMPUR, 5 MaC (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Dis, 2011 turun kepada RM25.09 bilion daripada RM30.15 bilion dalam suku yang sama pada 2010.
Naib Presiden Eksekutifnya (kewangan), Datuk George Ratilal berkata Pendapatan naik 30 peratus kepada RM78 bilion daripada RM60 bilion sebelumnya disebabkan harga minyak global tinggi.
Beliau berkata harga mentah tinggi itu disebabkan oleh kebimbangan bekalan yang tercetus ekoran krisis geo-politik di Timur Tengah dan Afrika Utara.
"Akibatnya, harga mentah penanda aras meningkat dengan Dated Brent naik sebanyak 26.4 peratus dan harga jualan rasmi Tapis sebanyak 33.2 peratus bagi perbandingan tahun-ke-tahun," katanya pada taklimat media selepas pengumuman prestasi kewangan 2011 Petronas, di sini, Isnin.
Sementara itu, Presiden merangkap ketua eksekutifnya Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata tahun ini Petronas dijangka mencatatkan pertumbuhan rendah disebabkan banyak keadaan tidak menentu dalam industri ketika ini.
-- BERNAMA
Continue Reading...